Ads

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM!

VOLVO EX90

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, 680 HP Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM

Volvo Car Malaysia secara rasmi memperkenalkan evolusi terbaharu Volvo EX90, SUV elektrik tujuh tempat duduk yang kini menerima peningkatan besar dari sudut seni bina elektrik, prestasi dan teknologi pengkomputeran.

Volvo EX90 versi terkini menggunakan seni bina elektrik 800-volt, menggantikan sistem terdahulu dengan keupayaan pengecasan lebih pantas serta pengurusan tenaga yang lebih cekap.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM428,888, tidak termasuk insurans.

Bagi 100 tempahan terawal, Volvo Car Malaysia turut menawarkan rebat tunai RM25,000 bersama sebuah Volvo Wallbox secara percuma.

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM!

680 HP, 870 Nm dan 0-100 KM/J Dalam 4.2 Saat

Antara perubahan paling ketara ialah peningkatan pada aspek prestasi.

Volvo EX90 kini menggunakan konfigurasi Twin Motor All-Wheel Drive yang menghasilkan kuasa sehingga 680 hp dan tork maksimum 870 Nm.

Angka tersebut membolehkan SUV bersaiz besar ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.2 saat.

Penggunaan seni bina 800V bukan sahaja membolehkan sistem kuasa bekerja pada tahap lebih tinggi, malah membantu mengurangkan berat keseluruhan, memperbaiki pengurusan haba ketika pengecasan dan mengurangkan penggunaan bahan tembaga dalam sistem elektrik.

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM!

Bateri 106 kWh, Jarak Sehingga 617 KM

Volvo EX90 dilengkapi pek bateri berkapasiti 106 kWh yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 617 km berdasarkan kitaran WLTP.

Sistem 800V baharu itu juga membolehkan pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, dengan bateri boleh dicas daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 22 minit, bergantung kepada keadaan bateri dan persekitaran.
Ini menjadikan EX90 bukan sekadar sebuah SUV elektrik keluarga, malah antara model Volvo yang paling serius dari segi keupayaan perjalanan jarak jauh.

Ads

NVIDIA Jadi ‘Otak’ Utama EX90

Satu lagi perubahan penting terletak pada sistem pengkomputerannya.

EX90 kini menggunakan sistem berasaskan NVIDIA DRIVE AGX Orin yang berperanan mengendalikan pelbagai fungsi utama termasuk keselamatan aktif, pemprosesan data daripada penderia serta pengurusan bateri.

Sistem ini disokong oleh Superset technology stack Volvo yang membolehkan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA) dilakukan dengan lebih pantas dan efisien.

Ini bermakna fungsi tertentu pada EX90 masih boleh ditambah baik selepas kenderaan berada di tangan pemilik, termasuk sistem infotainmen, keselamatan, pengurusan bateri dan pengalaman pemanduan.

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM!

Keselamatan Kekal Jadi Fokus Utama

Seperti mana identiti Volvo sejak sekian lama, aspek keselamatan masih menjadi antara perkara utama pada EX90.

Model ini menggunakan Safe Space Technology dengan gabungan radar, kamera dan penderia ultrasonik bagi memantau kawasan sekitar kenderaan secara masa nyata.

Ads

Di dalam kabin pula terdapat dua penderia inframerah untuk Driver Understanding System, yang boleh mengesan tahap tumpuan serta gangguan terhadap pemandu.

Malah, sistem Occupant Sensing System menggunakan radar dalaman yang dikatakan cukup sensitif untuk mengesan pergerakan sekecil sub-milimeter, termasuk pernafasan bayi yang sedang tidur di dalam kabin.

EX90 turut menerima generasi terbaharu Pilot Assist dan Park Pilot Assist sebagai sebahagian daripada rangkaian sistem bantuan pemandunya.

Baca Juga: Kereta ‘First Batch’ Banyak Masalah? Betul Atau Tidak?

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM!

Kabin Minimalis Dengan Sentuhan Premium

Reka bentuk EX90 masih mengekalkan pendekatan Scandinavian yang minimalis dengan fokus kepada aerodinamik serta fungsi.

Bahagian dalamannya menerima bumbung panoramik elektrokromik, kemasan kulit Nappa berliang serta elemen kayu semula jadi bertekstur.

Ads

Bumbung panoramik elektrokromik ialah bumbung kaca yang boleh dilaraskan tahap cerah atau gelap secara elektronik. Dengan hanya menekan butang, kaca boleh mengurangkan cahaya dan haba yang masuk ke dalam kabin tanpa memerlukan tirai fizikal.

Dua pilihan tema dalaman ditawarkan iaitu Nappa Charcoal dengan Light Ash dan Nappa Cardamom dengan Brown Ash.

Sementara itu, bahagian infotainmen menggunakan paparan tengah bersaiz 14.5 inci bersama Google terbina dalam, termasuk Google Assistant, Google Maps dan akses Google Play Store.

Ia turut dilengkapi paparan instrumen 9 inci, head-up display serta sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity.

Lima Pilihan Warna

Volvo EX90 ditawarkan dalam lima pilihan warna luaran iaitu Onyx Black, Sand Dune, Crystal White, Vapour Grey dan Mulberry Red.

Tempahan kini telah dibuka menerusi pengedar rasmi Volvo atau secara dalam talian.

Dengan peningkatan sistem elektrik 800V, pengecasan 350 kW, kuasa 680 hp serta sistem pengkomputeran lebih berkuasa, evolusi EX90 kali ini boleh dianggap lebih daripada sekadar kemas kini model tahun.

Ia menunjukkan bagaimana sebuah kereta moden kini semakin bergantung kepada gabungan hardware dan software, bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi, tetapi juga keselamatan serta pengalaman pemilikan sepanjang hayat kenderaan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

MINI Cooper S Oxford Edition Dilancar di Malaysia, Terhad Enam Unit

MINI Cooper S Oxford Edition Tiba di Malaysia, Hanya Enam Unit Ditawarkan MINI Malaysia memperkenalkan MINI Cooper S Oxford Edition Baharu, sebuah edisi khas yang...