Firma Biemme Special Cars dari Itali memperkenalkan sebuah kereta mayat yang mungkin paling mewah pernah dihasilkan, Rolls-Royce Ghoster.
Dengan nama yang agak unik, ‘Ghoster’ ini adalah hasil transformasi model sedan mewah Rolls-Royce Ghost menjadi sebuah kenderaan mayat yang penuh gaya dan keanggunan.
Kredit Foto : Website drive.com.au
Elegan dalam Perjalanan Terakhir
Berdasarkan Rolls-Royce Ghost, reka bentuk hadapan kenderaan ini mengekalkan estetika asalnya yang sinonim dengan kemewahan.
Namun, perubahan besar dilakukan pada bahagian badan dan casis, termasuk lanjutan jarak roda dan tambahan ruang kaca yang besar.
Ini memastikan ruang dalaman untuk penumpang tetap luas dan tidak terganggu oleh petak khas untuk keranda di bahagian belakang.
Kredit Foto : Website drive.com.au
Kemewahan Tidak Dikompromi
Seperti dijangka daripada sebuah Rolls-Royce, bahagian kabin ‘Ghoster’ ini adalah lambang kemewahan tertinggi.
Ia dilengkapi dengan instrumen kalis bunyi tambahan, kemasan kayu Briar yang eksklusif, meja lipat, dan juga mini-bar sesuatu yang jarang ditemui dalam kereta mayat.
Ads
Kredit Foto : Website drive.com.au
Keunikan Reka Bentuk Belakang
Pada bahagian belakang, kerangka casis dilanjutkan menggunakan struktur tiub, keluli, dan kaca.
Platform khas untuk memuatkan keranda beroperasi secara automatik, disertakan dengan lampu yang terang untuk memastikan suasana penghormatan yang nampak elegan.
Kombinasi kejuruteraan dan reka bentuk ini memperlihatkan kehebatan Biemme dalam menghasilkan kenderaan mayat yang tidak hanya berfungsi, tetapi juga memiliki estetika tinggi.
Kredit Foto : Website drive.com.au
Kuasa V12 yang Tiada Tandingan
Menariknya, tiada perubahan dilakukan pada enjin Rolls-Royce Ghost yang asal.
Ads
Jantung mekanikalnya, enjin V12 twin-turbo 6.75 liter, terus menawarkan 420kW kuasa dan 850Nm tork.
Hasil Sentuhan Itali
Walaupun harga rasmi Rolls-Royce Ghoster ini tidak didedahkan, ia dijangka jauh lebih tinggi daripada harga asal Rolls-Royce Ghost, yang bernilai sekitar AUD$650,000 (kira-kira RM2 juta).
Biemme Special Cars bukan sahaja menghasilkan Ghoster, malah turut membina kereta mayat berdasarkan model Maserati, Mercedes-Benz, dan Jaguar.
Kredit Foto : Website drive.com.au
Konklusi
Rolls-Royce Ghoster ini bukan sekadar kenderaan mayat, ia adalah simbol penghormatan terakhir yang luar biasa.
Ads
Biemme Special Cars berjaya menggabungkan kemewahan, kejuruteraan, dan fungsi dalam satu pakej yang unik.
Artikel ini ditulis semata-mata untuk tujuan memberi informasi mengenai inovasi terkini dalam dunia automotif.
Ia tidak mempunyai sebarang kaitan atau niat untuk menyentuh isu-isu berkaitan agama, budaya, atau kepercayaan mana-mana pihak.
Segala perincian adalah berdasarkan fakta produk dan tidak berniat untuk menyinggung sensitiviti mana-mana individu atau kumpulan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Selepas lebih satu dekad menghilang, siri perlumbaan paling ikonik dari Jepun — SUPER GT — kembali menggegar Litar Antarabangsa Sepang dari 26 hingga 28 Jun 2025. Tapi kali ni, ia bukan sekadar perlumbaan biasa.
Anda beli tiket dan berpeluang bawa balik Toyota GR Supra bernilai RM650,000. Ini bukan marketing sembang.
Cabutan Bertuah Yang Betul-Betul ‘Padu’
Penganjur rasmi, HARO Sports & Entertainment, dengan kerjasama Mastercard, sedang tawarkan satu peluang yang memang susah nak dapat. Cabutan bertuah untuk menang sebuah GR Supra. Syaratnya mudah:
Beli tiket antara 1 hingga 28 Jun 2025, guna kad Mastercard. Tapi bukan semua tiket layak. Hanya yang ni saja:
Main Grandstand – RM250
GT Suite – RM350
GT Live! Rock Zone – RM500
GT Club Paddock – RM2,000
Experience, Ultimate & Dream Packages – dari RM5,000 ke atas
Nota penting: Tiket K1 Grandstandtak layak untuk cabutan.
Nama pemenang akan diumumkan secara langsung atas pentas selepas perlumbaan, masa konsert GT Live!. Kalau anda duduk grandstand sambil tengok aksi GT500 dan GT300, tahu-tahu nama kau dipanggil — boleh terus tukar seat dengan kunci Supra.
Bukan Sekadar Lumba — Ini Festival Motorsports Jepun di Malaysia
SUPER GT Malaysia 2025 bukan acara ‘datang tengok kereta, balik’. Ia dibina sebagai satu festival gaya hidup automotif yang menggabungkan:
Pameran kereta-kereta hebat
JDM car gathering
Sim racing dan test drive
Aktiviti fan zone dan jualan merchandise
Persembahan pentas dan elemen budaya Jepun
Tapi jangan risau, semua elemen hiburan ni tak kacau jiwa petrolhead. Acara tetap berpaksikan perlumbaan sebenar. Dengan jentera yang kau memang nak dengar enjinnya dan tengok beraksi di Sepang.
Dibawa Kepada Anda Oleh Toyota GAZOO Racing
Tahun ni juga menyaksikan kehadiran UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia sebagai Penaja Utama. Maka tak hairanlah kenapa festival ni disusun dengan begitu rapi dan penuh isi untuk penggemar sukan permotoran sebenar.
Antara tarikan utama:
Pusingan ke-2 Toyota GAZOO Racing Vios Challenge Musim ke-8 – perlumbaan satu model yang sentiasa mencuri perhatian
Penampilan pemandu & duta GAZOO Racing
Showcase kereta-kereta GAZOO Racing
GR86 Cup Malaysia Series: Debut Di Sepang
Buat kali pertama, GR86 Cup Malaysia Series akan diperkenalkan — satu perlumbaan sokongan yang menampilkan Toyota GR86 serba baharu. Dua perlumbaan, sepuluh pusingan setiap satu. Tayar rasmi? Bridgestone.
Ini peluang untuk tengok macam mana GR86 dihenyak habis-habisan oleh pelumba tempatan dan serantau. Ini perlumbaan yang akan tunjuk siapa yang betul-betul ‘driver’s car guy’.
Malaysia Turut Bertanding Dalam GT300
Jangan lupa, tahun ni ada wakil Malaysia di atas grid. Jazeman Jaafar akan bergandingan dengan Kerong Li dalam Aston Martin Vantage GT3 EVO. Manakala Adrian D’Silva akan beraksi bersama juara Le Mans, Earl Bamber.
Malaysia bukan sekadar jadi tuan rumah — kita turun berlumba.
“Ini satu penghormatan besar untuk wakili Malaysia. Dah plan sejak 2020 lagi, dan sekarang akhirnya impian jadi kenyataan,” kata Jazeman.
Elemen Budaya & Hiburan: Ringan Tapi Meriah
Ya, memang ada konsert GT Live!, dan lineup tahun ni ada nama-nama dari Indonesia, Jepun dan Malaysia. Tapi semua ni sekadar bonus — highlight sebenar tetap deruman enjin, battles wheel-to-wheel, dan bau getah terbakar di Turn 1.
Jangan Tunggu. Beli Tiket. Masuk Cabutan. Datang Festival.
SUPER GT Malaysia Festival 2025 bukan sekadar acara motorsport — ini lambang kepulangan semangat lumba Jepun ke Sepang. Dan dengan satu tiket, kau bukan saja dapat jadi sebahagian daripada sejarah, tapi juga mungkin bawa balik sebuah GR Supra.
Lotus Cars Malaysia telah mengambil langkah penting dalam mengukuhkan jenamanya di Malaysia dengan pembukaan ruang pameran perdana di Kuala Lumpur.
Pembukaan ini turut diserikan dengan pelancaran kereta elektrik Hyper-GT terbaru mereka, Emeya.
Keunikan Ruang Pameran
Ruang pameran yang terletak di Temasya Industrial Park, Shah Alam berkeluasan 1,765 kaki persegi khusus untuk pameran utama.
Ia mencerminkan dedikasi Lotus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
Selain itu, terdapat juga dua ruang khas untuk penyerahan kenderaan, ruang rehat pelanggan, bahagian jualan barangan dagangan Lotus, dan ruang konfigurator untuk pelanggan menyesuaikan kenderaan mereka dengan aksesori pilihan.
Pelancaran Emeya: Kereta Elektrik Hyper-GT Terbaru
Pelancaran Emeya di Malaysia adalah satu langkah strategik yang signifikan.
Kereta elektrik Hyper-GT ini, yang direka untuk memenuhi citarasa pemandu sebenar, hadir dalam tiga varian – Emeya, Emeya S, dan Emeya R – dengan harga bermula dari RM555,000.
Model paling premium, Emeya R, mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam hanya 2.8 saat, menjadikannya salah satu kenderaan GT elektrik terpantas di dunia.
Teknologi dan Inovasi Terbaru
Emeya bukan sekadar sebuah kereta, tetapi juga satu inovasi teknologi yang memacu prestasi dengan pelbagai ciri aerodinamik aktif, sistem suspensi udara elektronik, dan sistem audio Dolby Atmos.
Ia juga menampilkan teknologi bantuan pemanduan canggih seperti ADAS dan head up display realiti terimbuh pada skrin berukuran 55-inci yang menjadikan pemanduan lebih selamat dan menyeronokkan.
Prestasi dan Keupayaan Pengecasan Pantas
Dengan jarak gerak WLTP maksimum sejauh 610km, Emeya menawarkan kebebasan pemanduan yang luar biasa.
Dengan keupayaan pengecasan pantas 350kW, kereta ini boleh menambah jarak pemanduan sebanyak 150km dalam masa hanya lima minit.
Menjadikannya ideal untuk pemanduan jarak jauh.
Model Lain di Ruang Pameran
Turut dipamerkan di ruang pameran ini ialah model Emira Turbo dan Eletre, masing-masing menawarkan prestasi tinggi dengan harga yang kompetitif.
Emira Turbo, sebagai contoh, dilengkapi dengan enjin empat silinder berkuasa 460hp, mampu memecut dari 0-100km/j dalam 4.4 saat.
Manakala Eletre menawarkan pengalaman memandu yang dinamik dengan kuasa 603hp.
Pembukaan ruang pameran ini dan pelancaran Emeya menandakan era baharu bagi Lotus Cars di Malaysia.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan sila berhubung dengan Lotus Cars Malaysia pada talian016-611 2388 atau untuk sebarang maklumat, sila layari laman web di www.lotuscars.com.
Pengeluaran tempatan yang mencontohi konsep ‘Ekosistem GAC’ ini dijangka akan memberi impak yang ketara dalam meningkatkan daya saing GAC di pasaran Malaysia.
Langkah ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memberikan pilihan yang lebih baik dan mampu milik kepada pengguna tempatan.
Menurut CEO Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng, “Projek CKD mercu tanda ini merupakan satu peristiwa penting bagi WTCA.
Dengan menyediakan model yang mampu milik, kami yakin dapat menguasai bahagian pasaran yang lebih besar.”
Selain itu, WTCA merancang untuk memperkenalkan lebih banyak varian dan model dalam bentuk CKD di pasaran tempatan.
“Kami berharap dapat meluaskan lagi barisan produk kami,” tambah Tan Keng Meng, mengisyaratkan masa depan yang cerah untuk pilihan kenderaan GAC di Malaysia.
Sisi belakang GAC GS3 EMZOOM
GAC Malaysia
Para pelanggan juga dijemput untuk melawat bilik pameran GAC di seluruh negara untuk merasai sendiri kehebatan GAC GS3 EMZOOM. Ini merupakan peluang untuk melihat secara dekat dan memahami apa yang ditawarkan oleh model ini.
Untuk memastikan perkhidmatan selepas jualan yang cekap, GAC Malaysia telah menyediakan gudang alat ganti yang komprehensif di Semenanjung dan Malaysia Timur.
Ini bertujuan untuk memastikan pemenuhan alat ganti dilakukan dengan pantas dan cekap. Sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik kenderaan GAC.
Dengan langkah-langkah ini, GAC bukan sahaja memperkukuhkan kehadiran mereka di pasaran tempatan. Namun ia menawarkan nilai tambah kepada pelanggan dengan sokongan selepas jualan yang menyeluruh dan kenderaan yang kompetitif dari segi harga dan kualiti.
Cycle & Carriage terus memperluas rangkaian selepas jualan mereka dengan pembukaan pusat servis khas untuk kenderaan Peugeot di Batu Caves.
Langkah ini dimeterai melalui kerjasama...