Ads

Yamaha TMAX Tech Max 2026 Kini Dalam Warna Baharu Crystal Graphite

Yamaha TMAX Tech Max 2026 Kini Dalam Warna Baharu Crystal Graphite, Harga RM75,888

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. terus memperkukuh penawaran dalam segmen skuter premium apabila memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model Yamaha TMAX Tech Max.

Untuk tahun 2026, model ini tampil dengan kemasan eksklusif Crystal Graphite yang memberi sentuhan lebih moden, elegan dan pada masa sama mengekalkan karakter sporty yang menjadi identiti TMAX.

Warna ini bakal menyerlahkan imej lebih matang dan premium, sesuai dengan kedudukan TMAX sebagai antara maxi-scooter paling prestij di pasaran.

Yamaha TMAX Tech Max 2026 Kini Dalam Warna Baharu Crystal Graphite

Harga dan Ketersediaan di Malaysia

Yamaha TMAX Tech Max 2026 dalam warna Crystal Graphite kini sudah mula ditawarkan di semua pengedar sah Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula 14 April 2026.

Harga jualan yang disyorkan adalah RM75,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Ads

Yamaha TMAX Tech Max 2026 Kini Dalam Warna Baharu Crystal Graphite

Enjin 562cc, Prestasi Kekal Padu

Di sebalik penampilan baharu, TMAX Tech Max masih mengekalkan pakej prestasi yang menjadi kekuatan utamanya.

Ia dikuasakan oleh enjin 562cc yang mampu menghasilkan sekitar 35.0kW pada 7,000rpm dan 55Nm tork pada 5,250rpm.

Gabungan kuasa ini memberikan pengalaman tunggangan yang lancar, responsif dan stabil sama ada untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Ads

Yamaha TMAX Tech Max 2026 Kini Dalam Warna Baharu Crystal Graphite

Teknologi Premium untuk Keselesaan Maksimum

Sebagai model flagship dalam keluarga maxi-scooter Yamaha, TMAX Tech Max dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih yang menambah nilai kepada pengalaman penunggang.

Antara ciri utama termasuk Cruise Control untuk keselesaan jarak jauh, Traction Control bersama sistem brek canggih untuk kawalan optimum, Tyre Pressure Monitoring System atau TPMS bagi memantau tekanan tayar secara masa nyata, serta Communication Control Unit yang serasi dengan aplikasi Y-Connect untuk fungsi pintar dan pemantauan motosikal.

Yamaha TMAX Tech Max 2026 Kini Dalam Warna Baharu Crystal Graphite

Ads

Penanda Aras Maxi-Scooter Premium

Dengan gabungan reka bentuk moden, prestasi enjin yang mantap serta teknologi terkini, Yamaha TMAX Tech Max terus mengekalkan reputasinya sebagai penanda aras dalam segmen maxi-scooter.

Yamaha TMAX Tech Max 2026 Kini Dalam Warna Baharu Crystal Graphite

Pengenalan warna Crystal Graphite ini dilihat sebagai langkah memperbaharui tarikan model tersebut, sekaligus memberi lebih pilihan kepada pembeli yang mahukan gaya eksklusif tanpa mengorbankan prestasi.

Baca Juga : Yamaha Ténéré 700 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Bagi penunggang motosikal, helmet merupakan antara komponen keselamatan paling penting. Sama ada untuk ulang-alik kerja atau perjalanan jarak jauh, helmet berfungsi sebagai perlindungan utama...