myTukar, ekosistem kereta terpakai yang paling pesat berkembang di Malaysia, telah memulakan perjalanan baru yang mengujakan dengan penamaan semula kepada Carro sebagai langkah ke arah membawa lebih banyak teknologi canggih, produk, dan perkhidmatan kepada pelanggan di Malaysia.
Langkah ini, yang secara rasminya melihat ‘Carro’ digunakan dalam semua produk, perkhidmatan, bahan pemasaran, dan tanda fizikal di seluruh Malaysia, merupakan proses yang akan dilaksanakan dalam beberapa bulan.
Menurut Aaron Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carro, “Penjenamaan semula myTukar merupakan pencapaian besar dalam penyatuan jenama kami, dan kami bersemangat untuk mencapai lebih banyak matlamat dalam pelan hala tuju kami. Kami bersedia untuk IPO sebaik mungkin untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada pasaran Malaysia dan global.”
Carro, platform kereta terpakai dalam talian terbesar di Asia Tenggara, kini beroperasi di beberapa negara termasuk Malaysia. Syarikat startup ini di landasan yang tepat untuk mencapai EBITDA terbaik hingga hampir AS$40 juta, lebih dari 10 kali ganda daripada tahun sebelumnya.
Transformasi dari myTukar ke Carro
myTukar, yang mula beroperasi pada 2017, telah merevolusikan industri kereta terpakai di Malaysia. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti jual beli, insurans, pembiayaan, dan selepas jualan melalui platform dalam talian serta rangkaian fizikal yang luas.
Ads
Prestasi myTukar telah melonjak dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 55% dalam segmen jualan pada Januari 2024, serta pertumbuhan yang kukuh dalam segmen lain.
Menurut Fong Hon Sum, Pengasas myTukar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Antarabangsa Carro, “Saya sentiasa bercita-cita untuk mentransformasikan industri kereta terpakai dengan proses yang telus dan jujur demi manfaat pelanggan. Saya gembira dengan pencapaian kami dan teruja untuk terus meneroka potensi dalam pasaran ini.”
Penjenamaan semula ini diiringi dengan perubahan penampilan korporat dari biru kehijauan myTukar kepada warna utama Carro iaitu jingga untuk papan tanda dan bahan pemasaran.
Ads
Turut meraikan perubahan ini adalah duta pertama Carro, Phei Yong, yang terkenal dengan pengembaraan jalan raya epiknya. “Kami yakin Phei Yong mampu membawa mesej bahawa kereta Carro Certified adalah Sebaik Yang Baru,” kata Eng.
Phei Yong sendiri berkata, “Saya gembira bekerjasama dengan Carro kerana yakin dengan proses mereka yang telus dan jujur. Ada banyak kempen menarik yang akan datang, dan saya tidak sabar untuk berkongsi dengan semua orang.”
Dengan perubahan ini, Carro bertekad untuk terus memberi perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan di Malaysia dan sekitarnya.
Maritim Malaysia kini dalam usaha memperkukuh pertahanan perairan negara melalui peningkatan aset laut dan udara serta penggunaan teknologi terkini. Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap isu pencerobohan yang semakin membimbangkan.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, menyatakan bahawa strategi ini adalah sebahagian daripada pelan mitigasi yang dirangka untuk memastikan sempadan maritim Malaysia terus terpelihara.
Sejak tahun 2020 hingga Julai lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merampas 434 vesel nelayan asing (VNA), dengan majoriti 308 vesel tersebut berasal dari Vietnam. Selain itu, 81 kes melibatkan nelayan dari Indonesia, 35 dari Thailand, dan 10 dari China. Secara keseluruhan, 3,694 nelayan asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut.
Cabaran Sebenar
Walaupun pencapaian ini membanggakan, Mohd Zawawi mengakui bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh Maritim Malaysia adalah kekurangan aset. Sebahagian kapal dan bot sedia ada memerlukan penyelenggaraan berjadual, manakala aset lain sudah uzur dan perlu diganti.
Namun, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengambil langkah proaktif dengan memastikan penambahan aset yang lebih canggih.
Aset Terkini
Salah satu perkembangan penting ialah pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) yang dinamakan KM Tun Fatimah. Ia kini sudah beroperasi di perairan Laut China Selatan.
Selain itu, KDN juga sedang memperoleh empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland (AW) 189. Ini untuk memperkukuh pemantauan udara di zon maritim Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkuatkan keselamatan maritim. Namun untuk menyokong hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berhasrat mahu Malaysia kekal dalam kalangan 10 negara paling aman di dunia mengikut Indeks Keamanan Global (GPI).
Terus Komited
Dalam hal ini, agensi tersebut komited untuk memastikan keselamatan perairan negara berada pada tahap tertinggi, sekali gus menjamin keselamatan laluan kapal dagang dan kelancaran aktiviti ekonomi di perairan negara.
Dengan peningkatan keselamatan ini, Malaysia dijangka terus menarik minat pelabur asing, mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai salah satu destinasi pelaburan yang selamat dan stabil. Mohd Zawawi optimis bahawa langkah-langkah yang diambil ini akan memberi impak positif kepada keseluruhan ekonomi dan keselamatan negara.
Mungkin ini bertita gembira kepada peminat Aprilia apabila tular kemunculan spyshot yang mendedahkan model super-naked Aprilia Tuono V4 2025.
Berdasarkan gambar spyshot tersebut, mungkin ada transformasi besar pada model ini, termasuk kemunculan sayap aerodinamik baharu.
Dua buah motosikal ujian dikesan di jalan raya, menunjukkan Aprilia bersedia untuk memperkenalkan generasi baru keluarga Aprilia Tuono V4 2025 dalam masa terdekat.
Kegemaran Penggemar Motosikal
Model ini hadir dengan enjin V4 65 darjah berkapasiti 1077cc serta casis yang diilhamkan dari dunia perlumbaan.
Model ini kali terakhir dikemaskini pada tahun 2021 dan dijangka menerima lebih banyak penambahbaikan pada tahun 2025.
Perubahan Mekanikal dan Aerodinamik
Meskipun motosikal ujian ini dilengkapi dengan penutup enjin yang diubahsuai sedikit, enjin utama dan casis utama dilihat kekal sama seperti model V4 terdahulu.
Namun, ketiadaan pelindung bawah enjin (bellypan) menampakkan penambahan pemangkin pada sistem ekzos serta beberapa pengubahsuaian pada radiator, yang berkemungkinan menunjukkan perubahan dalaman bagi mematuhi peraturan emisi terkini.
Selain itu, peningkatan kuasa kuda dijangka berlaku memandangkan pesaing seperti KTM 1390 Super Duke R kini menghasilkan 187bhp, dan beberapa pesaing lain melebihi 200bhp — kuasa yang luar biasa untuk motosikal tanpa fairing!
Reka Bentuk Baharu yang Mengagumkan
Perubahan besar yang ditunggu-tunggu adalah pada rekaan luaran.
Tuono V4 kini dilengkapi dengan sayap aerodinamik yang diintegrasikan pada bahagian depan.
Ianya diilhamkan daripada jentera MotoGP RS-GP Aprilia dan sayap ini juga mirip dengan model terhad RSV4 X Ex3ma.
Sayap aerodinamik pada Tuono V4 kelihatan lebih elegan dan mampu memberikan daya lesapan yang signifikan.
Selain itu, Aprilia juga dijangka memberi sentuhan baharu pada bahagian ekor motosikal ini, yang diilhamkan daripada RSV4.
Lampu belakang pula kelihatan akan diintegrasikan bersama lampu isyarat, ciri yang berguna untuk penukaran motosikal ini kepada mod perlumbaan trek.
Edisi Standard dan Factory
Meskipun hanya satu model Tuono V4 yang diuji dalam spyshot ini, foto lain menunjukkan motosikal kedua dengan tayar yang lebih sesuai untuk jalan raya.
Ini memberikan petunjuk bahawa edisi Standard dan Factory akan terus kekal dalam barisan model 2025 ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Setelah menggemparkan Karnival GenBlu Yamaha pada bulan September tahun lalu, Yamaha Tenere 700 2024 kini tampil dengan penuh gaya, memukau para peminat motosikal adventure di Malaysia.
Sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia hadir dengan sejumlah peningkatan dan naik taraf yang pasti akan memuaskan peminat motosikal di sini.
Salah satu ciri menarik yang ditawarkan adalah paparan meter TFT 5 inci dwi-tema yang baharu. Penunggang kini dapat memilih antara mod jelajah hingga mod jalanan dengan mudah melalui skrin tersebut.
Keupayaan untuk memanfaatkan ciri ketersambungan Y-Connect yang dapat disambungkan terus kepada telefon pintar memberikan sentuhan moden pada pengalaman berkendara.
Sistem ABS juga telah dinaik taraf dengan tiga tetapan baharu, dan tak lupa mengenai kepraktikaliti quickshifter terus dari kilang yang memberikan kemudahan ekstra kepada penunggang.
Tuil brek hadapan yang direka semula menambah keteguhan motosikal ini, sementara soket USB baru menggantikan soket 12v yang lama untuk memberikan kemudahan pengisian.
Dari segi kuasa, Yamaha Tenere 700 dikuasakan oleh nadi dua silinder sebaris 270° bersesaran 689 cc yang mampu menghasilkan 72.4 HP pada 9,000 rpm dan tork sebanyak 68 Nm pada 6,500 rpm.
Untuk meningkatkan kecekapan di medan off-road, motosikal ini dilengkapi dengan fork jenis USD 43 mm boleh laras di bahagian depan, monoshock belakang boleh laras, tangki minyak 16 liter, serta rim berukuran besar, iaitu 21 inci di bahagian depan dan 18 inci di bahagian belakang.
Satu lagi perkara menarik, Yamaha Tenere 700 ini merupakan model pemasangan tempatan (CKD), menjadikannya lebih berpatutan dengan harga bermula dari RM69,988. Dengan warna Icon Blue yang menawan, setiap pembelian akan turut disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100 secara percuma.
Dengan kombinasi ciri-ciri moden, prestasi yang tangguh, dan harganya yang berpatutan, Yamaha Tenere 700 2024 jelas menjadi pilihan menarik bagi peminat motosikal adventure di Malaysia. Sambutlah pengalaman mengemudi yang lebih bermakna dengan motosikal penuh gaya ini!
Malaysia kini menyaksikan kemasukan syarikat e-hailing terbaru, Bolt, yang bakal bersaing dengan perkhidmatan popular seperti Grab dan AirAsia Ride. Bolt Services My Sdn. Bhd....