MINI Lifestyle Oxford Capsule Bakal Dijual di Malaysia Oktober Ini
Bersempena pengenalan MINI Cooper S Oxford Edition di Malaysia, MINI turut memperkenalkan MINI Lifestyle Oxford Capsule, koleksi pakaian dan aksesori ini mempamerkan identiti istimewa MINI.
Dijadualkan mula ditawarkan pada awal Oktober 2026, koleksi ini mengambil inspirasi daripada Oxford, United Kingdom, lokasi pengeluaran MINI moden sejak 25 tahun lalu serta tempat yang cukup sinonim dengan perkembangan jenama tersebut.
Koleksi MINI Lifestyle Oxford Capsule merangkumi beberapa barangan , antaranya:
- MINI Traveller Bag
- Kemeja-T uniseks
- Topi
- Pelekat MINI Oxford
- MINI Umbrella Walking Stick
Antara yang paling menarik perhatian tentunya MINI Umbrella Walking Stick, aksesori ini membawa elemen gaya British yang sinonim dengan imej cuaca di United Kingdom.
Keseluruhan koleksi didatangkan dalam tema biru gelap, selari dengan warna Indigo Sunset Blue yang turut ditawarkan pada MINI Cooper S Oxford Edition.

Koleksi ini membolehkan peminat MINI atau dikenali sebagai MINIacs menampilkan hubungan mereka dengan jenama tersebut tanpa perlu bergantung kepada kenderaan semata-mata.
Koleksi Oxford Capsule menjadi sebahagian daripada pendekatan MINI untuk membangunkan jenamanya sebagai satu bentuk gaya hidup, bukan sekadar pengeluar kereta premium kompak.

Daripada sebuah model khas yang hanya ditawarkan enam unit di Malaysia kepada koleksi pakaian dan aksesori harian, MINI menggunakan sambutan 25 tahun era MINI moden di Oxford untuk menghubungkan sejarah jenama itu dengan generasi peminatnya hari ini.
MINI Lifestyle Oxford Capsule akan mula ditawarkan di Malaysia pada awal Oktober 2026.
Baca Juga : Hanya 48 Unit! MINI Countryman Desert Night Edition Kini di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!




