Proton e.MAS Jelajah Sabah, Tiga Model Dibawa ke Suria Sabah
Proton e.MAS terus memperluaskan kehadirannya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan dengan membawa tiga model keluarannya ke Sabah menerusi pameran khas yang berlangsung di Suria Sabah, Kota Kinabalu.
Acara anjuran PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad itu berlangsung selama lima hari bermula 7 hingga 11 Oktober 2026, sekali gus memberi peluang kepada penduduk Sabah untuk mengenali barisan kenderaan Proton e.MAS dengan lebih dekat.
Bertempat di Atrium Utama, Aras Bawah, Suria Sabah, pameran ini dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Selain melihat sendiri model yang dipamerkan, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi pandu uji dan mendapatkan penerangan mengenai teknologi serta pengalaman pemilikan kenderaan elektrik.
Tiga Model Proton e.MAS Menjadi Tumpuan
Sepanjang pameran berlangsung, tiga model utama yang diketengahkan ialah Proton e.MAS 5, Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 7 PHEV.
Menurut PRO-NET, Proton e.MAS 5 merupakan model EV No. 1 di Malaysia, manakala Proton e.MAS 7 dikenali sebagai EV nasional pertama negara.
Sementara itu, Proton e.MAS 7 PHEV pula dinyatakan sebagai model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) terlaris di Malaysia.
Ketiga-tiga model ini turut disediakan untuk sesi pandu uji sepanjang pameran bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman pemanduannya.
Dalam perkembangan berkaitan, Proton e.MAS dilaporkan telah mencatatkan lebih 40,000 unit penghantaran kenderaan dalam tempoh 20 bulan sejak jualan Proton e.MAS 7 dimulakan.
Baca Juga:PDRM Uji Proton e.MAS, Tiga Model Dinilai Untuk Kegunaan Operasi
Sabah Antara Pasaran Penting Proton e.MAS
Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff, penganjuran jelajah ini bertujuan memberi peluang kepada bakal pelanggan untuk menilai sendiri kenderaan sebelum membuat keputusan pembelian.
Beliau menjelaskan bahawa pembelian kereta merupakan satu keputusan besar, justeru pelanggan perlu diberikan ruang untuk melihat, mencuba dan mendapatkan penerangan secara terus daripada penasihat jualan.
Sabah juga dilihat sebagai pasaran penting buat PRO-NET dalam usaha memperkukuh kehadiran Proton e.MAS di luar Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan akan terus memberi perhatian terhadap pembangunan rangkaian jualan, perkhidmatan selepas jualan serta kemudahan pengecasan bagi menjadikan pemilikan EV lebih praktikal.
Lebih 5,100 Titik Pengecasan Dipaparkan
Selain memperkenalkan barisan kenderaan, Proton e.MAS turut memberi penekanan terhadap kemudahan sokongan pemilikan EV.
Setakat ini, jenama berkenaan mempunyai 60 pusat pengedar di seluruh negara dengan sokongan lebih 1,600 tenaga profesional dalam bidang jualan dan perkhidmatan selepas jualan.
PRO-NET turut menyasarkan peningkatan kepada 70 pengedar menjelang penghujung 2026, termasuk 57 pusat servis dan 14 pusat badan dan cat.
Dari sudut pengecasan pula, Peta Pengecasan Langsung Proton e.MAS kini memaparkan lebih 5,100 titik pengecasan menerusi sistem navigasi kenderaan dan aplikasi Proton e.MAS.
Aplikasi berkenaan juga menyenaraikan lebih 2,000 titik pengecasan di lebih 700 pangsapuri dan kondominium, khususnya bagi membantu pemilik EV yang menetap di kediaman bertingkat.
Insentif Tukar Beli Sehingga RM10,000
Bersempena jelajah di Sabah, PRO-NET turut menyediakan beberapa tawaran istimewa kepada pengunjung yang berminat mendapatkan kenderaan Proton e.MAS.
Antara tawaran yang disediakan termasuk pemasangan wallbox secara percuma, insentif tukar beli sehingga RM10,000 serta kadar faedah istimewa serendah 2.1 peratus melalui Affin Bank.
Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang jelajah ini juga berpeluang menikmati diskaun 10 peratus di Montanic Adventure Store.
Selain promosi pembelian, pengunjung boleh menyertai aktiviti interaktif yang disediakan sepanjang pameran.
Pada 10 dan 11 Oktober, pasukan PRO-NET turut mengadakan sesi perkongsian mengenai EV, termasuk penerangan produk dan sesi soal jawab berhubung pemanduan serta pemilikan kenderaan elektrik.
Turut ditawarkan ialah diskaun dua peratus bagi sistem solar daripada Brilliant Solar kepada pelanggan yang memenuhi syarat ditetapkan.
Penganjuran jelajah Proton e.MAS di Sabah ini menjadi sebahagian daripada usaha PRO-NET untuk mendekati pengguna di luar Semenanjung, di samping memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik dan kemudahan sokongan pemilikannya.
Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi Suria Sabah, Kota Kinabalu sehingga 11 Oktober 2026 untuk melihat sendiri ketiga-tiga model Proton e.MAS serta menyertai sesi pandu uji yang disediakan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!




