TGR Malaysia eRacing 2025: Melahirkan Generasi Baru Bakat Sukan Permotoran Negara
UMW Toyota Motor bersama Toyota GAZOO Racing Malaysia (TGR Malaysia) secara rasmi melancarkan Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 (TGR Malaysia eRacing 2025), perlumbaan simulasi paling berprestij di Malaysia yang bertujuan mencari pelumba maya terpantas dan membuka peluang kepada mereka ke arena perlumbaan sebenar.
Kejohanan ini, dahulunya dikenali sebagai GT Cup Malaysia, kini memasuki tahun kelapan penganjurannya. Dengan jenama baharu, TGR Malaysia eRacing 2025 terus membawa misi mencari bakat terbaik negara dan menyediakan laluan jelas dari alam maya ke dunia nyata, sejajar dengan falsafah TGR iaitu “Pushing the Limits for Better.”
TGR Malaysia eRacing 2025 Lebih Luas, Lebih Kompetitif
Berbanding edisi terdahulu yang hanya berpusat pada Gran Turismo, tahun 2025 menyaksikan platform diperluas ke RaceRoom, Assetto Corsa dan iRacing, menjadikannya medan sebenar menguji keupayaan, ketahanan mental, serta kebolehsuaian para peserta.
Dengan jumlah hadiah RM123,000, kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kelas iaitu Pro, Club, dan Junior yang melengkapkan pencarian bakat muda yang berpotensi menyerlah di arena permotoran antarabangsa.
Format perlumbaan juga lebih kompetitif selepas tiga pusingan awal, 40 pelumba terpantas akan mara ke suku akhir, sebelum disaring kepada 20 pelumba ke peringkat separuh akhir. Hanya 10 terbaik bakal bertarung di pentas Grand Final hujung tahun ini.
Ads
eRacing Campus Tour
Selari dengan semangat pembangunan akar umbi, TGR Malaysia turut menganjurkan eRacing Campus Tour iaitu siri jelajah universiti yang membawa pengalaman simulasi perlumbaan terus ke kampus. Mahasiswa bukan sekadar berpeluang mencuba simulator profesional, malah boleh menyertai demonstrasi oleh Toyo Tires serta memenangi barangan eksklusif Toyota GAZOO Racing.
Lebih menarik, 10 pelumba terpantas dari setiap kampus akan menerima tiket automatik ke Grand Final.
Antara lokasi siri jelajah 2025 termasuk:
Ads
Sunway University (13 Ogos)
INTI International College Subang (19 Ogos)
HELP University (27 Ogos)
City University (3 September)
MDIS Malaysia, Johor (9 September)
IIUM Gombak (11 September)
UOW Malaysia KDU Penang (17 September)
UNITAR Kelana Jaya (7 Oktober)
Melahirkan Bakat Sebenar
Inisiatif ini bukan sekadar hiburan, tetapi telah membuktikan keberkesanannya. Antara nama besar yang lahir daripada siri kampus termasuk Raja Amirul Syauqat, Genevieve Ooi, dan Jastin Rahul Dev, yang kini bersaing dalam VIOS Challenge Rookie Class. Ia menjadi bukti bagaimana eRacing mampu menjadi batu loncatan kepada dunia perlumbaan sebenar.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., menjelaskan:
Ads
“Inisiatif ini lebih daripada sekadar pertandingan ia adalah pintu masuk ke dunia sukan permotoran, mencungkil bakat terpendam dan menyemarakkan semangat generasi muda. Melalui platform digital, kami mahu membuka peluang lebih luas dan menjadikan perlumbaan lebih inklusif untuk semua.”
DNA Perlumbaan Sebenar
Toyota turut menyuntik DNA perlumbaan sebenar ke dalam kejohanan ini dengan memperkenalkan kategori perlumbaan khas Toyota-only. Model-model prestasi Toyota dipamerkan dalam sesi perlumbaan eksklusif, selaras dengan falsafah GAZOO Racing yang menekankan inovasi, ketepatan dan semangat perlumbaan.
Kabinet Thailand telah meluluskan peruntukan sebanyak AS$1.2 bilion (kira-kira 40 bilion baht) untuk membida penganjuran perlumbaan jalanan Formula 1 di ibu negara, Bangkok, bermula tahun 2028. Perkara ini diumumkan oleh jurucakap kerajaan, Jirayu Houngsub, dalam satu sidang media rasmi.
Sekiranya bidaan ini berjaya, Thailand dijangka menjadi tuan rumah perlumbaan F1 setiap tahun dari 2028 hingga 2032. Jirayu turut menyatakan bahawa negara itu bakal menyaksikan acara sukan bertaraf dunia yang sebelum ini dianggap mustahil untuk dianjurkan di Thailand.
Menurut Kementerian Pelancongan Thailand
Sorawong Thienthong, menyatakan bahawa inisiatif ini bukan sahaja merupakan pelaburan besar. Malah, ia satu strategi penting untuk merancakkan sektor pelancongan – antara pemacu utama ekonomi Thailand.
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, sebelum ini telah bertemu Ketua Eksekutif Formula One, Stefano Domenicali pada bulan Mac lalu. Dalam pertemuan itu, Thailand menyatakan hasrat mereka dan memulakan kajian kebolehlaksanaan bagi penganjuran Grand Prix di litar jalanan sekitar bandar Bangkok.
Kalendar F1 Terkini
Ketika ini, kalendar perlumbaan F1 sudah pun padat dengan 24 perlumbaan tahunan di seluruh dunia, termasuk empat di rantau Asia-Pasifik. Di Asia Tenggara, hanya Singapura menjadi tuan rumah Grand Prix. Sekiranya berjaya, Thailand akan menyertai senarai elit ini.
Walaupun Thailand memiliki litar bertaraf FIA di Buriram yang kini menganjurkan kejohanan MotoGP. Cadangan ini difokuskan kepada penganjuran di litar jalanan di Bangkok, yang dijangka memberikan impak global dan tarikan pelancongan yang tinggi.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, perlumbaan F1 di Bangkok bakal menjadi satu lagi pentas berprestij. Ia bakal mengangkat nama Thailand ke persada sukan permotoran antarabangsa.
Pada satu acara yang berlangsung di Starhill, Bukit Bintang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan bangganya memperkenalkan moped terbaharunya, Y16ZR ABS 2024, kepada pasaran Malaysia. Model ini menawarkan tidak hanya peningkatan dalam keselamatan brek, tetapi juga rekaan yang lebih sporty dan agresif.
Salah satu ciri utama yang diumumkan oleh Yamaha adalah pengenalan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal pada Y16ZR 2024. Ini diimbangi dengan peningkatan saiz rotor brek pada roda hadapan, yang bersama-sama memberikan prestasi brek yang lebih baik dan keselamatan yang ditingkatkan.
Rekaan luaran moped ini juga mendapat sentuhan segar dengan cover set hadapan baharu dan visor hadapan yang memberikan penampilan yang lebih sporty. Meskipun penampilan baharu, Y16ZR ABS 2024 tetap setia kepada nadi silinder tunggal 155 cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Dengan kuasa mencapai 17.7 hp @ 9,500 rpm dan daya kilas 14.4 Nm @ 8,000 rpm, Y16ZR tetap menjadi pilihan yang bertenaga di jalan raya.
Untuk menambah keselesaan dan kecekapan pemanduan, moped ini dilengkapi dengan kotak gear enam nisbah kelajuan. Sistem klac Assist & Slipper turut hadir, memastikan penukaran gear yang lebih lancar dan tunggangan yang menyeronokkan bagi pemandu.
Kredit Foto: Hong Leong Yamaha Motors
Y16ZR ABS 2024 tidak hanya menawarkan prestasi dan keselamatan, tetapi juga memikat hati melalui pilihan warna yang menarik. Dengan tiga pilihan warna, iaitu Violet Knight, Ocean Neon, dan Mag Grey, pemilik moped ini boleh mengekspresikan personaliti mereka melalui pilihan warna yang sesuai.
Paparan maklumat pada skrin digital LCD latar negatif memberikan kemudahan kepada pemandu untuk mendapatkan data penting dengan cepat. Sistem kunci pintar juga menjadi ciri yang memudahkan pemilik moped dalam penggunaan harian.
Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Y16ZR ABS 2024, moped ini akan mula tersedia di semua pengedar sah Yamaha mulai akhir Januari dengan harga jualan bermula dari RM11,398. Dengan kombinasi ciri keselamatan, prestasi, dan rekaan yang menarik, Yamaha Y16ZR ABS 2024 menjanjikan pengalaman pemanduan yang memuaskan untuk para pencinta moped di Malaysia.
Program Perhimpunan Skuter Kebangsaan 2024 (PSK24), yang dinanti-nantikan oleh peminat skuter seluruh negara Ogos ini terpaksa ditangguhkan.
Acara yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Ogos 2024 di KL Base Kuala Lumpur, terpaksa ditunda kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak penyedia lokasi.
Kenyataan Rasmi Mengenai Penangguhan
Pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penangguhan ini, dan memaklumkan bahawa acara tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan oleh isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Namun pihak MUSC Motorsport telah memaklumkan tarikh baru untuk acara tersebut melalui laman sosial facebook rasmi mereka.
Tarikh Baharu yang Diumumkan
Setelah melakukan penyelarasan semula, tarikh baharu untuk PSK24 telah ditetapkan. Berikut adalah butiran terkini acara tersebut:
Program: Perhimpunan Skuter Kebangsaan 2024 (PSK24)
Tarikh: 9 November 2024 (Sabtu)
Masa: 09:00 pagi – 12:00 malam
Lokasi: KL Base Kuala Lumpur
Harapan Penganjur
Dalam kenyataan mereka, penganjur turut menyampaikan rasa kesal atas segala kesulitan yang mungkin dihadapi oleh para peserta dan peminat skuter akibat penangguhan ini.
Mereka berharap agar semua pihak dapat memahami situasi ini dan terus memberikan sokongan padu kepada acara PSK24.
Platform Penting bagi Komuniti Skuter
Acara Perhimpunan Skuter Kebangsaan merupakan satu platform penting bagi peminat dan pemilik skuter untuk berkumpul, berkongsi pengalaman, dan mempamerkan kenderaan kesayangan mereka.
Tahun ini, tema acara adalah “Pabila Yang Lama Disatukan Dengan Yang Baru, Pabila Yang Lawa Disatukan Dengan Kekuatan Jentera,” yang membawa makna mendalam tentang perpaduan dan evolusi dunia skuter.
Harapan untuk PSK24
Diharapkan PSK24 akan menjadi lebih meriah dan berjaya menarik lebih ramai penyertaan daripada komuniti skuter dari seluruh negara.
Tandakan kalendar anda dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai acara skuter terbesar tahun ini pada 9 November 2024 di KL Base Kuala Lumpur.
Teruskan menunggu dengan penuh harapan dan semangat, kerana PSK24 pasti akan menjanjikan sesuatu yang luar biasa! persiapkan jentera anda!
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...