Ads

PUMA x McLaren F1 Tampil Dengan Koleksi Khas Grand Prix Formula 1 Singapura 2026

PUMA Lancar Koleksi McLaren F1

PUMA Southeast Asia memperkenalkan McLaren Mastercard Formula 1 Team Replica Collection, koleksi khas bersempena perlumbaan Grand Prix Formula 1 Singapura 2026 yang mula ditawarkan di Malaysia pada 5 Oktober 2026.

Koleksi ini diinspirasikan daripada suasana perlumbaan malam Singapura, selain membawa identiti visual McLaren menerusi penggunaan warna biru dan perincian yang sinonim dengan pasukan Formula 1 berkenaan.

Elemen Budaya Asia Tenggara Jadi Tarikan

Menariknya, PUMA turut menyuntik elemen budaya serantau ke dalam koleksi ini.

Rekaannya mengambil inspirasi daripada seni bina Sino-Portugis dan pengaruh Art Deco, sebelum digabungkan dengan motif tradisional seperti batik Indonesia, tenunan Mudmee dari Thailand, broked Vietnam, batik Malaysia, tenunan tradisional Filipina serta corak jubin Peranakan.

Gabungan tersebut memberi sentuhan berbeza kepada koleksi ini kerana ia bukan sekadar membawa imej pasukan perlumbaan, tetapi turut mengetengahkan identiti Asia Tenggara.

PUMA x McLaren F1 Tampil Dengan Koleksi Khas Grand Prix Formula 1 Singapura 2026

Ads

Tiga Produk Utama PUMA x McLaren F1

Antara produk utama yang ditawarkan ialah McLaren Mastercard F1 Team Replica Polo, Replica Tee dan Baseball Cap.

Replica Polo tampil dengan gaya lebih kemas dan sesuai dipakai di luar litar, manakala Replica Tee pula membawa imej yang lebih santai untuk kegunaan harian.

Baseball Cap pula melengkapkan penampilan bagi peminat yang mahu membawa identiti McLaren dalam gaya lebih ringkas.

Dalam kempen rasmi koleksi ini, Oscar Piastri tampil mengenakan Replica Tee, manakala Lando Norris memperagakan Replica Polo, Replica Tee dan Baseball Cap.

Ads

PUMA

Menurut PUMA, koleksi ini direka untuk peminat yang mahu membawa semangat perlumbaan ke luar litar.

Ia sesuai digayakan ketika menghadiri perlumbaan, menonton acara Formula 1 atau sekadar sebagai sebahagian daripada gaya harian.

Ads

PUMA x McLaren Mastercard Formula 1 Team Replica Collection ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM199.

Koleksi ini boleh didapati mulai 5 Oktober 2026 menerusi laman rasmi PUMA serta di cawangan PUMA terpilih.

Baca Juga : Perbezaan Honda Civic FL1 dan Type R FL5

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Perbezaan Honda Civic FL1 dan Type R FL5

Honda Civic FL1 vs FL5: Nampak Hampir Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza Sekilas pandang, Honda Civic FL1 dan Honda Civic Type R FL5 kelihatan seperti dua...