Ads

Keeway Malaysia Panggil Semula 5,000 Unit XDV180 Evo Susulan Isu Swingarm

Keeway XDV180 Evo Terlibat Program Panggil Semula, 5,000 Unit Perlu Tukar Swingarm

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan program panggil semula membabitkan 5,000 unit Keeway XDV180 Evo susulan kemungkinan isu ketahanan pada komponen lengan ayun (swingarm assembly).

Menurut Keeway Malaysia, langkah tersebut dilaksanakan sebagai tindakan pencegahan bagi memastikan aspek keselamatan, ketahanan serta prestasi motosikal berkenaan terus berada pada tahap yang sepatutnya.

Sebagai sebahagian daripada program itu, unit yang terlibat akan menerima swingarm baharu dengan reka bentuk yang telah dipertingkatkan.

Komponen berkenaan dikatakan menawarkan tahap ketahanan lebih baik selain membantu memastikan kestabilan dalam penggunaan jangka panjang.

XDV180 Evo

Pemilik Disaran Semak Status Motosikal

Semua pemilik Keeway XDV180 Evo yang telah membeli model berkenaan sebelum ini disarankan membuat semakan bagi mengetahui sama ada motosikal mereka termasuk dalam program panggil semula tersebut.

Ads

Semakan boleh dilakukan menerusi laman rasmi program panggil semula Mforce di:

https://productrecall.mforceservice.my/

Sekiranya motosikal dikenal pasti terlibat, pemilik boleh menghubungi atau mengunjungi pengedar sah Keeway Malaysia tempat motosikal tersebut dibeli untuk menetapkan tarikh temu janji bagi proses penggantian.

Ads

Keeway Malaysia memaklumkan bahawa keseluruhan proses penggantian swingarm dilakukan tanpa sebarang bayaran, termasuk kos komponen baharu serta upah pemasangan.

Reka Bentuk Swingarm Baharu Dipertingkatkan

Program berkenaan dilaksanakan selepas terdapat kemungkinan isu berkaitan tahap ketahanan swingarm pada unit tertentu.

Bagi menangani perkara tersebut, Keeway Malaysia menyediakan komponen gantian yang menerima penambahbaikan dari aspek reka bentuk, khususnya bagi meningkatkan tahap ketahanan serta kestabilan ketika motosikal digunakan.

Ads

Pemilik yang terlibat digalakkan membuat pemeriksaan status secepat mungkin dan mendapatkan penggantian menerusi rangkaian pengedar sah bagi memastikan motosikal berada dalam keadaan yang disyorkan pengeluar.

Keeway Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan atas kerjasama sepanjang program tersebut berlangsung dan menegaskan komitmennya terhadap aspek keselamatan serta perkhidmatan selepas jualan.

Baca Juga : KEEWAY XDV180 EVO Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM9,388

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

MG Perluas Barisan MGS5 EV dengan Varian MGS5 EV COM Baharu

MG Perkenal MGS5 EV COM, Varian Baharu RWD Kini Bermula RM103,900 SAIC Motor Malaysia memperluaskan pilihan MGS5 EV di pasaran tempatan menerusi pengenalan varian baharu...