Ads

GWM Malaysia Perluas Rangkaian, Buka Dua Cawangan Baharu!

GWM Malaysia Perluas Rangkaian, Buka Dua Cawangan Baharu di Johor dan Selangor

GWM Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan menerusi pembukaan dua cawangan baharu, masing-masing di Skudai, Johor dan Equine Park, Seri Kembangan, Selangor.

Pembukaan GWM Skudai dan GWM Equine Park bukan sahaja menambah liputan rangkaian pengedar jenama itu, malah memberi pelanggan akses lebih mudah kepada barisan kenderaan GWM, sesi pandu uji serta sokongan selepas jualan.

Dengan penambahan dua lokasi tersebut, rangkaian mereka kini merangkumi lebih 40 cawangan di seluruh negara yang menyokong jenama HAVAL, TANK, ORA dan WEY.

Perkembangan ini hadir ketika GWM Malaysia mencatatkan 5,165 penghantaran kenderaan sehingga penghujung suku ketiga 2026, meningkat 33 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

GWM Skudai Tampil Sebagai Pusat 3S

GWM Skudai dibuka secara rasmi pada 8 Oktober 2026 dan dikendalikan oleh Auto Elegance Sdn. Bhd.

Beroperasi sebagai pusat 3S, ia menghimpunkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung bagi memenuhi keperluan pelanggan sekitar Skudai, Johor Bahru, Iskandar Puteri serta kawasan berdekatan.

Dengan keluasan kira-kira 22,006 kaki persegi, fasiliti ini menyediakan lima ruang pameran kenderaan, tiga ruang servis, sebuah stesen pengecas EV, ruang khas penyerahan kenderaan, ruang menunggu pelanggan serta peralatan diagnostik.

Ads

Pusat servisnya pula mempunyai kapasiti untuk mengendalikan kira-kira 150 kenderaan setiap bulan.

Antara model yang boleh dilihat dan dipandu uji di sini termasuk HAVAL H6, WEY G9, TANK 300, TANK 500 dan ORA Good Cat. Pembukaan fasiliti tersebut turut menyokong kira-kira 40 peluang pekerjaan merangkumi bahagian jualan, servis, teknikal serta khidmat pelanggan.

Equine Park Fokus Pelanggan Selatan Selangor

GWM Equine Park pula dibuka secara rasmi pada 10 Oktober 2026 dan dikendalikan oleh Golden Admiral Motors Sdn. Bhd.

Lokasinya di Seri Kembangan membolehkan cawangan ini memberi akses lebih mudah kepada pelanggan dari kawasan seperti Putrajaya, Cyberjaya dan komuniti sekitarnya.

Berbeza dengan Skudai, GWM Equine Park beroperasi sebagai fasiliti 1S+2S yang merangkumi dua premis berasingan untuk jualan dan selepas jualan, dengan keluasan keseluruhan sekitar 9,431 kaki persegi.

Ads

Ruang pamerannya berkeluasan kira-kira 5,770 kaki persegi dan mampu memuatkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan pameran.

Pusat servis berkeluasan 3,661 kaki persegi pula dilengkapi empat vehicle hoist, kemudahan tyre balancing dan wheel alignment, peralatan diagnostik serta keupayaan menyokong kenderaan dengan teknologi ICE, HEV, PHEV dan EV.

Selain itu, fasiliti berkenaan menyediakan ruang konsultasi pelanggan, penyerahan kenderaan dan ruang menunggu, selain menawarkan alat ganti tulen, servis berkala, diagnostik serta kerja pembaikan umum.

Antara model yang ditawarkan untuk tontonan dan pandu uji termasuk HAVAL H6 HEV, TANK 300, TANK 500 dan WEY G9.

Ads

GWM Malaysia Perluas Rangkaian, Buka Dua Cawangan Baharu!

Bukan Sekadar Tambah Bilangan Cawangan

Menurut mereka, pengembangan rangkaian ini bukan sekadar bertujuan menambah bilangan lokasi, tetapi turut memberi penekanan kepada pengalaman pelanggan secara menyeluruh.

Syarikat itu terus memperkukuh latihan teknikal, ketersediaan alat ganti, standard operasi pengedar serta sokongan GWM Care bagi memastikan pelanggan mendapat bantuan yang diperlukan sepanjang tempoh pemilikan.

Langkah ini menjadi semakin penting apabila portfolio mereka di Malaysia kini merangkumi pelbagai jenis teknologi rangkaian kuasa termasuk ICE, HEV, PHEV dan EV, sekali gus memerlukan keupayaan servis serta sokongan teknikal yang lebih meluas.

Pembukaan di Skudai dan di Equine Park menunjukkan strategi GWM Malaysia untuk mengembangkan rangkaian pengedarnya seiring pertambahan pelanggan serta portfolio model di pasaran tempatan, dengan fokus bukan sahaja terhadap jualan tetapi juga pengalaman pemilikan jangka panjang.

Baca Juga: GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

40 TAHUN

40 Tahun BMW M3!

40 Tahun BMW M3, Enam Generasi Membina Legasi Dalam Dunia Automotif Selama 40 tahun, BMW M3 telah membina reputasi sebagai antara model berprestasi tinggi paling...