Kereta adalah kebanggaan kita, bukan? Namun, untuk mengekalkan kesan ‘wow’ dan kilauan seperti baru, memerlukan usaha berterusan. Inilah panduan terbaik untuk memastikan kenderaan anda sentiasa nampak segar, berseri, dan menarik di jalan raya!
Cuci Kereta secara Berkala
Satu perkara asas tetapi penting: jangan abaikan mencuci kereta anda! Gunakan sabun yang sesuai untuk memastikan kotoran dan debu terlarut sepenuhnya. Pastikan juga untuk membersihkan roda dan tayar dengan berkesan.
Polish untuk Kilauan Memikat
Polish adalah rahsia tersembunyi untuk memastikan keterampilan visual kereta anda. Gunakan polish yang sesuai dengan warna kereta anda untuk menghasilkan kilauan yang menawan. Untuk kesan yang lebih lama anda perlu polish kereta secara berkala untuk kesan yang lebih tahan lama.
Pelihara Dalaman Seperti Baru
Jangan lupa tentang dalaman! Membersihkan dan menyapu kawasan dalaman kereta secara berkala adalah penting. Vakum kusyen dan permukaan dalaman serta gunakan pembersih khas untuk menjaga bahan-bahan seperti kulit atau kain.
Pilih Tempat Letak yang Baik
Jika mungkin, pilih tempat letak yang dilindungi dari cuaca terik atau hujan lebat. Ini membantu mengurangkan kerosakan akibat cuaca dan sinaran UV yang boleh memudaratkan cat kereta.
Ads
Servis dan Penjagaan Berjadual
Lakukan servis kereta secara berkala. Ini bukan sahaja untuk prestasi kereta tetapi juga memastikan komponen dalaman dan enjin berfungsi dengan cemerlang. Jangan lupa tukar minyak enjin dan penapis mengikut jadual.
Gunakan Pelindung Cat
Menutup kereta dengan kain atau pelindung khas boleh membantu melindungi cat daripada kemungkinan calar dan keadaan cuaca yang teruk.
Jaga Cat dengan Pencuci Kering
Sekiranya tidak sempat untuk mencuci secara menyeluruh, gunakan pencuci kering untuk membuang kotoran ringan dan mengekalkan kilauan kereta.
Ads
Pembersihan Segera
Tindakan pantas membersihkan mana-mana kesan kotoran baik daripada burung, resin pokok, atau kotoran lain amat penting. Pembersihan segera akan mengelakkan kesan kekal pada permukaan cat kereta.
Amalkan ‘No Eating’ atau ‘No Smoking’
Mengekalkan kereta seperti baru juga bermula dari dalam. Amalkan larangan makan atau merokok di dalam kereta untuk mengelakkan kesan bauan yang kurang menyenangkan dan dapat menghindari kereta dari serangga seperti lipas dan semut.
Penyeliaan Keselamatan Kenderaan
Pastikan semua komponen keselamatan seperti lampu, brek, dan tayar dalam keadaan yang cemerlang. Ini bukan sahaja mengelakkan masalah semasa memandu tetapi juga mengekalkan penampilan kereta yang optimum.
Ads
Jadi, itu dia, tips-tips mudah namun berkesan untuk menjaga kereta agar ia sentiasa nampak segar, berkilat, dan baru seperti hari pertama anda membawanya pulang dari pusat pengedar. Ingatlah, penjagaan yang berterusan adalah kunci kepada penampilan yang menarik untuk kenderaan anda!
Jenama peralatan motosikal Perancis, Furygan, akan melancarkan dua jaket airbag baharu ke pasaran. Fury Airbag Evo dan Fury Airbag Evolution+ telah dihasilkan melalui kerjasama dengan In&Motion untuk mencipta apa yang mereka gambarkan sebagai ‘generasi perlindungan pintar seterusnya’. Model baru ini dikatakan lebih ringan, lebih berventilasi, lebih ergonomik dan lebih tahan berbanding dengan variasi sebelumnya.
Jaket tersebut melindungi leher, dada, tulang belakang dan perut penunggang, untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan serta perlindungan belakang D3O (tahap 1 dalam Evo dan tahap 2 dalam Evolution+) untuk memberi perlindungan maksimum kepada penunggang.
Kredit Foto : Website .motorcyclenews
Furygan menyatakan jaket baharu tersebut adalah ‘solusi airbag yang paling selamat di pasaran’, boleh mengembang kurang daripada 0.06 saat setelah electronic fall detection diaktifkan.
Dibuat sepenuhnya daripada kain jaring, jaket ini lebih ringan dan lebih berventilasi daripada model-model sebelumnya dalam rangkaian Furygan. Digabungkan dengan reka bentuk yang baru, Furygan menjanjikan jaket ini akan memberikan keselesaan yang tiada tandingan.
Kredit Foto : Website .motorcyclenews
Mod pengesanan jalan raya, litar dan pengembaraan membolehkan penunggang memilih tetapan terbaik untuk pemanduan mereka dan ini boleh disesuaikan menggunakan aplikasi mudah alih. Jaket dapat diaktifkan dan boleh “reset” sebanyak lima kali sebelum perlu diperiksa oleh pengilang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
GIVI Asia, jenama terkemuka dalam penyelesaian penyimpanan motosikal, menyambut ulang tahun ke-30 mereka dengan satu promosi yang pasti membuatkan ramai penunggang motosikal tersenyum lebar.
Bagi meraikan pencapaian penting ini, jenama ini telah memperkenalkan promosi “Tukar & Beli” untuk semua pengguna kotak simpanan mereka.
Rebat RM100 untuk Tukar & Beli Kotak Simpanan GIVI!
Sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna setia, mereka menawarkan rebat sebanyak RM100.
Rebat ini khas kepada mereka yang menukar kotak simpanan lama mereka kepada model baharu, GIVI ATLAS MONOLOCK TOPCASE 33 LITER.
Ini bermakna, dengan harga pasaran RM292.00 untuk model ini, anda hanya perlu membayar RM192.00 sahaja setelah menikmati rebat ini.
Bukan sahaja anda mendapat produk baharu yang lebih baik, tetapi juga dengan penjimatan yang besar.
Dengan kapasiti 33 liter, kotak ini cukup besar untuk menyimpan barang-barang penting seperti topi keledar, jaket, atau apa sahaja yang anda perlukan dalam perjalanan anda.
Selain itu, kotak ini dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan untuk memastikan barang anda sentiasa selamat.
Reka bentuk monolock yang digunakan oleh jenama ini juga memastikan pemasangan dan pengeluaran kotak ini sangat mudah, sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.
Kotak simpanan ini juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang tahan lasak dan mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca.
Dapatkan Kotak Simpanan Baharu Anda Hari Ini!
Bagi mereka yang berminat, anda boleh menebus rebat ini dengan mengunjungi GIVI Point atau mana-mana pengedar sah GIVI di seluruh negara.
Namun, harus diingatkan bahawa promosi ini sah untuk masa terhad sahaja.
Jadi, bagi anda yang sedang berfikir untuk menaik taraf kotak simpanan motosikal anda, inilah masa yang sesuai!
Peluang Terbaik untuk Naik Taraf Penyimpanan Motosikal Anda
Secara keseluruhannya, promosi ini adalah satu langkah bijak oleh GIVI Asia untuk bukan sahaja meraikan ulang tahun mereka yang ke-30, tetapi juga untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka dengan pengguna setia mereka.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi GIVI atau hubungi pengedar terdekat anda.
Baru-baru ini, GIVI Malaysia telah memperkenalkan sebuah topi keledar motosikal terbaru, GIVI M33.0 Aria.
Salah satu keunikan topi keledar ini adalah ia cukup ringan dengan hanya seberat 1,220g, sekali gus menjadikannya sebagai pilihan ideal untuk kegunaan harian.
Selain itu, topi keledar M33.0 Aria juga mematuhi standard keselamatan terbaru, ECE22.06, yang menjamin tahap keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna.
topi keledar ini juga dilengkapi dengan padding dalam yang boleh ditanggalkan dan dibasuh, memastikan keselesaan maksimum serta jangka hayat yang lebih panjang. Sebagai tambahan, bahan anti-alergi yang digunakan menjadikan helmet ini sesuai untuk setiap jenis kulit, menghindari pengguna daripada risiko alergi.
Beberapa ciri menarik yang menjadi tarikan helmet ini termasuklah visor yang tahan calar, tiga corong udara untuk pengudaraan yang lebih baik, serta tali ikat jenis micrometrik yang memudahkan pengguna.
M33.0 Aria datang dalam enam pilihan warna yang menarik iaitu:
Graphic Rush Blue Turquoise
Graphic Rush Red Blue
Graphic Union Black Blue
Graphic Union Grey Yellow
Dark Blue
Dark Grey
Harga yang ditawarkan untuk topi keledar bagi model tanpa grafik ialah RM195 (Semenanjung) / RM215 (Sabah & Sarawak), manakala dengan grafik, RM200 (Semenanjung) / RM245 (Sabah & Sarawak)
Dengan pelbagai ciri-ciri dan variasi warna, serta harga yang berpatutan, helmet GIVI M33.0 Aria pastinya akan menjadi pilihan baharu bagi penunggang motosikal di Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
CFMOTO kembali menggamatkan segmen motosikal touring adventure dengan kehadiran model terbarunya, CFMOTO 700MT. Ditawarkan pada harga bermula RM33,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)....