Undang-undang Jalan Raya
Kementerian Pengangkutan Malaysia menegaskan bahawa semua kenderaan asing wajib mematuhi undang-undang jalan raya negara. Ini seiring dengan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan bermula pada 1 Oktober ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengubah keputusan ini dan akan melaksanakan peraturan ini dengan tegas.
“Bermula 1 Oktober, VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pesanannya adalah jelas. Saya berharap pemandu dari Singapura yang kerap memasuki Malaysia akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa sebelum ini, mereka yang mempunyai banyak saman sukar dikesan. Tetapi dengan pelaksanaan VEP, setiap kenderaan asing yang memasuki Malaysia dapat dikenal pasti dan mereka perlu membayar saman sebelum keluar dari negara ini.
Perlaksanaan di Jalan Raya Malaysia
Anthony menyampaikan kenyataan tersebut dalam sidang akhbar semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia (PIMA) pada Selasa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan sistem Kutipan Caj Jalan dan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (RCVEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini.
Tambah Anthony, sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk pemilik kenderaan asing yang melalui Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor serta Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Beliau turut menasihati semua pemilik kenderaan motor asing yang akan melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura agar menggunakan masa yang ada sekarang untuk memperbaharui VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran untuk mendapatkan VEP bagi kenderaan mereka.
Menurut rekod semasa, terdapat hanya sekitar 70,000 kenderaan motor berdaftar dari Singapura yang telah mengaktifkan tag VEP. Lebih 200,000 kenderaan motor yang masih belum melengkapkan proses pemasangan serta pengaktifan tag VEP masing-masing.
Selain itu, Anthony menyatakan bahawa pelaksanaan VEP juga akan diperluaskan ke sempadan darat Malaysia-Thailand.
Dari Sinar Harian
Baca Red Bull Malaysia Taja Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />