Isi Kandungan
ToggleTeknologi Wajib Dalam Kereta Moden
Apple CarPlay merupakan salah satu ciri teknologi yang semakin menjadi keutamaan bagi pembeli kereta baharu pada tahun 2025.
Ia membolehkan anda mencerminkan aplikasi dan fungsi iPhone terus ke skrin infotainmen kereta dan menjadikan pemanduan lebih mudah, selamat dan menyeronokkan.
Dilancarkan sejak Mac 2014, CarPlay kini dianggap sebagai elemen penting dalam pengalaman memiliki kereta, hinggakan ada yang enggan membeli kereta tanpa sistem ini.

Apa Itu Apple CarPlay?
Apple CarPlay ialah alternatif kepada Android Auto khusus untuk pengguna iPhone.
Ia membolehkan anda menerima panggilan, mendengar muzik, menggunakan aplikasi navigasi kegemaran seperti Waze atau Google Maps dan menghantar mesej dan semuanya tanpa menyentuh telefon anda.
“interface” yang ringkas dan mesra pengguna menjadikannya lebih digemari berbanding sistem infotainmen terbina dalam kereta.
Kawalan boleh dilakukan melalui ikon besar di skrin sentuh atau melalui butang fizikal, bergantung kepada model kereta.
CarPlay Kini Dalam Bentuk Wireless
CarPlay bukan sahaja boleh digunakan melalui sambungan kabel USB, tetapi juga dalam bentuk wireless (tanpa wayar), terutama pada model-model kereta terkini.
Wireless CarPlay menggunakan gabungan Bluetooth dan Wi-Fi untuk menghubungkan iPhone anda secara automatik apabila anda masuk ke dalam kereta.

Adakah iPhone Saya Menyokong CarPlay?
Jika anda menggunakan iPhone 5 atau model lebih baharu (dikeluarkan sejak 2012), anda hampir pasti boleh menggunakan CarPlay.
Ia memerlukan sekurang-kurangnya iOS 7.1 dan lebih terkini, termasuk iOS 18 yang dilancarkan pada September 2024.
Telefon Android tidak boleh menggunakan CarPlay sebaliknya menggunakan sistem Android Auto.
Cara Sambung Apple CarPlay
Sambungan Berwayar (USB)
Sambung iPhone anda ke port USB dalam kereta menggunakan kabel Lightning (untuk model lama) atau USB-C (untuk model baharu).
Skrin akan memaparkan notifikasi untuk memulakan CarPlay – tekan “Ya”.
Sambungan Tanpa Wayar (Wireless)
Aktifkan Bluetooth dan Wi-Fi pada iPhone anda.
Masuk ke kereta dan sistem akan mengesan iPhone anda secara automatik.

Apple CarPlay Ultra: Tahap Tertinggi CarPlay
CarPlay Ultra ialah versi paling canggih, mengambil alih sepenuhnya paparan digital dalam kereta termasuk meter kelajuan dan pusingan enjin.
Antara ciri menarik:
Paparan dwi skrin untuk peta dan media.
Reka bentuk instrumen boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna.
Kawalan pendingin hawa dan audio terus melalui CarPlay, dengan bantuan Siri.
Aston Martin ialah pengeluar pertama yang menggunakannya pada SUV DBX 707, diikuti oleh Porsche.
Aplikasi Yang Menyokong Apple CarPlay
Tidak semua aplikasi serasi, tetapi berikut antara yang paling berguna:
Spotify / Amazon Music / BBC Sounds – untuk muzik, podcast dan radio.
Messages / WhatsApp – dengar dan hantar mesej melalui suara.
Apple Maps / Google Maps / Waze – navigasi pilihan anda.
ZapMap / ChargePoint / Plugshare – untuk mencari pengecas EV terdekat.
Jika Kereta Anda Tidak Mempunyai CarPlay…
Anda boleh memasangnya sendiri dengan sistem infotainmen aftermarket daripada jenama yang ada di pasaran dan terdapat pelbagai pilihan.
Disyorkan untuk mendapatkan bantuan profesional untuk pemasangan yang selamat dan kemas.

Adakah Apple CarPlay Percuma?
Ya, CarPlay adalah percuma. Hampir semua aplikasi utama yang disokong juga percuma.
Cuma, awasi penggunaan data mudah alih jika anda kerap menstrim muzik atau podcast semasa memandu.
Kesimpulan
Apple CarPlay menjadikan pengalaman memandu lebih pintar dan selamat, terutamanya bagi pengguna iPhone.
Dengan kemaskini 2025, sokongan wireless dan pelancaran CarPlay Ultra, masa depan sistem infotainmen dalam kereta kelihatan semakin menarik dan intuitif.
Jika anda sedang mempertimbangkan kereta baharu pastikan CarPlay tersenarai dalam senarai ciri wajib anda.
Baca Juga : Maserati Perkenalkan Quattroporte Grand Finale dan MC20 Iris One-Offs
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ford Mustang Mach-E Rally. Model Rali Elektrik AWD, 0-96km/j hanya 3.5 Saat

Jurutera dan pereka kereta dilihat semakin kreatif membina dan mencipta model baharu yang boleh dikatakan dibuat untuk masa hadapan. Terbaru, jenama Ford telah memperkenalkan sebuah model elektrik yang mempunyai mod pemanduan rali pada sistemnya.

Perkara ini mungkin dilihat sebagai penanda arah kepada pengeluar lain untuk berani mencuba perkara yang ganjil di mata umum seperti ini. Model yang diberi nama Ford Mustang Mach-E Rally merupakan sebuah SUV elektrik, lengkap dengan dua motor elektrik yang menghasilkan sistem pacuan semua roda (AWD).

Secara dasarnya, Mach-E Rally diberi tenaga sehingga mampu mencapai 480 kuasa kuda dengan daya kilas 881 Nm, dari segi penghantaran kuasa, ia mampu memecut dari 0-96km/j sepantas 3.5 saat sahaja.

Bateri yang dibekalkan bagi model ini berkapasiti 91 kWh dimana ia membolehkan pemandu menggunakan mod rali sejauh 402km untuk sekali pengecasan. Selain itu, ia turut dihadiri dengan pengecasan pantas DC sehingga 150kW.

Lengkap dengan rim aloi berukuran 19 inci, ia turut dipadankan dengan tayar Michelin Cross Climate2 bersaiz 235/55-19, sistem brek Brembo dengan rotor hadapan bersaiz 385 mm, lampu kabus(foglamp) dan juga spoiler seakan-akan Ford Focus RS.

Dari segi keselesaan, sistem suspensi turut diberi perhatian dimana ia menawarkan tambahan jarak tanah dari badan kereta sebanyak 20 mm berbanding model Mach-E GT dengan menggunakan penyerap hentak (absorber) dari MagneRide.

Mustang Mach-E turut didatangi dengan standard, perlindungan pada bahagian motor depan dan belakang, filem perlindungan pada plastik cladding dan arka roda dan juga pilihan pemasangan mud flap.

Untuk ruang dalaman, tiada apa yang istimewa bagi model ini sebaliknya rupa bentuknya seakan sama dengan model Mach-E jalanan, apa yang berbeza cuma aksen putih berkilat pada papan pemuka dan roda stereng serta jahitan menyerlah pada panel pintu.

Sesuai dengan namanya, Mustang Mach-E Rally ini menawarkan mod Rally Sport yang semestinya untuk pemanduan off-road. Menurut Ford, mod ini membenarkan SUV ini respon dengan lebih sekata, aksi gelongsor yang lebih agresif serta absorber yang lebih terkawal.

Ford Mustang Mach-E Rally boleh didapati dalam warna Grabber Blue, Shadow Black, Eruption Green dan Grabber Yellow, manakala warna Star White dan Glacier Gray turut ditawarkan dengan kos tambahan.

Ia bakal dibuka untuk jualan di pasaran Amerika Utara dan Eropah pada separuh pertama tahun hadapan (2024), dengan permulaan harga yang ditawarkan ialah RM304,103 atau $65,000. Mungkin lagi dua tahun baru sampai ke pasaran Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Panduan Menukar Enjin Kenderaan – Langkah dan Peraturan yang Sah

Isi Kandungan
ToggleMenukar enjin kenderaan mungkin tampak seperti tugas yang mencabar, tetapi dengan panduan yang betul. Ia boleh menjadi satu proses yang lancar. Artikel ini akan membantu anda memahami langkah-langkah penting dan peraturan yang perlu dipatuhi sebelum anda membuat keputusan untuk menukar enjin kenderaan anda.
Kategori Penukaran Enjin yang Memerlukan Kelulusan
Sebelum anda memulakan proses penukaran enjin, adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat beberapa kategori penukaran enjin yang memerlukan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antaranya ialah:

- Peningkatan Kapasiti Enjin Melebihi 30% dari Enjin Asal: Jika anda merancang untuk menukar enjin dengan kapasiti yang lebih besar, pastikan peningkatan tersebut tidak melebihi 30% daripada kapasiti enjin asal.
- Penukaran Enjin kepada Bahan Bakar Berbeza: Penukaran ini memerlukan kelulusan khas kerana ia melibatkan perubahan besar dalam sistem kenderaan.
- Penukaran Enjin bagi Kenderaan Perdagangan dan Perkhidmatan Awam: Kategori ini memerlukan perhatian khusus memandangkan kenderaan-kenderaan ini digunakan secara komersial.
- Penukaran Enjin kepada Buatan Berbeza: Jika enjin yang dipasang bukan daripada pengeluar asal kenderaan, anda perlu mendapatkan kelulusan.
- Penukaran Enjin Motosikal: Untuk motosikal, penukaran enjin hanya dibenarkan jika buatan dan kapasiti adalah sama dengan enjin asal.

Syarat-Syarat Penukaran Enjin
Selain daripada kategori di atas, terdapat beberapa syarat penting yang perlu dipatuhi:
- Penukaran enjin untuk kategori peningkatan kapasiti hanya dibenarkan bagi kenderaan jenis motokar.
- Penukaran enjin motosikal hanya dibenarkan jika enjin baru mempunyai buatan dan kapasiti yang sama dengan enjin asal.
- Dokumen Kastam K1 diperlukan jika enjin yang dibeli adalah enjin import.
- Struktur casis kenderaan mesti berada dalam keadaan baik dan tidak boleh ada pengubahsuaian pada bahagian penting seperti ‘front cross member’ atau ‘engine mounting’.
- Tahap kecekapan brek perlu dipertingkatkan jika kapasiti enjin yang baru melebihi 30% daripada enjin asal.

Dokumen Permohonan
Untuk memastikan proses penukaran enjin berjalan lancar, pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen berikut:
- Borang Permohonan Tukar Enjin (JPJTE): Borang ini boleh didapati dan dihantar melalui portal JPJ atau kaunter Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri.
- Kad Perakuan Pendaftaran (JPJK2) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
- Laporan Kastam K1 yang mencatat nombor enjin baru.
- Surat pengesahan jual beli enjin (jika enjin diperolehi dari kenderaan lain).
- Surat Amanah Raya atau Perintah Mahkamah (jika berkaitan).
Dengan memahami dan mematuhi panduan serta peraturan yang ditetapkan oleh JPJ, anda bukan sahaja memastikan kenderaan anda mematuhi undang-undang, tetapi juga menjamin keselamatan di jalan raya. Menukar enjin adalah satu pelaburan besar, jadi pastikan anda melakukannya dengan cara yang betul dan sah.

Dari Jabatan Pengangkutan Jalan
Baca Juga Perlu Ke Memanaskan Enjin Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Lelehan Hitam Pada Kereta Selepas Hujan, Apakah Puncanya?

Kesan lelehan air atau water streaks adalah garis-garis hitam yang muncul pada permukaan kereta selepas hujan. Masalah ini bukan sahaja mengganggu penampilan kereta, tetapi juga boleh merosakkan cat jika tidak ditangani dengan betul.
Ini terjadi apabila air yang mengandungi kotoran, debu, atau mineral mengalir di sepanjang permukaan kereta dan mengering, meninggalkan kesan yang kelihatan jelas terutama pada kereta berwarna terang.
Punca-Punca Kesan Lelehan Air
- Kotoran dan Debu: Air hujan membawa kotoran dan debu dari udara dan jalan raya. Apabila air mengalir di sepanjang permukaan kereta, ia meninggalkan kesan kotoran tersebut.
- Debunga dan Sisa Tanaman: Di kawasan yang banyak tumbuhan, debunga dan sisa daripada tanaman boleh menyebabkan lelehan hitam apabila bercampur dengan air hujan.
- Pencemaran Udara: Zarah-zarah pencemaran daripada kenderaan dan industri melekat pada permukaan kereta dan larut dalam air hujan, menyebabkan garis-garis hitam.
- Produk Pembersihan Kereta: Produk pembersihan kereta yang tidak dibilas dengan sempurna boleh meninggalkan kesan yang kelihatan selepas hujan.
baca juga : TIP PENJAGAAN KERETA AGAR KEKAL BERKILAT
Cara Mengatasi dan Mencegah Kesan Lelehan Air
- Cuci Kereta Secara Berkala: Basuh kereta anda dengan sabun khas yang dapat menghilangkan kotoran dan debu dengan lebih efektif. Ini membantu mencegah kotoran yang boleh menyebabkan lelehan hitam.
- Gunakan Pelindung Cat: Gunakan wax atau coating cat untuk mengurangkan kotoran melekat pada permukaan kereta. Produk ini membentuk lapisan pelindung yang menjadikan permukaan kereta licin dan kurang terdedah kepada kotoran.
- Cuci Selepas Hujan: Jika boleh, cuci kereta selepas hujan untuk menghilangkan kotoran dan debu sebelum ia mengering dan meninggalkan kesan yang berpanjangan.
- Lap Kereta dengan Kain Mikro: Lap kereta dengan kain microfiber selepas hujan untuk mengelap sisa-sisa air hujan dan kotoran sebelum ia meninggalkan kesan.
- Gunakan Air Bebas Mineral: Jika mencuci kereta sendiri, gunakan air yang bebas mineral (distilled water) untuk mengelakkan kesan titisan air yang mengandungi mineral yang boleh meninggalkan kesan.
Kesan lelehan air adalah masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik kereta, terutamanya mereka yang memiliki kereta berwarna terang. Dengan penjagaan yang betul dan langkah-langkah pencegahan yang tepat, anda boleh menjaga kereta anda agar tetap bersih dan kelihatan baru.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.