Hyundai sekali lagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam dunia sukan permotoran dengan memperkenalkan kereta lumba IONIQ 5 N eN1 Cup.
Menggunakan platform dari model IONIQ 5 yang popular, kereta lumba ini mengekalkan ciri-ciri sistem elektronik kuasa (PE) yang sama seperti versi pemanduannya di jalan raya.
Dengan motor elektrik depan berkuasa 166 kW (226 ps) dan motor belakang 282 kW (383 ps), kereta ini menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 650 ps, menjadikannya lebih berkuasa daripada model IONIQ 5 biasa.
Hyundai merancang kereta lumba ini untuk bersaing dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di dalam acara Hyundai N Festival, satu siri perlumbaan terbesar bagi pelumba profesional di Korea.
Kredit: Hyundai
Kelas eN1 ini khusus untuk perlumbaan kereta lumba yang tidak boleh dipandu di jalan raya dan menunjukkan komitmen Hyundai dalam memajukan perlumbaan hijau dan teknologi elektrik.
Ads
Dengan pasukan diberi kebebasan menggunakan pelbagai produk tayar dan peraturan terbuka, ini menjanjikan persaingan yang sengit dan inovasi yang berterusan.
Kereta lumba IONIQ 5 N eN1 Cup dilengkapi dengan kit badan lebar dan spoiler besar untuk meningkatkan prestasi aerodinamik, sementara teknologi seperti N e-Shift, N Active Sound+, dan N Grin Boost menambahkan elemen keseronokan kepada pengalaman perlumbaan.
Ads
Kredit: Hyundai
Dari aspek keselamatan, kereta ini dilengkapi dengan rangka keselamatan mengikut piawaian FIA, pemadam api khusus untuk kebakaran elektrik, dan pemindahan port pengecasan.
Dengan spesifikasi yang mengagumkan dan teknologi terkini dari keluarga IONIQ, Hyundai IONIQ 5 N eN1 Cup menjanjikan pengalaman perlumbaan elektrik yang serba canggih dan mengasyikkan.
QJMOTOR Malaysia baru-baru ini melancarkan model terbaharu mereka dalam segmen skuter kompak – AX200S – dalam satu majlis yang berlangsung di Courtyard Kuala Lumpur.
Direka khas untuk kegunaan harian di bandar, AX200S hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Kelabu, Moon Blue, dan Coklat Pasir. Ia direka untuk menjadi kenderaan bukan sahaja praktikal, malah mencuri tumpuan di jalanan.
Skuter ini ditawarkan pada harga permulaan RM7,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Menjadikannya antara skuter paling mampu milik dalam kelasnya. Ia kini sudah boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.
Di bawah cover set, AX200S bernadikan enjin 175cc silinder tunggal SOHC 4-injap yang disejukkan cecair serta menggunakan sistem suntikan bahan api EFI.
Ia mampu menjana kuasa 17.3 HP pada 8,500rpm dan tork maksimum 15.2Nm pada 6,500rpm. Cukup responsif untuk memecut keluar dari lampu isyarat atau mendaki flyover bandar tanpa masalah.
Sistem transmisi automatik CVT dengan klac automatik menjadikan tunggangan lebih santai tanpa perlu sibuk tukar gear seperti model moped di pasaran. Selain itu, sistem pelinciran jenis tekanan dan percikan membantu memastikan enjin sentiasa dalam keadaan optimum.
AX200S tampil dengan rekabentuk aerodinamik yang kemas, diserikan dengan winglet di bahagian depan. Bukan sekadar gaya, tapi juga membantu kestabilan ketika memotong angin semasa tunggangan laju.
Skuter ini juga ringan dengan berat hanya 127kg. Menjadikannya mudah dikendalikan walaupun di kawasan sesak.
Dari segi dimensi, ia cukup selesa dengan tempat duduk setinggi 780mm dan jarak kelegaan tanah 145mm. Sesuai bagi kebanyakan penunggang lelaki mahupun perempuan. Tangki bahan apinya pula boleh memuatkan 10 liter. Sesuai untuk perjalanan harian beberapa hari tanpa perlu ke stesen minyak terlalu kerap.
Untuk keselesaan dan keselamatan, AX200S dilengkapi dengan fork teleskopik di depan dan penyerap hentakan jenis gegelung belakang yang menggunakan redaman minyak.
Tayar jenis tubeless CST berukuran 100/80-14 depan dan 120/70-14 belakang memberikan cengkaman dan ketahanan yang bagus.
Sistem brek cakera hadir pada kedua-dua roda – 230mm depan dan 220mm belakang. Lengkap dengan sistem ABS dwi-saluran, memastikan brek lebih selamat terutama dalam situasi kecemasan.
Antara ciri menarik lain termasuk:
Dengan kombinasi semua ini, AX200S bukan sahaja sebuah skuter biasa, tapi lengkap dengan ciri-ciri motosikal moden yang biasanya ditemui pada model lebih mahal.
Setiap pembelian AX200S datang dengan jaminan dua tahun atau 20,000km (mana yang tiba dahulu). Pembeli juga akan menikmati kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Untuk yang belum kenal, QJMOTOR ialah sebahagian daripada kumpulan besar Geely, ditubuhkan sejak 1985 dan juga pemilik jenama motosikal Itali Benelli. Produk mereka merangkumi pelbagai jenis motosikal dari skuter 110cc hingga motosikal berkuasa tinggi 1130cc. Kini, mereka sudah mengeksport ke lebih 130 negara, dan terus komited membawa teknologi terkini ke pasaran global.
The Art of Unexpected kembali menggegar dunia automotif dengan kelahiran edisi terhad terbaharu – Ducati Panigale V4 Lamborghini. Hasil kolaborasi ikonik dua jenama legenda dari Itali.
Terhad kepada hanya 630 + 63 unit, motosikal edisi khas ini diinspirasikan daripada Lamborghini Revuelto Ad Personam. Menjadikannya babak ketiga dalam kerjasama strategik antara Ducati dan Lamborghini.
Selepas kejayaan Diavel 1260 Lamborghini dan Streetfighter V4 Lamborghini, model Panigale V4 Lamborghini tampil sebagai manifestasi kemuncak kejuruteraan dan estetika Itali.
Berdasarkan Ducati Panigale V4 S, dan diilhamkan daripada Lamborghini Revuelto – supercar hibrid berprestasi tinggi – motosikal ini menyatukan reka bentuk unik, teknologi canggih dan DNA perlumbaan.
Kedua-dua jentera hebat ini dikuasakan oleh enjin terbaik jenama masing-masing: Ducati Desmosedici Stradale dan Lamborghini V12. Gabungan dua falsafah kejuruteraan ini melahirkan karya seni mekanikal yang mendebarkan.
Sebagai sebahagian daripada tawaran ultra-eksklusif, 63 pelanggan Lamborghini terpilih akan berpeluang menyesuaikan sepenuhnya motosikal mereka dengan kerjasama bersama Centro Stile Ducati. Pelanggan boleh memilih skema warna Revuelto mereka sendiri atau memilih kombinasi khas yang ditawarkan. Pengubahsuaian juga merangkumi:
Model Panigale V4 Lamborghini ini telah didedahkan secara rasmi di Teatro Alcione, Milan, sempena Milan Design Week – pentas utama dunia reka bentuk. Ia melambangkan bab baharu dalam kerjasama antara Ducati dan Lamborghini yang berpaksikan nilai teknologi tinggi, semangat sukan dan eksklusiviti.
Menurut Claudio Domenicali, CEO Ducati:
“Panigale V4 Lamborghini mengukuhkan lagi hubungan dua ikon Motor Valley, dengan menampilkan keanggunan reka bentuk, prestasi tinggi dan semangat Itali yang tidak dapat disangkal.”
Revuelto merupakan supercar hibrid HPEV pertama Lamborghini, menggabungkan enjin V12 baharu dengan tiga motor elektrik berkuasa tinggi dan sistem transmisi dwi-klac melintang. Dengan jumlah kuasa 1015 hp, ia mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 2.5 saat dan kelajuan maksimum melebihi 350 km/j.
Penggunaan meluas gentian karbon dan bahan ultra ringan menjadikannya jentera dengan nisbah kuasa-ke-berat terbaik dalam sejarah Lamborghini (1.75 kg/HP). Hasil kerja teliti Centro Stile Lamborghini dan jabatan Ad Personam menjadikan setiap unit Revuelto sebuah karya seni automotif.
Kata Stephan Winkelmann, Pengerusi & CEO Lamborghini:
“Apabila dua bahasa reka bentuk yang tidak dapat disalah anggap bertemu – Lamborghini dan Ducati – hasilnya ialah pernyataan sempurna semangat Itali dan keindahan reka bentuk.”
Panigale V4 Lamborghini bukan sekadar motosikal. Ia adalah lambang kecemerlangan, simbol gaya hidup dan pengikat jiwa antara peminat dua dan empat roda yang menghargai ketulenan serta prestasi luar biasa.
Sistem papan tanda jalan di Malaysia dibangunkan berdasarkan piawaian antarabangsa dan disesuaikan dengan keperluan tempatan untuk memastikan maklumat yang dipaparkan dapat difahami dengan cepat oleh pemandu.
Warna memainkan peranan besar kerana ia membantu membezakan kategori maklumat, sama ada arah perjalanan, amaran, larangan atau kawasan khas. Enam warna utama yang paling banyak digunakan ialah hijau, biru, kuning, coklat, merah dan jingga, masing-masing mempunyai fungsi tersendiri yang ramai pemandu tidak sedar.
Artikel ini menjelaskan makna setiap warna dan kenapa ia dipilih sebagai standard jalan raya negara, terutamanya dalam memahami warna papan tanda jalan dengan lebih jelas.
Papan tanda latar hijau digunakan pada lebuhraya bertol ataupun jalan utama antara bandar. Warna hijau dipilih kerana ia memberikan kontras yang sangat baik dengan tulisan putih, menjadikannya mudah dibaca dari jarak jauh pada kelajuan tinggi.
Selain itu, warna ini kurang menghasilkan silauan apabila terkena lampu kenderaan pada waktu malam. Penggunaan hijau membolehkan pemandu segera mengenal pasti bahawa papan tanda tersebut berkaitan laluan utama yang menghubungkan destinasi besar seperti bandar dan negeri.
Latar biru pula digunakan pada papan tanda yang memberikan maklumat tentang jalan persekutuan dan arah dalam bandar. Warna ini memudahkan pemandu membezakan laluan biasa daripada lebuhraya.
Biru juga lebih stabil di bawah cahaya matahari terik, menjadikannya lebih jelas dibaca ketika pemanduan dalam trafik perlahan atau di kawasan bandar yang mempunyai banyak gangguan visual. Ini membantu memastikan pemandu lebih peka dengan kategori maklumat visual yang disampaikan melalui warna papan tanda jalan di kawasan bandar.
Warna kuning digunakan secara khusus untuk tanda amaran. Ia memberi isyarat kepada pemandu mengenai bahaya seperti selekoh tajam, permukaan jalan licin, cerun curam, perubahan laluan atau kawasan haiwan melintas.
Dari sudut fisiologi, kuning berada pada bahagian tengah spektrum visual yang menyebabkan ia mudah menarik perhatian manusia tanpa perlu menumpukan pandangan terlalu lama. Sebab itu ia digunakan untuk memastikan pemandu dapat membuat persediaan awal sebelum menghampiri kawasan risiko, terutamanya dalam situasi memerlukan tindak balas pantas.
Papan tanda coklat digunakan untuk menunjukkan lokasi tarikan pelancong seperti taman negara, tapak warisan, air terjun, muzium atau kawasan rekreasi. Warna ini dipilih mengikut piawaian antarabangsa sebagai simbol budaya dan alam semula jadi.
Malaysia mengikuti standard yang sama supaya pemandu, termasuk pelancong asing, dapat mengenal pasti lokasi menarik dengan lebih mudah. Penggunaan warna ini memudahkan komunikasi visual yang konsisten dalam industri pelancongan.
Merah digunakan hanya untuk peraturan yang mesti dipatuhi tanpa kompromi. Ini termasuk papan tanda berhenti, jangan masuk, larangan pusingan U dan tidak dibenarkan parkir.
Merah mempunyai wavelength paling panjang, membolehkannya dilihat dengan jelas walaupun dalam keadaan jarak penglihatan terhad seperti hujan lebat atau kabus. Ketegasan warna merah menjadikannya mudah dikenali sebagai simbol larangan universal.
Papan tanda jingga ialah tanda sementara yang menunjukkan kawasan pembinaan, penyelenggaraan jalan atau perubahan laluan. Warna ini dipilih kerana ia tidak bertindih dengan mana-mana kategori warna lain dan mudah dikesan pada waktu malam, sekaligus memberi amaran awal kepada pemandu bahawa keadaan jalan telah berubah.
Penggunaan jingga membantu pemandu menyesuaikan pemanduan mereka lebih awal sewaktu melalui kawasan kerja jalan.
Setiap warna papan tanda jalan membawa makna yang konsisten untuk membantu pemandu membuat keputusan lebih cepat dan tepat. Dengan memahami maksud setiap warna ini, pemandu dapat mengurangkan risiko kesilapan, meningkatkan fokus, dan memandu dengan lebih selamat di mana-mana laluan di Malaysia.
Mid-engine supercar menjadi sebab utama kenapa model seperti Ferrari, Lamborghini dan McLaren mampu memberikan prestasi yang sangat tinggi. Susunan ini meletakkan enjin di bahagian...