Aveta Motor Malaysia ingin menjelaskan secara tuntas isu berlarutan berkaitan kekeliruan tentang struktur pemilikan dan hubungan korporat mereka dengan entiti pengedaran motosikal lain di Malaysia.
Dengan ini, mereka menegaskan bahawa Aveta Motor Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan korporat, perniagaan, atau operasi dengan jenama Demak mahupun mana-mana pengeluar dan pengedar motosikal lain yang beroperasi di Malaysia.
Aveta Motor Malaysia ialah sebuah entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dan dikendalikan oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd., di bawah naungan Kumpulan MAG.
Semua aspek operasi kami, termasuk reka bentuk dan pembangunan produk, strategi pemasaran, dan pengurusan harian. Dilaksanakan oleh pasukan profesional tempatan yang berpengalaman dan komited dalam membangunkan produk yang relevan dengan keperluan serta citarasa pengguna Malaysia.
Ads
Sebagai entiti yang berteraskan nilai nasional, kami kekal komited untuk membina jenama Aveta sebagai simbol kepercayaan dan aspirasi pengguna tempatan. Di samping memperkukuhkan kehadiran kami dalam pasaran domestik.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengguna, rangkaian pengedar serta rakan-rakan niaga kami atas sokongan dan keyakinan berterusan terhadap Aveta Motor Malaysia.
Buat anda yang ingin mengunjungi Menara Merdeka 118, berita baik! Belfield Tunnel kini dibuka secara rasmi, menawarkan laluan lebih mudah dan lancar ke destinasi ikonik ini.
Dibangunkan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Terowong ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar dan memberikan akses yang lebih baik ke menara kedua tertinggi di dunia ini.
Dengan panjang lebih satu kilometer, Belfield Tunnel merupakan terowong dua tingkat kedua di Malaysia. Ia direka khas untuk menghubungkan kenderaan ke kawasan Merdeka 118, menjadikan perjalanan lebih lancar dan efisien.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Datuk Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, projek ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengunjung tetapi juga membantu mengurangkan kesesakan jalan utama di ibu kota. Selain itu, sebanyak 8,000 ruang tempat letak kereta telah disediakan bagi memudahkan parkir di kawasan ini.
Pengguna boleh memasuki Belfield Tunnel melalui Jalan Syed Putra dan Jalan Damansara, yang membawa mereka terus ke tempat letak kereta bawah tanah 4 di Menara Merdeka 118. Manakala untuk keluar, kenderaan boleh melalui tempat letak kereta bawah tanah 5 dan memilih antara dua jalan keluar, iaitu Jalan Syed Putra dan Jalan Istana.
Dengan laluan baru ini, kesesakan di jalan utama seperti Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Tuah, dan Jalan Maharajalela dapat dikurangkan, sekaligus meningkatkan kelancaran lalu lintas di sekitar presint Merdeka 118.
Selain kemudahan ke Menara Merdeka 118. Belfield Tunnel juga akan memudahkan akses ke destinasi premium lain seperti hotel mewah Park Hyatt Kuala Lumpur – dijangka buka pada Q2 2025. Pusat beli-belah 118 Mall – bakal beroperasi pada Q2 2026.
Dengan akses terus melalui terowong ini, pengalaman penginapan mewah dan beli-belah eksklusif kini lebih mudah dinikmati oleh semua pengunjung.
Bagi memastikan pengguna dapat menggunakan laluan ini dengan mudah, panduan video telah disediakan untuk membantu navigasi masuk dan keluar dari Belfield Tunnel. Ini akan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa kepada semua pengunjung.
Dengan pembukaan Belfield Tunnel, perjalanan ke Menara Merdeka 118 kini lebih mudah, selesa, dan pantas. Sama ada untuk urusan perniagaan, membeli-belah, atau sekadar menikmati pemandangan bandar dari menara tertinggi di Malaysia. Akses kini lebih mesra pengguna dan lancar!
Untuk satu hujung minggu sahaja alami pameran terbesar dan belum pernah terjadi di Mercedes-Benz World! Di sini Mercedes-Benz meraikan kemewahan tanpa tandingan, inovasi, dan kepelbagaian, menawarkan fleksibiliti dan kemewahan pilihan dalam kecemerlangan automotif, dengan barisan lebih 30 model dari semua segmen.
Mercedes-Benz World yang berlangsung di KL Base, Sungai Besi dari 5 hingga 7 Julai 2024 merupakan pameran keseluruhan portfolio keluarga Mercedes-Benz. Dari kenderaan terbaru dan terpantas hingga yang paling mewah. Merangkumi enjin pembakaran berteknologi tinggi dan Kenderaan Elektrik (EV) canggih hingga pilihan Hibrid Plug-in.
Sorotan acara ini adalah pelancaran tiga model Mercedes-AMG berprestasi tinggi yang baharu – Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition, Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+, dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC.
Mercedes-Benz turut mempersembahkan rangkaian kenderaan elektrik dan hibrid plug-in yang diperluas. Seperti EQA, EQB, EQC, EQE dan EQS.
Nikmati tawaran eksklusif apabila anda menempah Mercedes-Benz anda. Serta alami tiga hari penuh dengan aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, termasuk rock climbing, pemanduan slalom dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara luar biasa ini. Di mana anda boleh merasai kemewahan, inovasi, dan prestasi yang menjadikan Mercedes-Benz sebagai jenama automotif terunggul di dunia.
Selepas menunggu hampir dua bulan, pelumba muda Ethen Low akhirnya bakal merealisasikan impiannya apabila membuat penampilan sulung dalam Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Musim Ke-9 Pusingan Kedua yang berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 20 hingga 21 Jun ini.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 pada 3 Jun lalu, Ethen kini layak menerima lesen perlumbaan kebangsaan daripada Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), sekali gus membolehkannya bersaing dalam kategori Rookie.
Beliau akan menyertai empat lagi pelumba muda di bawah program pembangunan bakat GAZOO Racing Malaysia Young Talent Development Program, menjadikannya pelumba termuda di grid perlumbaan hujung minggu ini.
Walaupun teruja untuk memulakan kempen perlumbaannya, Ethen berdepan cabaran besar apabila terlepas dua perlumbaan pembukaan musim dalam Pusingan Pertama yang berlangsung pada April lalu.
Namun begitu, beliau tidak mensia-siakan tempoh menunggu tersebut dengan memperbanyakkan latihan kawalan jentera, sesi pemanduan di litar serta persediaan mental bagi menghadapi saingan sengit.
“Saya percaya persaingan bersama pelumba rookie lain akan menjadi sangat rapat. Mereka telah menunjukkan prestasi yang cukup kompetitif dalam pusingan pertama dan saya tidak sabar untuk menyertai perebutan tersebut.
“Walaupun terlepas satu pusingan, saya masih percaya mampu memberikan saingan dalam perebutan kejuaraan. Situasi ini hanya membuatkan saya bekerja lebih keras,” tambahnya.
Kini memasuki tahun keenam penganjurannya, program pembangunan bakat muda GAZOO Racing Malaysia diwujudkan bagi membantu pelumba simulator dan karting beralih ke perlumbaan kereta sebenar.
Program ini telah melahirkan ramai bakat yang berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Bagi musim 2026, barisan pelumba muda yang diketengahkan terdiri daripada:
Musim kesembilan Vios Challenge menyaksikan pelumba bersaing menggunakan jentera Toyota Vios generasi keempat yang disediakan mengikut spesifikasi sama, menjadikan kemahiran pemandu sebagai faktor utama penentu kejayaan.
Sebanyak RM876,000 hadiah keseluruhan ditawarkan sepanjang empat pusingan musim ini.
Untuk Pusingan Kedua, seramai 37 pelumba akan bersaing dalam kategori Super Sporting, Sporting dan Rookie, manakala 12 penyertaan melibatkan 20 pemandu akan beraksi dalam kategori Classic Challenge.
Turut mencuri perhatian ialah kehadiran beberapa kombinasi unik seperti:
Empat bekas pelumba Rookie turut kembali mencabar dalam Sporting Class iaitu Ian James, Adam Mikhail, Ariff Azmi dan Nabil Azlan.
Dalam kategori utama Super Sporting, pelumba Telagamas Toyota, Freddie Ang mendahului carta kejuaraan dengan 37 mata hasil satu kemenangan dan satu tempat kedua pada Pusingan Pertama.
Namun kedudukannya belum selesa apabila pelumba Laser Motor Racing, Ady Rahimy, hanya ketinggalan empat mata dengan 33 mata keseluruhan.
Rakan sepasukan Ady, Nabil Azlan, pula berada di kedudukan ketiga dengan kutipan 27 mata.
Dalam kategori Sporting, Justin Toh daripada BAE Racing by ES Yang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 31 mata selepas meraih dua keputusan tempat kedua.
Beliau diekori rapat oleh Teo Hong Zhou (Awesome Racing Team) dengan 25 mata, manakala Choo Yong Choon daripada Heiwa Racing Team berada di tangga ketiga dengan 24 mata.
Kategori Classic Challenge sekali lagi dijangka menyaksikan tumpuan terarah kepada pasangan dari Thailand, Surasak Dakeng dan Varunchit Wattanathanakun, yang mendominasi pusingan pembukaan menerusi dua kemenangan berturut-turut.
Namun begitu, pasangan Kegani Racing Academy, Kenny Lee dan Loke Yin Yi, pastinya berazam untuk membalas dendam selepas sekadar menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat kedua.
Dengan kehadiran lebih ramai pelumba muda, penyertaan antarabangsa, pelumba wanita serta kisah unik melibatkan keluarga yang bersaing dalam kategori sama, Pusingan Kedua Toyota GAZOO Racing Vios Challenge Musim Ke-9 dijangka menjadi antara perlumbaan paling menarik musim ini.
BMW M3 Touring Competition M xDrive Tiba di Malaysia, Harga Bermula RM898,800
Selepas empat dekad nama BMW M3 menjadi antara ikon utama dalam dunia sedan...