Dalam pembangunan yang mengambil masa hampir tiga tahun, litar lumba Horizon Beranang akhirnya melihat cahaya mata pada tahun 2023. Idea yang dicanangkan pada tahun 2022, akhirnya membuahkan pusat latihan dan perlumbaan sukan permotoran yang diimpikan ramai.
Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Selangor, dengan penuh semangat menjelaskan bahawa litar ini akan menjadi titik tumpuan utama bagi peminat sukan permotoran.
“Inisiatif ini direalisasikan melalui usaha Horizon Motorsport dengan sokongan padu kerajaan Selangor melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Ia menjadi wadah yang sempurna bagi pelumba tempatan untuk berkembang dan memperjuangkan impian mereka dalam arena perlumbaan.”
Kredit: mediatwohweels.com
Beliau menekankan bahawa litar ini bukan sekadar tempat untuk berlumba, tetapi juga menjadi tempat latihan yang cemerlang untuk bakat-bakat baru.
Ads
“Kami berharap agar pengurusan litar ini diserahkan kepada mereka yang berpengalaman dan profesional dalam bidang sukan permotoran. Ini adalah langkah penting untuk memastikan kesinambungan sukan ini dan juga untuk mendorong penemuan bakat-bakat baru yang berpotensi.”
Dengan jarak trek lumba sejauh 1 kilometer dan 12 variasi litar yang berbeza, Horizon Beranang menjanjikan pengalaman perlumbaan yang menarik bagi semua peringkat pelumba.
Ads
“Ketika litar ini siap sepenuhnya, kami yakin bahawa ia akan menjadi mercu tanda penting dalam dunia sukan permotoran di Selangor. Penggemar sukan ini boleh menghubungi Horizon Motorsport untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan litar ini,” tambahnya dengan penuh keyakinan.
Malaysia Autoshow tahun ini menyaksikan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tampil dengan penuh bergaya apabila melancarkan dua skuter premium terbaharu mereka. Yamaha XMAX 2025 dan TMAX Tech Max 2025.
Bertempat di lot yang memukau dengan elemen futuristik serta pencahayaan LED biru yang menyerlah. Pengunjung diheret ke dalam dunia “Blu Multiverse” – satu pengalaman interaktif lengkap dengan pameran motosikal rare, permainan digital, barangan eksklusif dan cabutan bertuah!
Kalau anda peminat skuter berprestasi tinggi dengan gaya hidup urban. Model terbaharu Yamaha ini memang tepat untuk anda. XMAX 2025 tampil lebih bergaya dan praktikal. Manakala TMAX Tech Max 2025 pula mengangkat tahap keselesaan dan teknologi ke satu dimensi baharu.
XMAX 2025 mengekalkan DNA sporty dan selesa tetapi dengan beberapa penaiktarafan menarik:
Sebagai model flagship Yamaha, TMAX Tech Max 2025 adalah gabungan kuasa, kemewahan dan teknologi canggih:
Kedua-dua model ini akan mula berada di semua wakil pengedar sah Yamaha pada hujung Mei 2025. Apa yang HLYM tampilkan bukan sekadar motosikal, tapi sebuah evolusi gaya hidup atas dua roda – penuh gaya, selesa dan canggih. Nak tahu lebih lanjut? Layari www.yamaha-motor.com.my dan bersedia untuk alami pengalaman MAX sebenar!
MAX Series 2025 – bukan sekadar skuter, ini seni bergerak.
Selepas memperkenalkan EX90 dan XC90 baharu pada April lalu, Volvo Car Malaysia kini menambah satu lagi pencapaian penting dengan memperkenalkan XC60 facelift untuk pasaran tempatan. Model ini tampil dengan beberapa penambahbaikan rekaan dan teknologi, menjadikannya lebih premium serta relevan untuk gaya hidup elektrifikasi moden.
Dari segi global, XC60 ialah model paling berjaya Volvo dengan hampir 2.7 juta unit terjual, manakala di Malaysia sahaja lebih 6,200 unit telah dimiliki, sekali gus menguatkan reputasi SUV ini sebagai pilihan utama keluarga.
Refreshed Volvo XC60 ditawarkan dalam dua pilihan elektrifikasi:
XC60 T8 AWD Plug-in Hybrid – harga anggaran dari RM367,888*
XC60 B5 AWD Mild Hybrid – harga anggaran dari RM333,888*
Harga rasmi akan diumumkan kemudian, namun kedua-dua varian sudah boleh ditempah bermula hari ini.
Bagi mereka yang mengutamakan pemanduan sifar emisi, XC60 T8 AWD Plug-in Hybrid menawarkan jarak elektrik penuh sehingga 89 km (WLTP) cukup untuk perjalanan ulang-alik harian dalam bandar. Apabila digabungkan dengan enjin petrol yang menghasilkan lebih 450 Nm tork, SUV ini tetap mempunyai prestasi mantap untuk perjalanan jauh.
Sebaliknya, Volvo XC60 B5 Mild Hybrid memberi solusi lebih mudah tanpa perlu pengecasan. Sistem mild hybrid ini menggunakan tenaga brek semula untuk menyokong enjin petrol, membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta emisi, sambil mengekalkan kelancaran pemanduan harian.
Bahagian luaran kini menerima gril mesh diagonal baharu yang menyerlahkan lampu LED ikonik Thor Hammer, bersama lampu belakang gelap yang lebih sporty. Pilihan rim baharu serta dua warna terkini Forest Lake dan Bright Dusk menyelaraskan Volvo XC60 dengan barisan EV Volvo, sambil mengekalkan gaya Scandinavia yang ringkas dan elegan.
Ruang kabin Volvo XC60 terus mengekalkan reputasinya dengan tempat duduk antara paling selesa dalam segmen. Suspensi udara kini ditawarkan secara percuma untuk varian plug-in hybrid dalam tempoh terhad bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan terutama di jalan Malaysia yang tidak rata.
Kemudahan dalaman turut menerima penambahbaikan seperti pengecas tanpa wayar yang diletakkan lebih ergonomik, pemegang cawan baharu, serta ruang kargo lebih fleksibel. Tambahan pula, sistem penulenan udara canggih Volvo kini menapis sehingga 95% partikel berbahaya untuk memastikan udara kabin sentiasa bersih.
Bahagian tengah papan pemuka kini menempatkan paparan bebas 11.2 inci dengan Google built-in. Antara fungsi yang ditawarkan termasuk Google Maps, Google Assistant, serta akses aplikasi popular seperti Spotify dan Waze.
Bagi pencinta audio, sistem bunyi Bowers & Wilkins High Fidelity menjanjikan pengalaman audio setaraf konsert dalam perjalanan harian.
Seperti biasa, keselamatan menjadi tunjang utama. Volvo XC60 didatangkan standard dengan sistem seperti adaptive cruise control, lane-keeping assist, dan collision avoidance, dipadankan dengan struktur badan yang telah lama terbukti sebagai antara paling selamat dalam industri automotif.
Refreshed Volvo XC60 ini terus mengekalkan statusnya sebagai SUV premium segmen pertengahan paling lengkap di pasaran menggabungkan elektrifikasi, keselamatan, keselesaan, dan teknologi terkini dalam satu pakej.
*Harga di Semenanjung Malaysia. *Jarak berdasarkan ujian WLTP; angka dunia sebenar mungkin berbeza.
Pengedar tunggal rasmi jenama GAC di Malaysia, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), hari ini membuka tirai untuk tempahan model mewah MPV hibrid plug-in mereka GAC M8 PHEV. Dibangunkan sebagai MPV yang menggabungkan kemewahan, teknologi hibrid pintar dan ruang kabin premium.
Dua varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia (atas jalan, pengecualian insurans):
Varian Premium bermula pada RM328,800
Varian Luxury ditawarkan pada RM388,800
Sebagai sebahagian daripada kempen pengenalan, pelanggan yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025 akan menikmati dua tahun penyelenggaraan berkala secara percuma serta menerima kabel pengecasan mudah alih dan nilai gabungan lebih kurang RM3,800, tertakluk kepada syarat dan terma tertentu.
M8 PHEV menggunakan enjin turbo 2.0 liter yang digandingkan dengan kotak gear hibrid khusus (DHT 2-kelajuan) serta motor elektrik, menyumbang kepada gabungan output maksimum 372 PS dan tork 630 Nm. Kapabiliti jarak pemanduan pula agak mengagumkan, dengan bateri berkapasiti 25.57 kWh plus tangki bahan api 56 litre, ia mampu mencapai jarak sehingga 1,038 km dengan satu pengecasan penuh dan tangki penuh.
GAC tidak kompromi dari segi dinamik pemanduan dan keselesaan: sistem Adaptive Vehicle Dynamics Control dan suspensi peredam elektromagnetik dibekalkan bagi memastikan kestabilan optimum dalam pelbagai keadaan jalan raya. Tiga mod pemanduan ditawarkan: Intelligent Hybrid, All-Electricity First dan Power Preservation memberi fleksibiliti kepada pemandu moden yang mahukan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan.
Dari segi reka bentuk, M8 PHEV tampil dengan wajah “seperti-singa”, lampu LED khas “Awakening Eye” yang menjadi identiti depan, serta rim aloi 18″ dengan penutup roda auto-menaik.
Kerangka kabin pula tampak menonjol, upholsteri kulit semi-aniline, rel gelangsar baris kedua dan ketiga sepanjang 480mm (menawarkan ruang kaki terbaik dalam kelasnya), serta persekitaran ultra-senyap berkat 108 titik penyebat bunyi dan sistem Engine Noise Control. Untuk keselesaan penghawa dingin pula, sistem “Cool-Sense Technology” dibekalkan untuk pengaliran sejuk tanpa angin yang terasa lebih halus dan premium.
Dari segi keselamatan, M8 PHEV menawarkan sistem beg udara 360° termasuk satu inovasi dunia oleh GAC iaitu beg udara cermin belakang (rear windscreen airbag) sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem. Tambahan pula, sistem bantuan pemandu tahap 2 (Level 2 ADAS) dan ciri Full Automatic Parking Assist (FAPA) juga disediakan memberi keyakinan kepada pemandu dan penumpang. Jaminan yang ditawarkan ialah 5 tahun atau 150,000 km untuk kenderaan, serta 8 tahun atau 150,000 km untuk bateri dan mana yang tiba dahulu.
Menurut Pengarah Urusan Tan Keng Meng (CEO, Warisan TC Holdings Bhd)
“GAC M8 PHEV mewakili puncak barisan produk kami di Malaysia, menggabungkan teknologi hibrid terkini dengan kemewahan dan keselesaan yang luar biasa. Ia mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi harapan pelanggan yang muncul mengorak langkah ke mobiliti intelek dan lestari yang menjadi teras jenama GAC.”
Beliau menambah,
“Di WTCA, fokus kami ialah memperkukuh jenama GAC di Malaysia melalui keseimbangan elegan produk, inovasi dan kegunaan praktikal yang disokong rangkaian 22 bilik pameran dan 45 pusat servis seluruh negara serta pendekatan khidmat pelanggan yang berorientasikan pengguna. Dengan M8 PHEV, kami menetapkan penanda aras baharu segmen MPV premium sambil mengukuhkan komitmen jangka panjang kepada pelanggan Malaysia.”
Model GAC M8 PHEV kini sudah boleh dibeli di semua bilik pameran GAC seluruh negara, dengan sesi pandu uji boleh ditempah mengikut temu janji. Sebagai sebahagian daripada sambutan pelancaran, ia juga akan dipamerkan dalam siri roadshow:
Johor Mid Valley SouthKey, pusat court – 5 hingga 9 November
Pameran Majalah “Malaysia Car of the Year” di 1 Utama – 12 hingga 16 November
Jika anda sedang mencari MPV premium yang bukan sekadar membawa keluarga tetapi turut menonjol dari segi teknologi, kemewahan dan jarak pemanduan besar, GAC M8 PHEV mungkin patut berada dalam senarai pendek anda.
Dengan harga permulaan RM328,800 dan tawaran pengenalan yang menarik, nilai sebenar mungkin agak kompetitif dalam segmen.
Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Gold Championship Pusingan 3 Penuh Kejutan
Pusingan ketiga Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Gold Championship menyaksikan perebutan kejuaraan semakin terbuka...