Ads

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Toyota Gazoo Racing Perkenal GR KART, Kart Perlumbaan Peringkat Permulaan Untuk Seisi Keluarga

Toyota Gazoo Racing (GR) memperluaskan lagi pendekatannya dalam pembangunan bakat permotoran menerusi pengenalan GR KART, sebuah kart perlumbaan peringkat permulaan yang dibangunkan khusus untuk memudahkan lebih ramai pengguna menceburi dunia sukan permotoran.

Dilancarkan di Jepun, GR KART memberi fokus kepada kanak-kanak dan keluarga, sekali gus cuba mengurangkan beberapa halangan utama dalam pemilikan kart seperti kos, pengangkutan, penyimpanan serta penyelenggaraan.

Menurut GR, karting merupakan antara pintu masuk paling asas untuk seseorang memahami kawalan kenderaan selain menjadi platform awal kepada ramai pelumba sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Direka Supaya Karting Lebih Mudah Didekati

Idea di sebalik GR KART sebenarnya cukup mudah. Toyota mahu pengalaman karting tidak hanya terhad kepada mereka yang mempunyai transporter khas, ruang penyimpanan besar atau pengetahuan teknikal mendalam.

Malah, GR KART direka supaya ia boleh dimuatkan ke dalam minivan seperti Toyota Noah atau Voxy tanpa perlu dibuka atau dileraikan terlebih dahulu.

Lebih menarik, kart ini turut boleh disimpan secara menegak. Sistem tangki minyak enjin, diaphragm carburetor tanpa float chamber serta kedudukan fuel filler direka bagi meminimumkan risiko kebocoran petrol ketika berada dalam posisi tersebut.

Pendekatan ini secara tidak langsung menjadikan pemilikan sebuah racing kart lebih praktikal untuk kegunaan keluarga biasa.

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Satu Kart Untuk Kanak-Kanak Hingga Dewasa

Antara ciri paling menarik pada GR KART ialah posisi pemanduan yang boleh dilaraskan.

Pedalnya boleh digelongsorkan, manakala steering wheel pula boleh dilaraskan sudutnya. Kedua-dua tetapan ini direka supaya boleh dilakukan dengan mudah.

Hasilnya, GR KART sesuai digunakan oleh individu dengan ketinggian sekitar 135 cm sehingga 185 cm, membolehkan sebuah kart dikongsi antara ahli keluarga berbeza usia dan saiz badan.

Ads

Toyota turut menyediakan ruang untuk memasang ballast sehingga 15 kg, selain lokasi khas untuk transponder bagi kegunaan perlumbaan.

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Penyelenggaraan Lebih Ringkas

Toyota juga cuba mengurangkan kerumitan yang biasanya dikaitkan dengan kart perlumbaan.

Sebagai contoh, GR KART menggunakan belt-drive system berbanding sistem rantai. Ia bukan sahaja mengurangkan masalah kotoran daripada minyak rantai, malah dilengkapi automatic tensioner yang menghapuskan keperluan melaras ketegangan belt secara berkala.

Enjinnya pula hadir dengan bateri self-charging terbina dalam, manakala diaphragm carburetor direka untuk mengurangkan kesan perubahan paras bahan api ketika kart melalui daya lateral.

Primer pump turut disediakan bagi memudahkan proses menyalurkan bahan api ke carburetor sebelum enjin dihidupkan.

Baca Juga: Kereta ‘First Batch’ Banyak Masalah? Betul Atau Tidak?

Ads

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Fokus Kepada Keselamatan Pelumba Baharu

Disebabkan GR KART dibangunkan untuk mereka yang baru mahu mengenali karting, aspek keselamatan diberi perhatian khusus.

Bumpernya direka bagi mengurangkan kemungkinan sebuah kart ‘memanjat’ tayar belakang kart lain ketika berlaku sentuhan. Ia turut menggunakan rear-hub stopper pin sebagai perlindungan tambahan sekiranya berlaku masalah pada hub belakang.

Bahagian tempat duduk pula direka supaya tangan pengguna mempunyai ruang selamat untuk berpaut ketika naik dan turun daripada kart, selain membantu melindungi tangan daripada terkena muffler yang panas.

Sistem pemasangan throttle cable juga diberi perhatian bagi mengurangkan risiko throttle tersangkut pada kedudukan terbuka.

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Enjin 215 cc, Berat Hanya 83 kg

Dari segi spesifikasi, GR KART mempunyai panjang 1,820 mm, lebar 1,160 mm dan tinggi hanya 670 mm, dengan wheelbase sepanjang 1,045 mm.

Berat keseluruhannya ialah sekitar 83 kg, termasuk minyak enjin tetapi tidak termasuk petrol.

Jentera satu tempat duduk ini menggunakan enjin berkapasiti 215 cc.

Ads

Di Jepun, Toyota menetapkan harga cadangan GR KART pada 385,000 yen, termasuk cukai penggunaan.

Buat masa ini, jualannya tertumpu kepada lokasi kart terpilih dan beberapa GR Garage di Jepun, dengan lebih banyak lokasi dirancang pada masa akan datang.

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Bukan Sekadar Jual Kart

Menariknya, Toyota tidak sekadar menghasilkan sebuah kart dan menyerahkannya kepada pelanggan.

GR KART disokong melalui aplikasi khusus GR app yang menyediakan bahan pembelajaran sebelum pembelian, video latihan serta kandungan yang membantu pengguna memahami asas pemanduan kart.

Pemilik juga boleh mendapatkan GR KART driver’s passport selepas melengkapkan beberapa proses pembelajaran dan latihan praktikal. Passport ini kemudiannya boleh digunakan sebagai bukti kelayakan untuk memandu GR KART di litar kart yang mengambil bahagian, tertakluk kepada syarat setiap litar.

Bagaimanapun, penyertaan dalam perlumbaan rasmi tertentu seperti SL Kart Meeting masih memerlukan lesen pertandingan khas.

gr kart

Laluan Baharu Ke Dunia Motorsport

GR KART mungkin tidak mempunyai kuasa besar atau teknologi aerodinamik ekstrem seperti jentera perlumbaan Toyota yang lain, tetapi matlamatnya jauh lebih asas.

Ia cuba menjadikan pengalaman mengawal sebuah jentera perlumbaan sebenar lebih mudah dicapai oleh golongan yang baru hendak bermula.

Dengan reka bentuk mudah disimpan, boleh dibawa menggunakan kenderaan keluarga, posisi pemanduan fleksibel dan penyelenggaraan yang lebih mesra pengguna, GR KART memperlihatkan satu pendekatan menarik Toyota Gazoo Racing dalam memperluaskan akar umbi sukan permotoran.

Kadangkala, perjalanan untuk menjadi seorang pelumba tidak semestinya bermula dengan sebuah kereta berkuasa tinggi. Ia mungkin sahaja bermula dengan sebuah kart kecil seberat 83 kilogram.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

MODENAS ELIT 150S Dapat Kemas Kini Baharu

MODENAS ELIT 150S Dapat Tiga Penambahbaikan, ECU Dikemas Kini dan Warna Baharu MODENAS memperkemaskan skuter ELIT 150S dengan tiga penambahbaikan produk, termasuk kemas kini pada...