Perodua QV-E Dilancar EV Pertama Buatan Malaysia, Dibangunkan bersama Magna Steyr, 150 kW, 445 km NEDC, RM80k
Perodua hari ini menandakan satu detik penting dalam industri automotif negara dengan pelancaran Perodua QV-E, model elektrik pertama yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.
Projek ini bermula selepas mandat kerajaan pada 2023 untuk menjadikan Perodua sebagai peneraju pembangunan EV nasional, dan hanya satu varian diperkenalkan pada harga RM80,000 tidak termasuk insurans.
Rakan Teknikal Baharu, Pembangunan Sendiri, dan IP Penuh Milik Perodua
Perodua QV-E bukan sekadar adaptasi model sedia ada, sebaliknya dibangunkan dari sifar dengan kerjasama teknikal Magna Steyr dari Austria firma kejuruteraan global yang terkenal membangunkan platform untuk banyak pengeluar premium. Bateri pula dibekalkan CATL, salah satu pemain paling besar dalam industri EV.
Perodua menyatakan sebanyak RM800 juta dilaburkan untuk projek berkod P01A ini, dengan keseluruhan kerja R&D melibatkan 266,000 jam tenaga kerja.
Hasilnya, semua aspek platform dan Intellectual Property (IP) dimiliki sepenuhnya oleh Perodua, menjadikan Perodua QV-E model “ground-up” sebenar dan bukan rebadge.
Ia mula dipasang di Smart Mobility Plant Perodua di Sungai Choh, manakala kapasiti tambahan akan disokong oleh Tan Chong Motor di Serendah.
Tahap lokalisasi komponen bermula pada 50% untuk 2026 dan disasarkan mencapai 70% menjelang 2030, melibatkan lebih 70 pembekal tempatan.
Foto: Maskulin
Dimensi & Rekaan Sportback yang Jauh Lebih Besar daripada Myvi
QV-E ialah kenderaan penumpang terbesar Perodua setakat ini (selain SUV dan MPV). Dimensinya:
Panjang 4,170 mm
Lebar 1,800 mm
Tinggi 1,502 mm
Jarak roda 2,680 mm
Kelegaan tanah 158 mm
Berat 1,600 kg
Berbanding Myvi, QV-E lebih panjang, lebih lebar dan jauh lebih berat, serta mempunyai jarak roda lebih panjang sebanyak 180 mm.
Rekaannya mengambil pendekatan sportback sesuatu yang belum pernah digunakan Perodua sebelum ini. Lampu hadapan nipis dengan jalur LED penuh, bampar bersegi, lampu belakang bersambung lebar penuh, serta rim 18-inci menjadikan QV-E tampil lebih agresif dan moden.
Ads
Pintu belakang menggunakan pemegang tersembunyi, manakala emblem belakang turut berfungsi sebagai pemegang pintu.
Platform EV Baharu Perodua–Magna Steyr untuk Segmen A dan B
Platform modular baharu yang dibangunkan bersama Magna Steyr ini direka supaya mampu menyokong pelbagai jenis kenderaan:
Hatchback dan sedan kompak (jarak roda 2,550 mm)
Sportback seperti QV-E (2,680 mm)
SUV (hingga 2,700 mm)
Platform sama boleh disesuaikan untuk EV, REEV dan hibrid, membolehkan Perodua membangunkan lebih banyak model elektrik selepas ini.
Interior Minimalis Moden dengan Senarai Ciri Paling Lengkap untuk Perodua
Bahagian dalaman membawa pendekatan yang jauh lebih premium berbanding model Perodua lain:
Pemilih gear berbentuk dial
Kerusi pemandu larasan elektrik
Digital rear-view mirror
Paparan 10.25-inci dengan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar
Lampu ambient
Wireless charger
Stereng dua-jejari rata bawah
Butang panggilan kecemasan Perodua
TPMS + Child Detection Sensor
QV-E juga dilengkapi lampu sekuensial dan dua unit projektor LED bagi pencahayaan hadapan.
Ads
Kuasa & Bateri 150 kW, 285 Nm, 0–100 km/j 7.5 saat
Motor elektrik tunggal menghasilkan:
Kuasa 150 kW
Tork 285 Nm
0–100 km/j dalam 7.5 saat (mod Sport)
Kelajuan maksimum 165 km/j
Bateri LFP CATL 52.5 kWj memberikan jarak 445 km mengikut piawaian NEDC.
Untuk pengecasan:
DC: sehingga 60 kW (30% → 80% dalam 30 minit)
AC: sehingga 6.6 kW (penuh dalam 8 jam)
Berat bateri: 405.7 kg
Battery-as-a-Service Struktur Pemilikan Berbeza
Perodua QV-E menggunakan model langganan bateri “Battery as a Service” (BaaS). Pelanggan hanya membeli kenderaan, manakala bateri dilanggan pada kadar RM275 sebulan selama sembilan tahun. Insurans bateri ditanggung Perodua, dan bateri dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat itu.
Jaminan:
Ads
Kenderaan: 3 tahun / 100,000 km
Body: 6 tahun / 150,000 km
Powertrain elektrik: 8 tahun / 150,000 km
Bateri: dilindungi seumur hayat selagi milik Perodua
Jika EV dijual semula melalui Perodua POV, pemilik baharu hanya perlu memperbaharui kontrak langganan bateri.
Keselamatan ADAS Lengkap Setanding EV Segmen B Antarabangsa
Senarai keselamatan termasuk:
Enam beg udara
ABS, EBD, BA
ESC, TCS
AEB
ACC + TJA + HWA
Blind Spot Monitor
RCTA
Lane departure warning
High beam assist
Ciri-ciri ini meletakkan Perodua QV-E sebagai model Perodua paling lengkap dari segi keselamatan.
Sasaran Pelanggan & Jualan Fokus kepada M40 ke Atas
Perodua QV-E disasarkan kepada pembeli dalam kumpulan pendapatan pertengahan dan tinggi, terutamanya keluarga muda, pengguna urban dan pembeli kereta pertama yang mahukan EV dengan kos pemilikan lebih rendah.
Sasaran awal ialah 500 unit sebulan, meningkat kepada 3,000 unit sebulan selepas tahun pertama.
Hanya satu varian ditawarkan dengan dua warna, Ice Blue dan Caviar Grey, dan buat permulaan, ia hanya dijual di sembilan cawangan terpilih termasuk Glenmarie, Putrajaya, Juru, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Bharu.
KTM Malaysia telah memperkenalkan empat model terbaru daripada rangkaian Duke mereka iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990, dan KTM 1390. Pelancaran ini berlangsung sempena ulang tahun ke-30 KTM.
Di samping empat model tersebut, KTM juga mengumumkan akan melancarkan KTM 790 Duke tidak lama lagi, sebuah model yang telah menarik perhatian tinggi di pasaran Asia. Keputusan untuk memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Kredit Foto : bharian.com
Sempena menyambut ulang tahun yang ke-30, KTM telah memperkenalkan slogan baru,
“No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Menurut Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Strategi di KTM, model Duke adalah tentang kekuatan, ketangguhan, dan prestasi tanpa kompromi. Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaannya membelah jalan raya dan merentas segala halangan, ujar Goi dalam majlis pelancaran yang diadakan di RAC Skypark.
Kredit Foto : paultan.org
Semua model Duke hadir dengan reka bentuk yang tajam dan bergaya, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan. KTM Duke tidak hanya meraikan kejayaan tetapi juga ingin berkongsi pengalaman pemanduan yang luar biasa.
Setiap model Duke menawarkan sesuatu yang unik kepada penungangnya, daripada penampilan yang menarik hingga ke prestasi yang tinggi di jalan raya.
Kredit Foto : paultan.org
Seiring dengan perkembangan pasaran motosikal, KTM Duke terus berinovasi dan memperkenalkan model-model yang lebih berani dan matang, tetap menjadikannya pendahulu dalam pasaran yang kompetitif.
Dengan rangkaian lengkap yang saat ini termasuk KTM 200 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM 790 Duke, KTM 890 Duke R, KTM 990 Duke, KTM 1290 Duke, dan KTM 1390 Duke, KTM Duke menetapkan standard baru dalam dunia dua roda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Demi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan maut membabitkan kenderaan berat.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan bahawa penguatkuasaan penggunaan peranti kawalan had laju atau Speed Limitation Device (SLD) akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula 1 Oktober 2025.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif besar Kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam memastikan kenderaan perdagangan tidak lagi melebihi had laju ditetapkan. Seterusnya mengelakkan kejadian ngeri akibat kegagalan mengawal kenderaan berat.
Apa Itu SLD dan Kenapa Ia Penting?
SLD ialah sistem yang direka untuk mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan. Terutamanya kenderaan berat seperti lori, bas ekspres dan bas persiaran.
Dengan teknologi ini, pemandu tidak boleh melebihi kelajuan yang telah ditetapkan dalam sistem. Biasanya maksimum 90km/j, sekali gus menjamin kawalan lebih baik ketika berada di jalan raya.
Empat Fokus Utama Penguatkuasaan SLD
Pengesahan Kefungsian SLD (Berkuat Kuasa: 1 Oktober 2025) Wajib bagi semua bas persiaran, bas ekspres dan kenderaan barangan berat (>3,500kg) yang didaftarkan bermula 1 Januari 2015. Pengesahan fungsi dan laporan SLD mesti diperoleh daripada:
Pengilang kenderaan
Technical Service (TS) diiktiraf JPJ
Bengkel servis bertauliah JPJ
Badan pensijilan berdaftar bawah Jabatan Standard Malaysia
Dokumen ini perlu diperbaharui setiap dua tahun dan perlu dibawa semasa pemeriksaan di PPKM serta urusan permit di APAD.
Pengaktifan SLD dalam ECU (Berkuat Kuasa: 1 Januari 2026) Untuk kenderaan berdaftar sebelum 1 Januari 2015 yang memiliki fungsi SLD dalam sistem ECU, pengaktifan peranti tersebut adalah wajib. Ini termasuk:
Kenderaan barangan >3,500kg
Kenderaan penumpang >8 orang atau >5,000kg
Kenderaan rebuild dan import terpakai
Pemeriksaan SLD di Kilang Pengeluaran (Bermula: April 2025) Melibatkan pelaksanaan “Conformity of Production” (COP) bagi model kenderaan yang memiliki Vehicle Type Approval (VTA) bermula tahun 2015. Pemeriksaan akan memastikan tetapan had laju diprogram pada 90km/j mengikut Had Laju Kebangsaan.
Retrofit SLD untuk Kenderaan Lama (Berkuat Kuasa: 1 Julai 2026) Untuk kenderaan berat dan penumpang yang belum ada sistem SLD, pemasangan retrofit adalah wajib. Pemasangan hanya sah jika dilakukan oleh TS, bengkel atau badan pensijilan yang diiktiraf JPJ. Seperti sebelumnya, dokumen perlu diperbaharui setiap dua tahun.
Apa Maknanya Kepada Pemilik Kenderaan?
Jika anda pemilik kenderaan berat, operator logistik atau pengusaha bas, pelaksanaan SLD ini menuntut anda menyemak status Speed Limitation Device kenderaan masing-masing dan segera mendapatkan laporan pengesahan yang sah.
Kegagalan mematuhi garis masa ini boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil oleh JPJ. Selain menjejaskan operasi dan kelulusan permit.
Menuju Ke Arah Jalan Raya Lebih Selamat
MOT menyeru agar seluruh pemain industri dan pemilik kenderaan perdagangan memberi kerjasama penuh dalam pelaksanaan ini. Langkah ini bukan sekadar pematuhan undang-undang, tetapi demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, pengangkutan negara harus lebih moden, selamat dan berdaya saing.
Terus ikuti Roda Panas untuk maklumat terkini dan kupasan mendalam isu-isu automotif tempatan dan antarabangsa.
Toyota Gazoo Racing (TGR) baru-baru ini mempertontonkan dua model prototaip mereka iaitu GR GT dan GR GT3. Kedua-duanya masih dalam fasa pembangunan, tetapi sudah cukup untuk menunjukkan arah baharu Toyota dalam menghasilkan kereta prestasi tinggi berasaskan DNA perlumbaan.
Ini bukan sekadar menghasilkan sebuah kereta yang laju tetapi ini adalah projek warisan yang meneruskan semangat model ikonik Toyota seperti 2000GT dan Lexus LFA.
Kereta Perlumbaan”Road-Legal”
1. GR GT
GR GT direka sebagai road-legal race car dan ini bermaksud kereta yang boleh dipandu di jalan biasa, tetapi dengan karakter dan teknologi sebuah kereta litar profesional.
Enjin & Sistem Hibrid Berkuasa Tinggi
Enjin 4.0L V8 twin-turbo baharu
Dipadankan dengan motor elektrik (hybrid)
Sasaran kuasa: 650 PS ke atas
Tork maksimum: 850 Nm ke atas
Transmisi auto 8-kelajuan yang dibangunkan khas
Pecutan dan respon lebih pantas kerana motor elektrik membantu ketika tukar gear (kurangkan turbo lag)
Ini ialah kombinasi teknologi modern + prestasi perlumbaan klasik.
Rekabentuk Berpusatkan Pemandu
Toyota bermula dengan satu prinsip: “Letak pemandu serendah mungkin.”
Ini dilakukan untuk:
menurunkan center of gravity
meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi
menjadikan pemanduan terasa lebih natural dan bersatu dengan kereta
Enjin V8 diletakkan sangat rendah, sistem transaxle di belakang, dan kedudukan bateri serta tangki bahan api disusun untuk mencapai agihan berat 45:55 (depan:belakang) nisbah ideal untuk handling.
Rangka Aluminium Sepenuhnya
GR GT adalah kereta Toyota pertama yang menggunakan rangka badan aluminium sepenuhnya, dengan panel luar diperbuat daripada:
aluminium
CFRP (carbon fiber reinforced plastic)
plastik berkekuatan tinggi
Tujuannya: ringan tetapi sangat kukuh penting untuk kestabilan dalam selekoh kelajuan tinggi.
Aerodinamik Dibuat Terlebih Dahulu
Lazimnya Toyota cipta bentuk kereta dulu, baru fikir aerodinamik. Untuk GR GT, proses itu dibalikkan:
Aerodynamicists tentukan bentuk optimum aliran udara
Barulah pereka bentuk luaran mengolah rupa fizikal
Hasilnya:
aliran udara lebih stabil
enjin lebih sejuk
downforce optimum pada kelajuan lebih 300 km/h
Bahagian Dalaman: Fokus Pada Fungsi 100%
Paparan meter dioptimumkan untuk penglihatan ketika memandu laju
Butang kawalan dipusatkan dekat stereng
Kedudukan duduk direka bersama pelumba profesional
Sesuai untuk dua dunia: litar & pemanduan harian
2. GR GT3
Jika GR GT ialah kereta jalanan, GR GT3 ialah versi untuk bertanding dalam kategori FIA GT3, iaitu kelas perlumbaan paling popular untuk kereta pelanggan (customer racing).
Apa yang kekal sama?
Enjin V8 4.0 twin-turbo
Rangka aluminium
Fokus aerodinamik dan pusat graviti rendah
Apa yang berbeza?
Ia dibina supaya:
mudah dipandu oleh profesional dan gentleman drivers
kompetitif dalam perlumbaan sebenar di seluruh dunia
disokong oleh program customer racing Toyota
Teknologi Pembangunan Dari Simulator ke Nürburgring
TGR menggunakan pendekatan motorsport sepenuhnya:
pembangunan awal menggunakan simulator perlumbaan
penyempurnaan komponen melalui ujian litar sebenar
penilaian di pelbagai lokasi termasuk Fuji Speedway, Nürburgring, dan jalan raya awam
Kereta ini diuji sehingga “rosak dan diperbaiki semula” untuk memastikan ia tahan dan konsisten dalam pemanduan ekstrem.
Spesifikasi Utama GR GT (sasaran pembangunan)
Komponen
Butiran
Enjin
4.0L V8 twin-turbo + motor elektrik
Output
≥650 PS
Tork
≥850 Nm
Transmisi
Auto 8-kelajuan baharu
Drivetrain
Front-engine, RWD
Casis
Rangka aluminium + panel CFRP
Suspensi
Double-wishbone (depan & belakang)
Brek
Cakera karbon-keramik Brembo
Tayar
Michelin Pilot Sport Cup 2 (265/35R20 depan, 325/30R20 belakang)
Kelajuan maksimum
≥320 km/h
Berat sasaran
≤1,750 kg
Ringkasan Mudah
GR GT = kereta jalanan yang dibina seperti kereta lumba.
GR GT3 = versi perlumbaan FIA GT3.
Teknologi utama:
Enjin V8 twin-turbo + motor elektrik
Rangka aluminium sangat ringan
Aerodinamik direka dahulu sebelum bentuk luaran
Pemanduan lebih stabil kerana center of gravity sangat rendah.
Dibangunkan bersama pelumba profesional seperti Hiroaki Ishiura dan Tatsuya Kataoka.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...