Menjaga kenderaan dengan baik adalah tanggungjawab setiap pemilik, tetapi ada satu aspek penting yang sering diabaikan — penukaran minyak enjin. Walaupun nampak seperti rutin mudah, melengahkannya boleh mengakibatkan kerosakan serius pada enjin kereta anda.
Minyak enjin bukan sekadar cecair biasa. Ia mempunyai tiga fungsi utama:
Membersihkan enjin daripada kotoran.
Melincirkan komponen logam untuk mengelakkan geseran.
Menyejukkan bahagian dalaman enjin untuk mengelakkan masalah overheat.
Namun, keupayaannya tidak kekal lama. Minyak enjin yang lama digunakan akan kehilangan keberkesanannya dan perlu diganti mengikut jadual atau keadaan tertentu. Berikut adalah lima tanda utama minyak enjin perlu ditukar segera.
A man is very frustrated and sweaty while trying to evaluate his smoking car engine.
1. Enjin Berbunyi Pelik atau Bergegar
Minyak enjin yang kotor tidak dapat melincirkan dan menyejukkan enjin dengan baik. Ini menyebabkan komponen logam dalam enjin bergesel secara langsung, menghasilkan bunyi bising atau gegaran yang ketara. Jika dibiarkan, geseran ini boleh menyebabkan kerosakan enjin yang serius.
Woman Covering Her Nose From Bad Smell Inside The Car
2. Bau Terbakar dalam Kereta
Jika anda terhidu bau terbakar, itu mungkin tanda minyak enjin sedang terbakar dalam sistem ekzos. Masalah ini biasanya disertai dengan asap kelabu atau kebiruan dari ekzos. Ini adalah petunjuk jelas enjin mengalami panas melampau atau kebocoran minyak. Segera periksa keadaan minyak dan baiki kebocoran jika ada.
Ads
3. Minyak Bertukar Hitam dan Berkilat
Minyak enjin yang digunakan lama pasti berubah warna menjadi gelap. Warna hitam berkilat ini disebabkan oleh kotoran dan bendasing daripada pembakaran dalaman enjin. Ketika memeriksa minyak, pastikan anda melihat tahap kejernihan minyak. Jika minyak kelihatan gelap dan terlalu cair, itu adalah petanda ia perlu ditukar segera.
4. Lampu Amaran Minyak Menyala
Lampu tekanan minyak yang menyala di papan pemuka adalah isyarat serius. Simbol seperti teko Aladdin ini menunjukkan minyak enjin berada pada paras rendah atau kehilangan kelikatan yang sesuai. Kadang-kadang, lampu ini akan menyala bersama lampu check engine oil, memberi amaran risiko kerosakan yang lebih besar. Jangan abaikan isyarat ini!
Ads
5. Penggunaan Minyak Petrol Meningkat
Jika anda mendapati kereta semakin kerap menghabiskan minyak petrol, ini mungkin berpunca daripada minyak enjin yang sudah cair atau kurang likat. Keadaan ini menyebabkan enjin bekerja lebih keras, sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.
Kesimpulan
Minyak enjin adalah ‘nyawa’ kepada enjin kereta anda. Kegagalan menukar minyak enjin mengikut jadual boleh menyebabkan enjin cepat haus, berlaku masalah overheat, atau lebih teruk, rosak sepenuhnya. Oleh itu, sentiasa peka terhadap tanda-tanda ini dan pastikan anda menukar minyak enjin secara berkala.
Ingat, langkah pencegahan kecil hari ini boleh menjimatkan kos pembaikan besar di masa hadapan. Jangan biarkan kelalaian kecil membawa kepada risiko besar! 🚗💨
GIVI Malaysia terkenal dengan pelbagai aksesori perlindungan kepada penunggang motosikal seperti topi keledar, sarung tangan, baju hujan dan bermacam lagi. Menyahut saranan kerajaan Malaysia, GIVI tampil dengan “top box” rahmah mampu milik untuk pengguna motosikal di Malaysia.
Kredit Foto : Facebook GIVI Malaysia
Kotak simpanan E450N2 ini mempunyai ruangan simpanan 45 liter, cukup besar untuk menyimpan dua unit topi keledar dan juga barangan-barangan sederhana besar yang lain. Mempunyai beban maksimum sehingga 5kg (bergantung kepada rak), produk ini diperbuat daripada Technopolymer yang tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang lama.
Kredit Foto : Laman Sesawang GIVI Malaysia
Hadir dengan warna hitam dan mempunyai reflector smoke, harga permulaan untuk produk ini adalah RM198. Namun begitu, kuantiti yang dijual terhad dan anda boleh dapatkannya daripada wakil sah GIVI atau GIVI Point berdekatan anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Jenama peralatan motosikal Perancis, Furygan, akan melancarkan dua jaket airbag baharu ke pasaran. Fury Airbag Evo dan Fury Airbag Evolution+ telah dihasilkan melalui kerjasama dengan In&Motion untuk mencipta apa yang mereka gambarkan sebagai ‘generasi perlindungan pintar seterusnya’. Model baru ini dikatakan lebih ringan, lebih berventilasi, lebih ergonomik dan lebih tahan berbanding dengan variasi sebelumnya.
Jaket tersebut melindungi leher, dada, tulang belakang dan perut penunggang, untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan serta perlindungan belakang D3O (tahap 1 dalam Evo dan tahap 2 dalam Evolution+) untuk memberi perlindungan maksimum kepada penunggang.
Kredit Foto : Website .motorcyclenews
Furygan menyatakan jaket baharu tersebut adalah ‘solusi airbag yang paling selamat di pasaran’, boleh mengembang kurang daripada 0.06 saat setelah electronic fall detection diaktifkan.
Dibuat sepenuhnya daripada kain jaring, jaket ini lebih ringan dan lebih berventilasi daripada model-model sebelumnya dalam rangkaian Furygan. Digabungkan dengan reka bentuk yang baru, Furygan menjanjikan jaket ini akan memberikan keselesaan yang tiada tandingan.
Kredit Foto : Website .motorcyclenews
Mod pengesanan jalan raya, litar dan pengembaraan membolehkan penunggang memilih tetapan terbaik untuk pemanduan mereka dan ini boleh disesuaikan menggunakan aplikasi mudah alih. Jaket dapat diaktifkan dan boleh “reset” sebanyak lima kali sebelum perlu diperiksa oleh pengilang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Komitmen Kerajaan Negeri Sarawak terhadap pembangunan infrastruktur jalan mencapai tonggak penting dengan peruntukan dana sebesar RM247 juta bagi menghubungkan Ulu Paku dan Jalan Ulu Kota di Spaoh. Melalui inisiatif ini, dijangka perjalanan antara Betong dan Pakan akan mengalami penyingkatan yang signifikan.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan penuh komitmen menyatakan bahawa jaringan jalan sepanjang 20 kilometer ini termasuk susuran dari Lebuh raya Pan Borneo akan disiapkan menjelang Januari 2027.
“Kemudahan jalan ini akan menyingkatkan perjalanan di lebuh raya antara pekan Betong dan Sarikei sejauh kira-kira 50 kilometer,” katanya dalam kenyataannya pada hari Khamis.
Beliau menekankan bahawa pembinaan jalan ini telah mencapai tahap 4.4 peratus, jauh lebih awal 44 hari berbanding jadual yang telah ditetapkan. Uggah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, menjelaskan bahawa laluan ini merentasi kawasan pedalaman Bukit Saban, Krian, dan Pakan.
Pengumuman telah dilakukan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang meluluskan peruntukan bagi projek jalan raya ini di bawah pakej Jalan Utama Kedua negeri. Sebelum ini, Uggah bersama ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Krian Friday Belik telah melakukan tinjauan tapak bagi mengawal kemajuan pembinaan jalan raya yang strategik ini.
Kredit Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Twilight Blue Jadi Identiti Baharu Vanguard 250 SE
Aveta Malaysia meneruskan rentak agresifnya dalam segmen skuter tempatan apabila memperkenalkan warna baharu Twilight Blue untuk rangkaian...