Ads

Pusat Servis Mforce Kuala Lumpur Bakal Beroperasi di Lokasi Baharu

Pusat Servis Mforce Kuala Lumpur Pindah ke Segambut, Mula Operasi 23 Oktober Ini

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan pejabat urusan dan pusat servis Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas di Jalan Segambut Tengah, Kuala Lumpur.

Susulan perpindahan tersebut, pusat servis sedia ada akan ditutup sementara bermula 12 hingga 22 Oktober 2026 bagi memberi laluan kepada proses pemindahan operasi.

Pusat servis dan pejabat urusan Mforce Kuala Lumpur di lokasi baharu dijadualkan mula beroperasi sepenuhnya pada 23 Oktober 2026.

Premis baharu yang terletak di Taman Segambut itu mempunyai keluasan keseluruhan 77,000 kaki persegi dan diumumkan sebagai pusat servis motosikal terbesar di Malaysia.

Pusat Servis Mforce Kuala Lumpur Bakal Beroperasi di Lokasi Baharu

Kemudahan tersebut bakal menempatkan lebih 20 juruteknik bertauliah, selain dilengkapi ruang penyelenggaraan lebih besar bagi meningkatkan kecekapan kerja pembaikan serta mengurangkan masa menunggu pelanggan.

Ads

Menariknya, premis baharu ini turut dilengkapi peralatan Motorcycle Inspection Test Bench bernilai RM1.5 juta untuk pemeriksaan sistem brek, pencahayaan dan penjajaran badan motosikal.

Mforce Kuala Lumpur

Selain pusat servis, lokasi baharu ini turut menempatkan Mforce Gallery yang mempamerkan pelbagai jenama motosikal di bawah rangkaian Mforce, pusat alat ganti, ruang menunggu pelanggan, CR Café, restoran serta kemudahan surau.

Ads

Dalam pada itu, Mforce memaklumkan bahawa bekalan alat ganti tidak akan terjejas sepanjang tempoh penutupan sementara.

Pelanggan masih boleh mendapatkan alat ganti menerusi Mforce Parts Sdn. Bhd. di talian 012-485 0133, dengan penghantaran percuma disediakan bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Alamat baharu Pusat Servis Mforce Kuala Lumpur:

46 & 48, Jalan Segambut Tengah, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Ads

Perpindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha Mforce untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan selepas jualan, seiring dengan pertambahan jumlah pemilik motosikal di bawah rangkaian jenamanya di Malaysia.

Baca Juga : Mforce Perkukuh Sokongan Selepas Jualan Dengan Pusat Servis Berskala Besar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Porsche Tingkat Pegangan Dalam Manthey Racing!

Porsche Tingkat Pegangan Dalam Manthey Racing Kepada 67 Peratus, Fokus Prestasi Kini Lebih Serius Porsche AG terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen kereta berprestasi tinggi apabila...