Seperti yang dijangkakan daripada teaser misteri Ducati minggu lalu dengan tajuk “Feet Forward. Head Turning,” akhirnya Ducati memperkenalkan model terbaharu mereka – 2025 Ducati XDiavel V4.
Walaupun ada desas-desus tentang masa depan model power cruiser ini, Ducati berjaya mengejutkan dunia dengan membawakan jentera luar biasa yang tidak sekadar tampil dengan enjin V4. Malah, ia menawarkan pelbagai naik taraf yang menjadikannya lebih unik dan eksklusif.
Reka Bentuk dan Kuasa Baharu
Dari segi visual, XDiavel V4 masih kekal dengan identitinya sebagai cruiser “over the top”. Cat eksklusif, kemasan roda berkilat dan garis badan yang rendah serta sporty menyerlahkan lagi elemen mewah pada motosikal ini. Berbanding Diavel V4 yang terdahulu, XDiavel V4 membawa aura lebih premium.
Enjin yang digunakan adalah 1158cc Granturismo V4, sama seperti yang terdapat pada Multistrada dan Diavel V4. Ketika diuji, enjin ini mencatatkan 138.5 hp pada 10,300 rpm dan 106.7 Nm tork pada 8,700 rpm. Salah satu ciri menarik enjin ini ialah fungsi nyahaktif silinder belakang.
Ia secara automatik mematikan dua silinder belakang ketika berhenti atau bergerak perlahan untuk meningkatkan kecekapan bahan api. Ducati turut menetapkan selang servis injap pada setiap 60,000 km – satu bonus besar bagi penunggang jarak jauh.
Dari segi pecutan, Ducati mendakwa XDiavel V4 mampu mencapai 0-100 km/j dalam kurang daripada tiga saat. Berat keseluruhan jentera ini pula ialah 229 kg – 5.9 kg lebih ringan berbanding model XDiavel 1260 sebelumnya.
Ads
Suspensi, Brek dan Ergonomi
Sistem suspensi hadapan menggunakan fork 50 mm yang boleh dilaras sepenuhnya, sementara di belakang, lengan ayun jenis single-sided dipadankan dengan penyerap hentakan jenis linkage yang juga boleh dilaras sepenuhnya.
Roda belakang bersaiz 240/45-17 dengan reka bentuk bintang benar-benar menyerlahkan keunikan model ini. Sistem brek pula dibekalkan oleh Brembo Stylema dengan cakera berkembar 330 mm untuk memastikan kuasa pemberhentian yang mantap.
Dari segi ergonomik, XDiavel V4 menawarkan kedudukan menunggang yang lebih santai dengan footpeg lebih ke depan dan hendal yang lebih rendah serta ditarik ke belakang berbanding model 1260. Tempat duduk utama setinggi 770 mm, lebih rendah daripada Diavel V4, manakala tempat duduk penumpang telah dinaik taraf menjadi 30% lebih lebar dan 50% lebih panjang, lengkap dengan pemegang tangan tersembunyi.
Ads
Teknologi dan Mod Tunggang
Tidak lengkap sebuah Ducati tanpa teknologi terkini. XDiavel V4 hadir dengan tiga mod kuasa dan empat mod tunggangan: Sport, Touring, Urban, dan Wet. Mod ini membolehkan penunggang menyesuaikan penghantaran kuasa dan tahap intervensi sistem bantuan tunggangan seperti traction control, cornering ABS, dan wheelie control dengan hanya satu butang.
Ciri seperti cruise control, quickshifter, dan Launch Control menambah kemudahan ketika menunggang. Semua tetapan ini boleh dilihat melalui paparan TFT 6.9 inci, yang turut menyokong sambungan Bluetooth untuk muzik, navigasi, dan panggilan telefon melalui aplikasi Ducati Link.
Ads
Harga dan Ketersediaan
Ducati XDiavel V4 2025 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna – Burning Red dengan harga USD28,995 (anggaran RM130,000), manakala warna Black Lava berharga USD300 lebih mahal. Ducati mengesahkan model ini akan berada di pasaran mulai Mei 2025.
Jika melihat kepada prestasi dan pengalaman menunggang Diavel V4 sebelum ini, besar kemungkinan versi XDiavel V4 ini akan memberikan pengalaman yang sama atau mungkin lebih menyeronokkan. Tak sabar rasanya menantikan sesi tunggang uji!
Motosikal kembara jalanan moden Honda NX400 2024 akan melabuhkan tirainya di pasaran Jepun pada bulan April ini, mereka yang tidak biasa dengar NX400 jangan hairan kerana ia dikenali sebagai Honda NX500 untuk pasaran global.
Dengan spesifikasi yang menarik, motosikal ini dilengkapi dengan enjin 2-silinder berkapasiti 399cc yang disaluti dengan sistem penyejukan cecair, menghasilkan kuasa sebanyak 46 PS @ 9,000 rpm dan tork 38 Nm @ 7,500 rpm.
Kuasa tersebut dihantar ke roda belakang melalui transmisi enam-kelajuan. Rekaan NX400 ini serupa dengan NX500 yang terdapat di pasaran global. Hanya nama sahaja yang berubah.
Sistem gantungan motosikal ini menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan dan lengan ayun Pro-Link di bahagian belakang. Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar untuk roda hadapan dan cakera tunggal untuk roda belakang.
Kredit Foto: Honda
Dari aspek pemanduan motosikal ini, ia diperkukuhkan dengan ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan skrin paparan TFT lima inci berwarna penuh dengan sokongan aplikasi Honda RoadSync.
Honda NX400 2024 ini mempunyai tangki bahan api berkapasiti 17 liter, berat sekitar 196 kg, dan ketinggian pelana 800 mm.
Terdapat dua pilihan warna iaitu Pearl Glare White dan Matte Ballistic Black Metallic. Harga jualannya bermula dari 819,000 yen (sekitar RM26,055) di pasaran Jepun.
Untuk makluman, Honda NX400 ini merupakan model baru yang menggantikan model 400X yang telah wujud sejak tahun 2013.
Dunia automotif menyaksikan era baharu dengan pelancaran Bugatti Tourbillon, hyper-GT yang telah lama dinantikan, menggantikan Chiron dengan enjin hibrid V16. Tepat 20 tahun selepas pelancaran Veyron, Tourbillon berhasrat untuk menjadi kereta jalanan terpantas di dunia.
Inspirasi Jam Tangan Mewah
Dinamakan sempena mekanisme halus dalam jam tangan mewah yang memastikan ketepatan, Tourbillon adalah satu penghormatan kepada legasi Bugatti. Ia menggantikan Chiron yang telah memulakan pengeluaran pada tahun 2016 dan kini telah mengakhiri produksinya di kilang Molsheim Bugatti di Perancis.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Tourbillon akan memulakan pengeluaran pada tahun 2026 dengan hanya 250 unit yang akan dihasilkan, setiap satu bernilai £3.2 juta, menjadikannya kereta termahal dalam produksi bugatti.
Meninggalkan enjin W16 pendahulunya, ia dilengkapi dengan sistem hibrid plug-in 1775bhp yang berpusatkan enjin V16. Enjin 8.3 liter ini, dibangunkan bersama Cosworth, hanya seberat 252kg dan menghasilkan 986bhp.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Dengan tambahan tiga motor elektrik daripada Rimac, jumlah output meningkat kepada 1775bhp, menjadikannya kereta enjin pembakaran paling berkuasa di pasaran.
Motor elektrik meningkatkan tindak balas pendikit dan tork semasa penukaran gear, disokong oleh bateri 25kWh yang menawarkan jarak elektrik lebih dari 37 batu. Dengan keupayaan pengecasan 800V, bateri boleh dicas dari 0 hingga 80% dalam masa hanya 12 minit. Tourbillon mensasarkan kelajuan tertinggi 276mph dan masa 0-62mph dalam 2.0 saat, menyaingi kereta dengan pecutan terpantas di dunia.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Kehebatan Aerodinamik
Reka bentuk Tourbillon kekal setia kepada estetika Bugatti tetapi tampil dengan enjin baharu yang berkuasa. Garis ‘C’ ikonik, gril depan berbentuk tapal kuda, dan cat 2 tone dikekalkan.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Walau bagaimanapun, siluet kereta ini dioptimumkan untuk kelajuan melebihi 250mph. Ciri aerodinamik termasuk sayap belakang yang tenggelam dan terowong diffuser belakang yang diperluaskan untuk meningkatkan aliran udara dan penyejukan enjin.
Kluster Istrumen Lebih Daripada 600 Komponen
Bugatti menekankan daya tarikan abadi Tourbillon melalui interior yang berfokuskan analog, menampilkan mekanisme yang dapat dilihat dan kawalan fizikal. Kluster instrumen yang rumit, direka oleh pembuat jam tangan Swiss, terdiri daripada lebih 600 komponen, menggunakan bahan seperti titanium, nilam, dan ruby. Hub tetap roda stereng memastikan meter sentiasa kelihatan.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Kawalan konsol tengah yang terdedah, manakala skrin sentuh kecil yang boleh ditarik dengan fungsi Apple CarPlay tersembunyi sehingga diperlukan. Menurut presiden Bugatti, Christophe Piochon, reka bentuk interior mencerminkan visi Ettore Bugatti bahawa setiap komponen adalah karya seni, mewujudkan intipati firma hypercar.
BMW Mexico menyambut ulang tahun ke-30 dengan melancarkan BMW M2 Coupé Edisi 30 Tahun versi edisi terhad, khusus untuk pasaran Mexico. Dengan hanya 30 unit yang ditawarkan, model ini menjadi simbol penghargaan terhadap legasi BMW di Mexico.
Direka oleh pereka Mexico, José Casas, yang kini berpusat di Munich. M2 Edisi 30 Tahun ini merupakan gabungan warisan sukan BMW dan bakat rakyat Mexico yang semakin terserlah di arena antarabangsa.
Kredit – Hypebeast
Spesifikasi M2 Edisi Khas
BMW M2 Edisi 30 Tahun ini dikuasakan oleh enjin 3.0L enam silinder sebaris yang menghasilkan tenaga luar biasa sebanyak 480 hp dan 550Nm tork. Memberikan pengalaman pemanduan yang penuh kuasa dari putaran rendah 2,650 RPM hingga ke 6,130 RPM.
Dilengkapi dengan teknologi M TwinPower Turbo ikonik BMW. Model ini menggabungkan injeksi presisi tinggi dan kawalan injap yang boleh disesuaikan.
Kereta ini digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan. Sistem pacuan roda belakang. Kawalan cengkaman M (M Traction Control) dan Active M Differential yang memastikan cengkaman yang sempurna di setiap selekoh.
Kredit – Hypebeast
Transmisi Manual
Transmisi manual pada model ini dilengkapi dengan Gear Shift Assistant, yang direka untuk memastikan penukaran gear ke bawah berjalan lancar.
Namun, bagi mereka yang benar-benar ingin merasakan pemanduan tulen, fungsi ini boleh dimatikan untuk memberikan kawalan penuh kepada pemandu.
Rekaan enjin model ini pula diinspirasikan daripada perlumbaan, menggunakan bahan ringan serta teknologi terkini yang memastikan prestasi maksimum di atas litar.
Kredit – Hypebeast
Reka Bentuk
Dari segi reka bentuk, model ini hadir dengan dua pilihan warna eksklusif — BMW Individual Frozen Portimao Blue dan Frozen Pure Grey.
Di dalamnya, BMW menampilkan suasana dalaman sporty dengan aksen gentian karbon. Tempat duduk kulit Merino dan roda stereng Alcantara M Sport. Semua elemen ini menyempurnakan keanggunan serta ketangkasan model ini. Menjadikannya pilihan ideal bagi penggemar BMW dan pengumpul kereta sport di Mexico.
BMW M2 Coupé Edisi 30 Tahun kini boleh didapati di bilik pameran seluruh Mexico dengan tanda harga sebanyak $121,700 USD. Edisi ini bukan sahaja simbol pencapaian BMW di Mexico tetapi juga penghormatan terhadap dedikasi dan inovasi yang menjadikan jenama ini unggul dalam industri automotif.
Lando Norris memulakan musim 2025 dengan penuh keyakinan selepas menukar kedudukan petak pertama kepada kemenangan dalam Grand Prix Australia yang penuh drama. Perlumbaan ini menyaksikan...