Ads

Hyundai CRATER Concept Kini Hadir Dalam The Crew Motorfest!

Hyundai CRATER Concept Kini Hadir Dalam The Crew Motorfest, Bawa Pengalaman Pemanduan Off-Road Secara Maya

Hyundai Motor Company mengumumkan kerjasama bersama Ubisoft Ivory Tower untuk memperkenalkan model konsep elektrik, Hyundai CRATER Concept, ke dalam permainan video perlumbaan dunia terbuka, The Crew Motorfest.

Kemunculan ini menjadikan Hyundai sebagai jenama automotif pertama dari Korea Selatan yang menampilkan kenderaannya secara rasmi dalam permainan tersebut.

Melalui kerjasama ini, pemain berpeluang merasai pengalaman pemanduan off-road menggunakan CRATER Concept, sebuah SUV elektrik konsep yang mengetengahkan rekaan lasak dan keupayaan meneroka pelbagai jenis permukaan jalan.

hyundai crater

Hyundai CRATER Concept, SUV Elektrik Dengan Rekaan Lasak

Hyundai CRATER Concept merupakan sebuah SUV elektrik kompak berkonsepkan off-road yang dibangunkan di Hyundai America Technical Center (HATCI), Irvine, California.

Model konsep ini memperlihatkan hala tuju perkembangan rekaan XRT (Xtreme Rugged Terrain) Hyundai yang memberikan penekanan terhadap penampilan lasak, keupayaan meredah pelbagai permukaan dan prestasi pemanduan.

XRT merupakan identiti rekaan khusus Hyundai yang mula diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Melalui CRATER Concept, Hyundai mahu memperlihatkan evolusi rekaan XRT yang bukan sahaja menitikberatkan penampilan, malah memberi tumpuan kepada keyakinan pemanduan, kawalan dan keselesaan ketika meneroka laluan mencabar.

Sebelum ini, Hyundai turut memperkenalkan TUCSON XRT PRO kepada umum melalui penampilan sulungnya di peringkat dunia.

Baca Juga: Hyundai STARGAZER Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia

Ads

Boleh Pandu CRATER Concept Dalam The Crew Motorfest

Hyundai CRATER Concept diperkenalkan menerusi kemas kini Season 11 The Crew Motorfest yang bertemakan off-road.

Permainan yang dibangunkan oleh Ubisoft Ivory Tower itu menawarkan persekitaran dunia terbuka, membolehkan pemain menikmati pelbagai aktiviti perlumbaan dan penerokaan menggunakan kenderaan pilihan mereka.

Menariknya, kehadiran CRATER Concept bukan sekadar menambah sebuah lagi model kenderaan dalam permainan berkenaan.

Hyundai dan Ubisoft turut memperkenalkan beberapa ciri yang membolehkan pemain meneroka kemampuan SUV konsep tersebut dengan lebih mendalam.

Antaranya ialah fungsi Winch yang membolehkan pemain mengharungi laluan mencabar, memulihkan kenderaan daripada halangan serta bergerak di kawasan yang sukar dilalui.

Ads

Pemain juga boleh melakukan pengubahsuaian terhadap CRATER Concept mengikut cita rasa masing-masing melalui pilihan vehicle customization yang disediakan.

Selain itu, fungsi TrackForge membolehkan pengguna menghasilkan dan berkongsi laluan ciptaan sendiri, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk mencuba keupayaan off-road kenderaan berkenaan.

Hyundai CRATER Concept Kini Hadir Dalam The Crew Motorfest!

Aktiviti Khas Bersama Komuniti Permainan

Bagi memeriahkan kerjasama ini, Hyundai dan Ubisoft Ivory Tower turut merancang beberapa aktiviti bersama pencipta kandungan permainan video.

Antaranya termasuk sesi reviu kenderaan secara maya yang memberikan tumpuan kepada rekaan off-road CRATER Concept.

Selain itu, sebuah laluan khas off-road akan dibangunkan menggunakan TrackForge bagi membolehkan pemain menguji kenderaan tersebut dalam persekitaran yang lebih mencabar.

Ads

Aktiviti perlumbaan secara langsung turut dirancang dengan penyertaan pemain, sekali gus memberi peluang kepada mereka bersaing bersama pencipta kandungan di laluan khas berkenaan.

Lebih Banyak Model Hyundai Akan Menyusul

Menurut Hyundai, pengenalan CRATER Concept merupakan langkah permulaan kepada kerjasama yang lebih luas bersama The Crew Motorfest.

Beberapa model Hyundai lain dijadualkan menyertai permainan tersebut secara berperingkat dalam musim akan datang.

Pengeluar itu turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak pengalaman digital berkaitan jenamanya bagi mendekati pengguna generasi baharu.

Kerjasama ini juga merupakan sebahagian daripada strategi Hyundai untuk memperluaskan kehadirannya dalam industri permainan video.

Sebelum ini, Hyundai telah meneroka platform permainan seperti Roblox pada 2021, selain menjalinkan kerjasama dalam permainan Fortnite, Rocket League, Top Eleven dan Asphalt Legends.

Melalui pengenalan Hyundai CRATER Concept dalam The Crew Motorfest, Hyundai bukan sahaja dapat memperkenalkan identiti rekaan SUV elektrik masa depannya kepada pemain, malah memberikan peluang kepada peminat automotif untuk merasai pengalaman pemanduan sebuah kenderaan konsep dalam persekitaran maya.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Proton e.MAS Jelajah Sabah, Tiga Model Dibawa!

Proton e.MAS Jelajah Sabah, Tiga Model Dibawa ke Suria Sabah Proton e.MAS terus memperluaskan kehadirannya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan dengan membawa tiga model...