Zeekr, jenama teknologi premium global, kini melangkah ke pasaran Malaysia dengan pelancaran dua model elektrik tulen, Zeekr 009 dan Zeekr X. Di bawah Sentinel Automotive Sdn Bhd, jenama ini menjanjikan pengalaman pemanduan mewah dengan teknologi terkini.
Harga dan Varian
Zeekr 009, sebuah MPV elektrik mewah, ditawarkan dalam dua varian:
7-tempat duduk pada harga RM349,800
6-tempat duduk ultra mewah pada harga RM359,800
Manakala, Zeekr X, SUV bandar serba elektrik, hadir dengan dua pilihan:
Premium pada harga RM155,800
Flagship AWD pada harga RM172,800
Zeekr 009
Kedua-dua model disokong dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000km. Serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km.
Selain itu, 500 pelanggan pertama akan menerima pakej pelancaran eksklusif termasuk pengecas rumah, pengecas mudah alih, filem solar, dan penutup matahari untuk Zeekr X.
Reka Bentuk dan Kemewahan Zeekr 009
Zeekr 009 menampilkan reka bentuk luar yang megah dan dalaman bertaraf dunia. MPV ini diperkasakan oleh dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa maksimum 450 kW dan tork 693 Nm.
Ads
Membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat. Dengan bateri 116 kWh, ia mampu mencapai jarak WLTP sehingga 582 km.
Sementara pengecasan pantas DC 150 kW membolehkannya dicas dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit.
Bahagian dalamnya dilengkapi tempat duduk Nappa yang selesa, meja tersembunyi, peti sejuk mini 8.6 liter, dan fungsi urutan serta pengudaraan untuk barisan pertama dan kedua. Untuk hiburan, terdapat skrin OLED 15.05 inci di tengah. Skrin bumbung OLED 17 inci, dan sistem bunyi Yamaha 30-pembesar suara.
Ruang dalaman Zeekr 009
Kehebatan Zeekr X
Zeekr X pula menggabungkan reka bentuk bandar moden dengan prestasi hebat. Varian Flagship AWD mampu menghasilkan kuasa maksimum 315 kW dengan pecutan 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat.
Ads
Dengan bateri 66 kWh, ia menawarkan jarak WLTP sehingga 440 km dan pengecasan pantas DC 150 kW dalam tempoh 30 minit.
SUV ini dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), paparan HUD realiti tambahan 35.95 inci, dan kemasan dalaman yang mewah untuk memastikan keselesaan maksimum di jalan raya.
Cawangan dan Perkhidmatan Pelanggan
Zeekr telah membuka bilik pameran utama di Petaling Jaya dan Sunway City, dengan lebih banyak cawangan bakal dibuka di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, dan beberapa negeri lain menjelang pertengahan 2025.
Zeekr X
Era Baharu Mobiliti Elektrik di Malaysia
Dengan Zeekr 009 dan Zeekr X, Zeekr memperkenalkan standard baharu dalam teknologi elektrik dan kemewahan di Malaysia. Sama ada anda mencari MPV ultra mewah atau SUV bandar elektrik. Zeekr menawarkan pakej lengkap untuk pengalaman pemanduan masa depan.
Ads
Bagi maklumat lanjut, hubungi Sentinel Automotive di +6012-964 8495 atau lawati bilik pameran berhampiran anda.
BMW Group dan Toyota Motor Corporation sekali lagi membuktikan mereka adalah pelopor dalam dunia automotif dengan melangkah ke hadapan dalam pembangunan teknologi kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV).
Kedua-dua gergasi automotif ini sedang bekerjasama rapat untuk membawa teknologi sel bahan api ke tahap yang seterusnya.
Memberi pelanggan pilihan enjin elektrik yang lebih mesra alam dengan pelepasan sifar di peringkat tempatan.
Kredit – Press BMW Group
Fasa Pertama Pelan
BMW merancang untuk melancarkan kenderaan FCEV pengeluaran siri pertama mereka pada tahun 2028. Kerjasama antara BMW dan Toyota dalam pembangunan sistem kuasa ini tidak hanya mempercepatkan inovasi. Tetapi juga memperkukuhkan matlamat bersama mereka dalam menggerakkan ekonomi hidrogen.
Melalui pendekatan ‘technology openness’, mereka akan menyediakan pelbagai pilihan enjin elektrik untuk masa depan. Termasuk kenderaan sel bahan api ini yang diharapkan menjadi permintaan besar dalam dekad akan datang.
Kredit – Press BMW Group
Oliver Zipse
Ketua Lembaga Pengurusan BMW AG, menyatakan bahawa ini adalah satu titik penting dalam sejarah automotif. “Dikuasakan oleh hidrogen dan didorong oleh semangat kerjasama, teknologi ini akan mengukuhkan bagaimana kemajuan teknologi sedang membentuk mobiliti masa depan,” katanya.
Koji Sato
Presiden Toyota pula menegaskan kerjasama ini mencerminkan kepercayaan mereka terhadap ‘pendekatan pelbagai laluan’ untuk mencapai neutral karbon.
Apa yang menarik tentang kerjasama ini adalah pembangunan teknologi powertrain yang akan digunakan oleh kedua-dua syarikat untuk model kenderaan penumpang.
Teknologi teras sel bahan api ini (generasi ketiga) akan digunakan dalam model individu BMW dan Toyota. Memberi pelanggan lebih banyak pilihan kenderaan FCEV. Dengan bergabung tenaga, kos pembangunan teknologi sel bahan api ini dapat dikurangkan, menjadikannya lebih mampu milik untuk pelanggan di seluruh dunia.
Kredit – Press BMW Group
BMW iX5 Hydrogen
Setelah berjaya menguji model BMW iX5 Hydrogen di seluruh dunia. BMW kini sedang bersiap sedia untuk pengeluaran siri pada tahun 2028. Kenderaan ini akan ditawarkan sebagai satu varian tambahan kepada model sedia ada BMW.
Melengkapkan pilihan pemanduan elektrik yang mereka tawarkan – bersama-sama kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), dan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Lebih daripada itu, kedua-dua syarikat juga berusaha untuk memperluas infrastruktur pengisian semula hidrogen. Ini penting dalam memastikan teknologi hidrogen dapat digunakan dengan lebih meluas. Bukan sahaja untuk kenderaan komersial, tetapi juga untuk kenderaan penumpang.
Mereka juga bekerjasama dengan syarikat yang terlibat dalam pengeluaran hidrogen rendah karbon dan infrastruktur pengedaran.
Manfaat teknologi hidrogen ini adalah sebagai pembawa tenaga masa depan yang menjanjikan dalam usaha global untuk mengurangkan karbon.
Hidrogen dapat berfungsi sebagai medium penyimpanan tenaga yang efektif untuk sumber tenaga boleh diperbaharui. Membantu menyeimbangkan penawaran dan permintaan serta membolehkan integrasi tenaga yang lebih stabil ke dalam grid elektrik.
Honda Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa model baharu Honda HR-V kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar sah Honda seluruh negara.
Serta melalui platform atas talian rasmi Honda Malaysia. Dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun 2025, model ini kembali sebagai antara model paling digemari dalam kategori SUV B bukan nasional. Serta model jualan tertinggi Honda dari Januari hingga Mei 2025.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2015, HR-V telah memberi impak besar dalam segmen SUV di Malaysia dan menjadi pilihan utama rakyat dengan lebih 169,000 unit terjual setakat Mei 2025.
HR-V terus menarik minat pelanggan di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan gabungan reka bentuk bergaya, ruang dalaman praktikal serta prestasi boleh dipercayai.
Reka Bentuk Baharu
Reka bentuk baharu HR-V tampil dengan gaya lebih segar dan yakin dari setiap sudut, menjadikannya pilihan menarik untuk peminat SUV. Model HR-V e:HEV RS hadir dengan ciri baharu seperti:
Gril hadapan minimalis
Rim aloi dua tona bersaiz 18″
Lampu belakang LED penuh yang bergaris
Teknologi e:HEV bukan sahaja menawarkan kecekapan bahan api yang luar biasa, malah memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Enjin 1.5L e:HEV menjana 131PS dan 253Nm. Menawarkan pecutan lancar serta responsif.
HR-V juga menawarkan tiga mod pemanduan – Econ, Normal dan Sport – untuk keselesaan di bandar mahupun perjalanan jauh.
Pilihan Trim Pemanduan
Bagi mereka yang gemarkan pemanduan lebih bertenaga, HR-V baharu turut tersedia dengan enjin 1.5L DOHC VTEC Turbo yang menghasilkan 181PS dan 240Nm. Serta enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang memberikan pemanduan lancar dan efisien dengan 121PS dan 145Nm.
Dari segi keselamatan, HR-V dilengkapi teknologi Honda SENSING yang kini ditambah baik dengan Adaptive Driving Beam dan Active Cornering Light. Ciri-ciri ini menambah keyakinan pemanduan dan menjadikan HR-V sebuah SUV pintar yang lengkap dan selamat.
Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Phoenix Orange Pearl yang menyerlah dan Crystal Black Pearl yang elegan. Memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan mengikut gaya peribadi masing-masing.
Pelanggan boleh membuat tempahan HR-V Baharu di laman prebook.honda.com.my atau melalui aplikasi HondaTouch. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Honda berdekatan, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
Rezvani, syarikat automotif yang berpangkalan di California, US, baru-baru ini telah mengumumkan model terbaharunya, dikenali sebagai Beast. Ia yang menawarkan prestasi yang memukau dengan rekaan modifikasi yang menakjubkan, berharga dari USD$485 ribu (sekitar RM2.3 juta).
Dikenali dengan penghasilan kenderaan modifikasi yang menarik dari beberapa model popular, Rezvani kali ini mendedahkan Beast, yang diasaskan dari Chevrolet Corvette C8 yang telah diubah suai sepenuhnya, terutama pada bahagian luaran.
Meskipun menggunakan enjin V8 LT2 6.2 liter, Beast telah dipertingkatkan dengan turbo berkembar, di mana ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 1000 HP dan tork 1194 Nm!
Kredit Foto: Rezvani
Dengan transmisi automatik DCT 8 kelajuan, Beast mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 2.5 saat, dibantu oleh pengurangan berat melalui penggunaan komponen badan dari gentian karbon.
Rekaan luaran Beast kini lebih agresif dengan badan gentian karbon, menampilkan modifikasi besar yang pastinya memikat perhatian. Rezvani turut menawarkan beberapa pakej naik taraf untuk meningkatkan lagi daya penarik, termasuk pakej “007” yang menambahkan elemen gaya hidup James Bond.
Bagi mereka yang mahukan tahap kekebalan yang lebih tinggi, Beast boleh dilengkapi dengan perisai kalis peluru dengan kos tambahan. Walaupun dengan harga yang meningkat sehingga USD585 ribu (lebih kurang RM2.7 juta) dengan tambahan pakej “007” dan perisai kalis peluru, Rezvani hanya merancang untuk menghasilkan 20 unit sahaja, menjadikannya pilihan eksklusif bagi peminat kenderaan prestasi yang mencari keunikan dan ketangguhan.
Sportbike ‘Value for Money’ Bawah RM10,000
Sempena majlis perasmian Mforce SmartShop W H S Motor Sdn. Bhd. di Banting, QJMOTOR Malaysia melancarkan sebuah model baharu...