Hummer H1 X3 yang bersaiz besar ini adalah milik Sheikh Hamad Al Nahyan yang berasal dari Dubai dan percaya atau tidak, kenderaan ini berfungsi sama seperti model Hummer yang lain kecuali ianya lebih besar daripada sebuah rumah pangsapuri dan beratnya hampir mencecah 60,000 kg.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Merujuk kepada sebuah video reviu mengenai kenderaan ini yang dimuat naik oleh Supercar Blondie, saiz Hummer besar ini adalah 21 kaki tinggi, atau enam meter, dan lebih besar kira-kira tiga kali ganda daripada model Hummer biasa.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Jika anda ingin mendapatkan gambaran tentang saiz kenderaan ini, cuma bayangkan setiap tayar kereta ini berukuran kira-kira 7 kaki 2 inci iaitu lebih tinggi daripada seorang pemain bola keranjang NBA. Anggaran harga untuk sebiji tayar juga boleh mencecah RM114,000 untuk sebiji tayar.
Ads
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Untuk masuk ke dalam kenderaan ini, anda tidak boleh menggunakan pintu, tetapi perlu menggunakan tangga yang terletak di bawah badan Hummer ini. Kenderaan ini mempunyai lebih daripada satu tingkat, dan bahagian dalam mempunyai ruang yang mencukupi untuk memuatkan bilik mandi, sinki, dapur dan ruang istirehat seperti di hotel lima bintang.
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Bercakap mengenai spesifikasi enjin, kenderaan ini mempunyai 1,000 kuasa kuda dan memberikannya kelajuan tertinggi sekitar 32 km/j – atau 20 mph. Lebih menarik, Hummer ini mempunyai empat enjin untuk setiap tayar bagi menggerakanya dan mempunyai ruang kabin khas untuk mengawal kenderaan ini.
Ads
Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan
Sheikh Hamad Bin Hamdan Al Nahyan merupakan anggota keluarga kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dia memiliki banyak koleksi kereta mewah. Beliau menjadi kaya setelah mewarisi kekayaan ayahnya, Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Nahyan, mantan Perdana Menteri Abu Dhabi.
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Boon Siew Honda sekali lagi mencuri perhatian peminat motosikal tempatan dengan pelancaran Honda CBR150R Special Edition dengan livery harimau edisi khas, dikenali sebagai CyberRoar.
CBR150R edisi khas ini hadir dengan padanan warna magenta terang yang digabungkan bersama jalur oren menyala yang mengalir dari bahagian hadapan ke sisi bawah motosikal, lalu menyusur ke bahagian belakang.
Menambah lagi aura garang, imej kepala harimau mengaum terpampang di kedua-dua sisi badan motosikal sebagai simbol kekuatan livery baharu ini.
Menjadikan pembelian lebih bernilai, setiap pemilik edisi khas ini akan menerima satu set hadiah istimewa.
Hadiah tersebut terdiri daripada Panoramic Sport Camera, interkom untuk komunikasi semasa konvoi, dan beg LED reflektif.
Kesemuanya direka untuk menambah pengalaman menunggang yang lebih menyeronokkan dan bergaya.
Hanya 250 unit sahaja akan ditawarkan di pasaran, harga jualan yang disyorkan adalah RM14,399.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
Bagi mereka yang lebih gemarkan gaya klasik, CBR150R juga masih ditawarkan dalam pilihan warna Tricolor (DNA perlumbaan Honda) dan Silver.
Masing-masing pada harga disyorkan RM13,399.00.
Semua varian akan tersedia di pusat pameran Honda Impian X dan pengedar sah seluruh negara bermula 15 Julai 2025.
Dikuasakan oleh enjin 150cc DOHC 4-lejang sejukan cecair, CBR150R menghasilkan 12.0kW pada 9,000 rpm dan 13.7 Nm tork pada 7,000 rpm.
Motosikal ini dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama assist & slipper clutch untuk penukaran gear yang lebih lancar dan stabil.
Sistem keselamatan termasuk ABS dua saluran, brek cakera depan dan belakang, sistem Emergency Stop Signal (ESS), serta fork terbalik (inverted fork) menjadikan tunggangan lebih yakin dalam pelbagai situasi.
Tangki bahan api 12 liter, sistem pencahayaan LED penuh, serta panel meter digital serba lengkap melengkapkan pakej sportbike moden ini.
CBR150R juga mendapat penarafan keselamatan 5-Bintang MyMAP, menjadikannya antara motosikal 150cc paling lengkap di pasaran.
Setiap pembelian disertakan dengan jaminan pengilang selama 2 tahun atau 20,000km, yang mana dahulu.
Untuk maklumat lanjut, layari boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993.
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat sepenuhnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah mengumumkan harga bagi varian terbaru mereka, Modenas ZX-25RR, yang menyertai keluarga popular ZX-25R.
Sejak diperkenalkan pertama kali dengan model ZX-25R SE pada bulan September 2023, model ini telah mencipta fenomena baru dalam arena permotoran tempatan dengan prestasi dan gaya yang tidak tertandingi dalam kelasnya.
Kedua-dua varian, ZX-25R SE dan ZX-25RR, menampilkan sistem suspensi hadapan SFF-BP 37 yang sama untuk pengendalian yang mantap dan stabil.
Namun begitu, ZX-25RR datang dengan ciri tambahan, iaitu Horizontal Back-link serta BFRC Lite Gas untuk sistem suspensi belakang. Ciri ini memberikan mampatan dan redaman yang cekap, serta kebolehleraan spring yang membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman menunggang mereka.
Selain dari reka bentuk yang menarik, kedua-dua model turut dilengkapi dengan:
– Enjin empat sebaris 250cc yang berprestasi tinggi, memberikan kuasa maksimum 34.5 kW dan tork 22 Nm, untuk pengalaman menunggang yang memuaskan di trek mahupun jalan raya.
– Ciri-ciri elektronik termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Clutch, serta 3 mod tunggangan yang memastikan keselamatan dan prestasi optimum semasa menunggang.
– Kedua-dua model dilengkapi dengan mod tunggangan serta paparan skrin TFT yang menawarkan sambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideology mereka, meningkatkan pengalaman dan keselesaan ketika menunggang.
Harga yang disyorkan bagi Model ZX-25RR adalah RM 36,500.00, menjadikannya pilihan alternatif bagi peminat motosikal yang mengutamakan prestasi dan gaya tanpa mengorbankan kualiti. Model ini akan tersedia di semua bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer menjelang akhir Mac 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai Modenas ZX-25RR dan produk Kawasaki lain, sila layari http://www.kawasaki.com.my/home. Anda juga boleh menghubungi Talian Bebas Tol di talian 1-800-880-008 atau hubungi talian WhatsApp di +6019-570 8135.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) akan kembali untuk tahun kedua berturut-turut dari 8-10 November 2024 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Tiket kini boleh dibeli secara dalam talian, dengan diskaun menarik untuk pembelian awal.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur adalah satu-satunya edisi antarabangsa Tokyo Auto Salon yang terkenal, diadakan setiap tahun di Jepun.
Dianjurkan oleh Element X Strategies dan dianjur bersama oleh MUSE Group Asia, dengan kerjasama San Ei Corporation dan Tokyo Auto Salon Federation, TASKL telah menempatkan dirinya sebagai acara wajib di kalendar automotif setiap tahun.
Tahun lalu, lebih daripada 91,000 pengunjung membanjiri MITEC untuk menyaksikan pameran yang mengagumkan dengan keluasan 130,000 kaki persegi.
Tahun ini, ruang pameran telah diperluas kepada 170,000 kaki persegi, memastikan lebih banyak kenderaan yang bakal dihimpunkan.
TASKL sulung memaparkan pelbagai kereta spektakuler dari Jepun dan tuner-tuner terkemuka dunia seperti Top Secret, Spoon, HKS, dan Greddy. Tahun ini, para hadirin boleh menantikan pilihan kenderaan yang lebih besar dan modifikasi terkini.
Jason Yap, Pengarah dan CEO Element X Strategies, menyatakan keterujaannya untuk acara yang akan datang: “Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan, lebih besar, dan lebih hebat untuk pengunjung dan pempamer. Seperti acara asal di Jepun, usaha yang besar telah dilakukan untuk memastikan pameran tahun ini terus mengatasi jangkaan peminat.”
Menyokong kenyataan beliau, CEO MUSE Group Asia Encik Riduwan Matni menekankan semangat pempamer Jepun: “Tuner dan pempamer Jepun terkejut dengan sambutan peminat Malaysia pada tahun 2023, dan mereka akan kembali dengan lebih besar tahun ini. Dengan barangan dan komponen yang tidak disangka habis dijual pada hari pertama, mereka telah memastikan bahawa mereka akan lebih bersedia untuk Malaysia tahun ini.”
Pembelian tiket awal atau dalam talian akan dijual pada harga RM50 sehari, dengan jika tiket dibeli pada hari acara ianya akan beharga RM60 sehari. Pas 3 hari boleh didapati pada harga RM120.
Kanak-kanak berusia 6-12 tahun boleh menikmati acara ini pada harga RM25 sehari (pembelian awal) atau RM30 sehari (hari acara), dengan pas 3 hari pada RM60. Kanak-kanak di bawah 6 tahun masuk percuma, dan golongan kurang upaya menerima diskaun 50% pada harga tiket.
Untuk meningkatkan pengalaman pengunjung, TASKL 2024 memperkenalkan tiket Express Lane pada harga RM70 sehari (pembelian awal) dan RM80 sehari (hari acara), membolehkan pengunjung mengelakkan barisan. Pas VIP, pada harga RM150 sehari, memberikan akses ke lounge VIP dengan kemudahan percuma.
Untuk pengalaman eksklusif yang unggul, akses Black Tag pada harga RM1,500 menawarkan pelbagai keistimewaan premium, termasuk:
Meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun 2023, Tokyo Auto Salon adalah platform yang berprestij untuk mempamerkan kereta Jepun (Japan Domestic Model, JDM) dan teknologi automotif inovatif. Pertama kali diadakan pada tahun 1983, ia telah berkembang menjadi fenomena global, menarik minat peminat dan pempamer dari seluruh dunia.
Tiket untuk TASKL 2024 boleh dibeli secara dalam talian di tickets.tokyoautosalonkl.com. Diskaun pembelian awal tersedia kepada 5,000 pembeli pertama atau sehingga 31 Julai 2024, mana-mana yang terdahulu.
Untuk maklumat lanjut, layari www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram, dan TikTok.
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara automotif yang paling dinantikan tahun ini!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Apa Sebenarnya Maksud Angin Lintang?
Kalau anda selalu memandu di lebuh raya, pasti pernah nampak papan tanda amaran “Angin Lintang”. Ramai yang tahu ia berkaitan...