Volvo EX30 CKD Dibuka untuk Tempahan: Gabungan Teknologi Terkini dan Keselamatan Terunggul
Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa tempahan kini dibuka untuk model Volvo EX30 pemasangan tempatan (CKD).
Selepas kejayaan besar unit diimport sepenuhnya (CBU) yang habis dijual sejak pelancaran pada September 2024, model ini terus membuktikan komitmen Volvo dalam menyediakan kenderaan yang memberi kebebasan bergerak secara peribadi, lestari, dan selamat.
Diperkenalkan sebagai kenderaan Model Tahun 2025 (MY25), EX30 CKD ini ditawarkan dalam dua varian: Ultra dan Ultra Twin Performance.
Harga bermula pada RM208,888 untuk varian Ultra dan RM228,888 untuk Ultra Twin Performance.
Pelanggan juga boleh memilih daripada tiga pilihan warna menarik: Cloud Blue, Vapour Grey, dan Crystal White.
Penghantaran kumpulan pertama dijadualkan bermula pada minggu kedua Januari 2025.
Teknologi Canggih, Keselamatan Maksimum
Direka untuk melengkapi setiap momen kehidupan, Volvo EX30 hadir dengan teknologi terkini dan ciri keselamatan yang unggul.
Model ini dilengkapi dengan sistem Google Built-in untuk kawalan kenderaan intuitif, Pilot Assist yang dipertingkatkan dengan fungsi semi-autonomi, kesedaran persekitaran 360° melalui pelbagai kamera dan sensor, serta bantuan parkir automatik dengan Park Pilot Assist.
Ads
Pengalaman audio premium pula dijamin dengan sistem bunyi Harman Kardon soundbar.
Dua varian EX30 memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza.
Varian Ultra menggunakan motor tunggal yang menghasilkan kuasa 272 PS dan 343 Nm, mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam 5.3 saat.
Varian Ultra Twin Performance pula menawarkan prestasi luar biasa dengan dua motor menghasilkan kuasa 428 PS dan 543 Nm, mencapai 0-100 km/j hanya dalam 3.6 saat.
Kedua-dua varian dilengkapi bateri 69 kWh NMC dengan jarak perjalanan sehingga 476 km (WLTP) untuk motor tunggal dan 450 km untuk motor berkembar.
Ads
Pengecasan pantas 175 kW DC membolehkan bateri dicas dari 10% ke 80% dalam hanya 28 minit.
Jaminan Selepas Jualan
Volvo Car Malaysia menawarkan pengalaman pemilikan tanpa kerisauan melalui pelbagai sokongan selepas jualan.
Volvo Car Service Plan (VSP) meliputi perkhidmatan penting seperti penggantian penapis udara kabin, pemeriksaan cecair brek, penggantian bilah pengelap, dan kemas kini perisian untuk tempoh 5 tahun atau 100,000 km.
Komponen yang haus dan lusuh seperti pad brek dan cakera juga disertakan.
Ads
Selain itu, pemilik EX30 menikmati perlindungan bantuan tepi jalan selama 5 tahun dengan perkhidmatan penundaan ke pusat servis Volvo terdekat.
EX30 juga disokong oleh jaminan kenderaan 5 tahun/unlimited mileage serta jaminan bateri berkuasa tinggi 8 tahun/160,000 km.
Jaminan bateri ini merangkumi pembaikan atau penggantian percuma sekiranya kapasiti bateri jatuh di bawah 70% dalam tempoh jaminan.
Tempah Volvo EX30 Anda Sekarang
Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau mengunjungi bilik pameran Volvo terdekat.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Suzuki menghidupkan semula model klasik mereka, VanVan, namun kali ini dalam bentuk elektrik sepenuhnya. Dikenali sebagai e-VanVan, motosikal ini mengetuai barisan konsep baharu Suzuki yang memfokuskan kepada mobiliti lestari generasi akan datang, dipertontonkan buat pertama kali kepada umum di Japan Mobility Show 2025 yang berlangsung di Tokyo pada 30 Oktober hingga 9 November lepas.
Mengambil inspirasi daripada model asal VanVan 125 yang popular sekitar tahun 1970-an dan diperkenalkan semula di UK pada 2003, e-VanVan mengekalkan gaya retro dengan tayar besar yang menjadi identiti uniknya. Namun kali ini, ia disertakan dengan sentuhan moden dengan kerangka yang lebih minimalis, tempat duduk panjang berbentuk rata, serta bahagian hadapan yang ramping menyerupai Honda Dax 125.
Dimensi keseluruhan mencecah 1,810 mm panjang dan 1,050 mm tinggi, menjadikannya sangat kompak serta mudah dikawal di kawasan bandar. Ketinggian tempat duduk pula sangat rendah, sesuai untuk penunggang baharu atau mereka yang mencari tunggangan yang santai.
Walaupun Suzuki belum mendedahkan angka rasmi bagi motor dan baterinya, prestasi e-VanVan dijangka sepadan dengan motosikal berkuasa 125cc. Motor elektriknya ditempatkan di belakang pek bateri dan memacu roda belakang melalui sistem tali sawat (belt drive) satu pilihan yang lebih senyap dan memerlukan penyelenggaraan minimum.
Untuk mengekalkan harga mampu milik, e-VanVan menggunakan fork terbalik (USD) dan penyerap hentak berkembar tanpa pelarasan, namun reka bentuknya tetap menonjol dengan rim 12 inci tertutup sepenuhnya, dipadankan tayar Dunlop bercorak bonggol untuk gaya lasak ala scrambler urban.
Menariknya, e-VanVan menampilkan paparan TFT bulat berwarna yang dikawal melalui joystick di bahagian kiri handle dan ini merupakan satu ciri yang lebih maju daripada beberapa model Suzuki enjin pembakaran. Lebar keseluruhan 825 mm membolehkannya menembusi kesesakan lalu lintas dengan mudah, dan tempat duduk pembonceng turut disediakan bagi perjalanan jarak pendek sekitar bandar.
Selain e-VanVan, Suzuki turut memperkenalkan dua lagi projek masa depan di acara sama iaitu Burgman bertenaga hidrogen, dan Gixxer SF250 FFV, model baharu yang boleh menggunakan campuran bahan api sehingga 85% bioetanol, pertama kali dilancarkan di India awal tahun ini.
Kesemua model ini menggambarkan hala tuju Suzuki terhadap mobiliti masa depan dengan menggabungkan gaya, kecekapan tenaga, dan keseronokan menunggang dalam satu pakej.
Dalam pembangunan yang mengambil masa hampir tiga tahun, litar lumba Horizon Beranang akhirnya melihat cahaya mata pada tahun 2023. Idea yang dicanangkan pada tahun 2022, akhirnya membuahkan pusat latihan dan perlumbaan sukan permotoran yang diimpikan ramai.
Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Selangor, dengan penuh semangat menjelaskan bahawa litar ini akan menjadi titik tumpuan utama bagi peminat sukan permotoran.
“Inisiatif ini direalisasikan melalui usaha Horizon Motorsport dengan sokongan padu kerajaan Selangor melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Ia menjadi wadah yang sempurna bagi pelumba tempatan untuk berkembang dan memperjuangkan impian mereka dalam arena perlumbaan.”
Kredit: mediatwohweels.com
Beliau menekankan bahawa litar ini bukan sekadar tempat untuk berlumba, tetapi juga menjadi tempat latihan yang cemerlang untuk bakat-bakat baru.
“Kami berharap agar pengurusan litar ini diserahkan kepada mereka yang berpengalaman dan profesional dalam bidang sukan permotoran. Ini adalah langkah penting untuk memastikan kesinambungan sukan ini dan juga untuk mendorong penemuan bakat-bakat baru yang berpotensi.”
Dengan jarak trek lumba sejauh 1 kilometer dan 12 variasi litar yang berbeza, Horizon Beranang menjanjikan pengalaman perlumbaan yang menarik bagi semua peringkat pelumba.
“Ketika litar ini siap sepenuhnya, kami yakin bahawa ia akan menjadi mercu tanda penting dalam dunia sukan permotoran di Selangor. Penggemar sukan ini boleh menghubungi Horizon Motorsport untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan litar ini,” tambahnya dengan penuh keyakinan.
Penduduk Bandar Saujana Putra bakal menikmati kelancaran trafik yang lebih baik dengan pembukaan jejambat sepanjang 820 meter pada Ahad ini.
Kemudahan Trafik Lebih Baik untuk 65,000 Penduduk
Jejambat ini dibina khusus untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut dan dijangka memberi manfaat kepada 65,000 penduduk serta pengguna lebuhraya berdekatan.
EXCO Infrastruktur, Ir Izham Hashim, telah mengesahkan bahawa semua pemeriksaan teknikal terakhir telah selesai dan jejambat ini berada dalam keadaan baik untuk digunakan.
Jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Klang Selatan (SKVE) ini akan dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 7 Julai.
“Pemeriksaan akhir berkaitan teknikal telah dijalankan dan semuanya berada dalam keadaan baik.
Jejambat ini akan dibuka pada 7 Julai,” kata Izham ketika ditemui pada majlis pembukaan semula laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands semalam.
Dengan peruntukan kira-kira RM60 juta, pembinaan jejambat ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang telah lama membelenggu penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan ini.
Kredit Foto : MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
Dato’ Seri Amirudin Shari menekankan bahawa jejambat ini tidak hanya akan memberi manfaat kepada penduduk Bandar Saujana Putra, tetapi juga kepada semua pengguna lebuhraya SKVE dan ELITE yang melalui kawasan tersebut.
Projek Infrastruktur Penting untuk Kelancaran Trafik
Keputusan untuk membina jejambat ini muncul setelah mendapat keluhan dan cadangan daripada penduduk setempat yang telah lama berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas, terutamanya pada waktu puncak.
Dengan adanya jejambat ini, pengguna lebuhraya dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar dan menjimatkan masa.
Penduduk Bandar Saujana Putra dan pengguna jalan raya kini boleh menantikan perjalanan yang lebih mudah dan efisien dengan pembukaan jejambat ini.
Komitmen Kerajaan Negeri Tingkatkan Kemudahan Infrastruktur
Pembinaan infrastruktur sebegini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kemudahan rakyat terus diutamakan.
Pembukaan jejambat ini pastinya akan menjadi satu perubahan besar dalam sistem trafik di kawasan ini, diharapkan dapat memberi manfaat yang berterusan kepada semua pengguna jalan raya.