Adakah Wiper Anda Masih Berfungsi dengan Baik? Kenali Tanda-Tanda Ini
Wiper kereta merupakan salah satu komponen keselamatan yang sering diabaikan oleh pemilik kenderaan.
Walaupun ia kelihatan seperti bahagian kecil, fungsinya sangat penting dalam memastikan penglihatan pemandu kekal jelas ketika hujan atau dalam keadaan berdebu.
Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda bahawa wiper kereta anda perlu diganti sebelum ia gagal berfungsi dengan baik.
Berikut adalah beberapa petunjuk utama yang menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menukar wiper kereta anda:
1. Hasil Sapu Tidak Bersih
Sekiranya wiper meninggalkan kesan berbelang, tompokan air, atau tidak menyapu air dengan sempurna, ini menandakan getah wiper telah haus atau keras.
Keadaan ini boleh menyebabkan pemandangan kabur dan mengurangkan kecekapan pemanduan dalam cuaca buruk.
2. Bunyi Berdecit atau Bergegar
Wiper yang berfungsi dengan baik sepatutnya bergerak dengan lancar tanpa menghasilkan bunyi.
Jika anda mendengar bunyi berdecit, itu menunjukkan getah wiper telah mengeras dan tidak lagi melekat dengan baik pada cermin.
Selain itu, jika wiper bergegar ketika menyapu, ia mungkin berpunca daripada kerosakan pada lengan wiper atau getah yang sudah haus.
Ads
3. Getah Wiper Retak atau Terkoyak
Periksa keadaan fizikal getah wiper.
Jika terdapat rekahan, koyakan, atau ia kelihatan haus, ini bermakna ia tidak lagi dapat menyapu air dengan berkesan.
Wiper yang rosak boleh menyebabkan cermin hadapan calar dan memberi kesan kepada keselamatan anda ketika memandu.
4. Wiper Tidak Mengepit Cermin Dengan Baik
Apabila wiper tidak mengepit cermin dengan kemas, air hujan akan tertinggal di permukaan cermin, menyebabkan pandangan terhalang.
Ini biasanya berlaku apabila bingkai wiper telah longgar atau getahnya sudah kehilangan keanjalan.
Ads
5. Usia Wiper Melebihi Setahun
Secara umumnya, wiper perlu diganti setiap 6 hingga 12 bulan, bergantung pada keadaan cuaca dan kekerapan penggunaan.
Jika wiper anda telah digunakan dalam tempoh yang lama tanpa ditukar, sebaiknya lakukan pemeriksaan dan gantikan jika perlu.
6. Perubahan Cuaca yang Melampau
Wiper mudah rosak apabila terdedah kepada cuaca panas terik atau cuaca sejuk melampau dalam tempoh yang lama.
Haba boleh menyebabkan getah menjadi keras dan retak, manakala suhu sejuk boleh menjadikannya rapuh dan mudah pecah.
7. Terdapat Sisa Air atau Kabus Yang Tidak Hilang
Jika selepas menggunakan wiper masih terdapat sisa air atau kabus yang tidak hilang dengan sempurna, ini menunjukkan bahawa keupayaan menyapu wiper telah berkurang dan memerlukan penggantian segera.
Ads
Kesimpulan
Wiper kereta adalah komponen penting yang tidak boleh diabaikan dalam aspek penyelenggaraan kenderaan.
Jika anda mengesan mana-mana tanda di atas, segeralah menukar wiper sebelum ia menjejaskan keselamatan pemanduan anda.
Pastikan anda memilih wiper yang berkualiti dan sesuai dengan model kereta anda bagi mendapatkan prestasi terbaik.
Jangan tunggu sehingga hujan lebat atau keadaan kecemasan untuk menyedari bahawa wiper anda sudah tidak berfungsi dengan baik!
Sentiasa utamakan keselamatan di jalan raya dengan memastikan wiper anda dalam keadaan terbaik.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Aprilia terus mengukuhkan reputasinya dalam dunia motosikal lasak dengan memperkenalkan Tuareg Rally. Versi yang lebih mantap daripada model asal Tuareg 660. Sejak debutnya pada 2021, Tuareg 660 telah berjaya mencuri perhatian dalam perlumbaan seperti Africa Eco Race dan Italian Motorally Championship. Kini pengalaman tersebut diterjemahkan untuk kegunaan harian penunggang.
Rekaan dan Kelengkapan Baharu
Tuareg Rally ini dirancang untuk menghadapi cabaran yang lebih ekstrem. Ia dilengkapi dengan beberapa peningkatan seperti:
Skid plate aluminium yang lebih tebal dan tahan lasak.
Pelindung tangan baharu dengan rangka besi untuk perlindungan maksimum.
Pelindung rantai yang direka lebih kukuh.
Untuk keselesaan dan kedudukan menunggang yang lebih menyerupai motosikal rally-raid, tempat duduk kini dinaikkan 20 mm lebih tinggi. Manakala pemegangnya direka lebih tinggi dan berbentuk baru.
Prestasi Off-Road yang Dipertingkatkan
Bahagian roda juga menerima naik taraf penting, dengan rim spoked Ergal yang lebih tahan lasak dan menggunakan tiub dalaman. Saiz roda masih kekal pada 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, sesuai untuk laluan mencabar.
Suspensi Kayaba yang digunakan pada model asal masih dikekalkan, tetapi springnya diganti dengan jenis linear. Menggantikan jenis progresif. Hasilnya, kualiti tunggangan menjadi sedikit lebih keras, namun ia memberikan kawalan yang lebih baik ketika menempuh jalan off-road.
Untuk sentuhan akhir, Tuareg Rally dipasang dengan sistem ekzos SC Project yang diperbuat daripada titanium. Memberikan bunyi yang lebih agresif. Ia turut menampilkan skema warna replika perlumbaan yang dilengkapi dengan fork, rim, dan pemegang berwarna emas. Tongkat motosikal ini juga dinaik taraf dengan tapak yang lebih lebar untuk kestabilan tambahan.
Peningkatan pada Model 2025
Selain pengenalan Tuareg Rally, Aprilia turut mengumumkan peningkatan pada model Tuareg 2025. Enjin DOHC dua silinder selari 659 cc kini dilengkapi dengan throttle body 52 mm (sebelum ini 48 mm).
Walaupun tiada perubahan pada kuasa, model ini masih menawarkan prestasi cemerlang dengan 80 hp pada 9,250 rpm dan 70 Nm tork pada 6,500 rpm.
Dari segi penampilan, perubahan kecil dilakukan pada bahagian panel lampu hadapan. Memberikan rupa yang lebih kemas. Warna baharu seperti Tornado Green dan Hailstorm White turut diperkenalkan untuk model 2025.
Kelengkapan Standard yang Luar Biasa
Tuareg 660 kekal dengan ciri-ciri premium seperti:
Skrin TFT-LCD 5.0 inci untuk paparan jelas.
Sistem elektronik lengkap termasuk ABS, kawalan cengkaman, dan cruise control.
Empat mod tunggangan untuk pelbagai situasi jalan.
Sistem brek cakera berkembar dengan angkup Brembo di hadapan.
Tangki bahan api besar dengan kapasiti 18 liter.
Siap untuk Cabaran Baru
Dengan semua peningkatan ini, Aprilia Tuareg Rally menawarkan pengalaman menunggang yang lebih tangguh dan menyeronokkan, menjadikannya pilihan ideal untuk peminat off-road dan rally. Sama ada untuk laluan sukar atau ekspedisi jarak jauh, Tuareg Rally bersedia memberikan prestasi terbaik.
Baru-baru ini, Didi Group mengumumkan harga jualan rasmi untuk model motosikal klasik dari jenama Royal Enfield iaitu Super Meteor 650 untuk pasaran tempatan. Ditawarkan pada harga bermula dari RM37,900 ia tampil dengan tiga varian yang boleh dipilih mengikut kesesuaian tunggangan anda.
Motosikal ini kali dipertontonkan kepada umum ketika berlangsungnya acara Art Of Speed 2023 di mana ia mendapat pelbagai reaksi orang ramai dari segi rekaan, prestasi dan harga.
Super Meteor menggunakan enjin parallel-twin 648 cc yang mampu menghamburkan kuasa 47 PS(HP) @ 7,250 rpm dan daya kilas 52.3 Nm @ 5,650 rpm turut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Kredit Foto: Careta.my
Mengekalkan ciri motosikal cruiser, roda hadapannya berukuran 19 inci, manakala 16 inci untuk bahagian belakang dengan saiz tayar masing-masing 100/90 dan 150/80. Ia juga turut dilengkapi dengan sistem ABS secara standard dengan berat kasar motor sebanyak 241 kg.
Walaupun mempunyai enjin yang sama dengan Continental GT 650 dan Interceptor INT 650, Super Meteor merupakan model pertama dari Royal Enfield yang mempunyai sistem pencahayaan LED diikuti dengan fork hadapan jenis terbalik (upside down) bersaiz 43 mm.
Di bahagian belakang pula dipasangkan penyerap hentak berkembar secara standard dengan pelarasan pra-muatan lima tahap. Untuk kapasiti tangki bahan api, ia mampu menampung sehingga 15.7 liter, dengan ketinggian pelana sekitar 740mm.
Kredit Foto: Careta.my
Cruiser Super Meteor 650 boleh didapati dalam tiga varian iaitu, Super Meteor Single (Astral) dengan tanda harga bermula dari RM37,900. Varian kedua iaitu Super Meteor Dual (Interstellar) berharga RM38,300, manakala varian teratas iaitu Super Meteor Tourer (Celestial) bermula dari RM39,300.
Mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai model ini atau barisan Royal Enfield yang lain boleh layari laman sesawang rasmi www.royalenfield.com/my atau kunjungi pengedar sah yang terletak di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
1 of 18
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini BMW Motorrad telah mendedahkan tiga model baharu dari segmen motosikal kembara kelas pertengahan iaitu BMW F800GS, BMW F900GS dan BMW F900 GS Adventure. Ketiga-tiga model ini akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tahun 2024 kelak.
Kredit Foto: bikeexif.com
Dicipta untuk tujuan yang khusus, setiap model ini telah ditala mengikut citarasa yang sesuai dengan peminatnya. F900GS menjadi varian teratas untuk segmen ini yang mana ia dikhaskan untuk pemilik yang gemarkan jalan off-road, manakala F900GS Adventure dan F800GS pula difokuskan untuk perjalanan jarak jauh.
Kredit Foto: Ridermagazine.com
Kesemua model telah dipertingkatkan kuasanya, untuk F900GS dan F900GS Adventure ia dikuasakan dengan enjin dua silinder selari yang menghasilkan 105 HP, lebih 10 HP dari model sebelumnya dan 93 Nm pada 6,750 rpm.
Kredit Foto: Ridermagazine.com
Masih mengekalkan enjin dua silinder selari, F800GS menghasilkan 87 HP dan 91 Nm, meningkat sedikit berbanding model 2018. Dalam pada itu, mod tunggangan bagi ketiga-tiga model ini datang dengan dua pilihan sebagai standard iaitu Road dan Rain.
Pemilik boleh menambah mod tunggangan lain yang tersedia dalam Ride Mode Pro. Terdapat tiga mod tambahan iaitu Dynamic, Enduro dan Enduro Pro.
Kredit Foto: bikeexif.com
Ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan lampu LED penuh, meter TFT 6.5 inci bersama perincian Bluetooth, sistem ABS Pro, sistem tanpa kunci dan kawalan daya tarikan dinamik
Kredit Foto: bikeexif.com
Pada bahagian luaran, ketiga-tiga model diberi wajah baru dengan panel badan yang direka semula bersama corak warna yang baharu. Untuk model F900GS dan F900GS Adventure, ia didatangi dengan fork USD Showa boleh laras sepenuhnya.
Kredit Foto: bikeexif.com
Manakala untuk bahagian belakang, ia dipasangkan monoshock bersama fungsi pelarasan pramuat dan redaman lantunan dengan jarak gantungan 215mm.
Kredit Foto: bikeexif.com
Selain itu, perubahan paling ketara pada F900GS ialah pengurangan berat sebanyak 14 kg yang disebabkan oleh penggunaan tangki bahan api plastik dan bahagian belakang yang baharu yang menjadikan berat keseluruhan kepada 219 kg.
Kredit Foto: Ridermagazine.com
Bagi memaksimumkan prestasi off-road, F900GS dan F900GS Adventure dilengkapi dengan rim spoked bersaiz 21 inci, dipadankan dengan tayar bersaiz 90/90 di hadapan dan rim spoked 17 inci dengan saiz tayar 150/70 di bahagian belakang.
Kredit Foto: Ridermagazine.com
Bagi model F800GS, ia datang dengan standard rim aloi bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang bersama tayar masing-masing berukuran 110/80 dan 150/70.
Kredit Foto: bikeexif.com
Harga bagi trio ini masih tidak didedahkan untuk pasaran Malaysia, namun untuk pasaran Eropah dan Amerika ia bermula dari RM68,245 ($14,595) untuk F900GS manakala untuk F900GS Adventure bermula dari RM80,872 ($17,295) dan F800GS bermula dari RM56,090 ($11,995).
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Lando Norris memulakan musim 2025 dengan penuh keyakinan selepas menukar kedudukan petak pertama kepada kemenangan dalam Grand Prix Australia yang penuh drama. Perlumbaan ini menyaksikan...