Kereta hiper Red Bull RB17 telah diperkenalkan di Festival Kelajuan Goodwood 2024 di England, UK.
Jurutera Adrian Newey mempamerkan versi yang hampir siap untuk pengeluaran yang bernadikan enjin V10 1200hp (895kW) sebagai kenderaan terakhir beliau bersama Red Bull.
RB17 merupakan hypercar pertama yang dihasilkan oleh Red Bull Advanced Technologies (RBAT) secara persendirian dengan pembangunan diketuai oleh Newey dan pasukan teknikalnya.
Jejak RB17
Hypercar ini mengikuti jejak Aston Martin Valkyrie yang diumumkan pada 2016 dengan 150 unit pertama dihantar pada 2023. Newey juga terlibat sebagai sebahagian daripada kerjasama antara RBAT dan pembuat kereta Britain tersebut.
Namun, tidak seperti Valkyrie yang direka untuk jalan raya di pasaran tertentu, RB17 adalah model yang hanya untuk litar lumba.
Newey akan meninggalkan pasukan pada akhir 2024 selepas 19 tahun, menjadikan RB17 ciptaan terakhir beliau bersama Red Bull dan menutup legasi kejayaan sukan permotoran yang cemerlang.
Harga & Teknologi
RB17 dikatakan mampu mencapai masa pusingan kereta Formula One. Direka untuk membolehkan pemandu membina dan mengasah kemahiran memandu berkelajuan tinggi di litar. Dengan kelajuan tertinggi lebih daripada 350km/j.
Hanya 50 unit akan dihasilkan, setiap satu berharga sekitar £5 juta (RM29 juta) dan disesuaikan mengikut warna, tetapan, dan ciri-ciri lain pembeli.
Ads
“Sebab utama kami menghadkan pengeluaran kepada hanya 50 unit adalah kerana ini membolehkan kami menggunakan pembekal yang sama, dalaman dan luaran, seperti yang kami gunakan dalam Formula 1,” kata Newey kepada penerbitan UK Autosport.
Tempoh Pembangunan
RB17 dibangunkan selama empat tahun – bermula semasa perintah kawalan pergerakan COVID – dan menggunakan casis gentian karbon dan enjin petrol V10 4.5 liter yang dipasang di tengah yang menghasilkan 1000hp (746kW).
Transmisi yang dibangunkan Red Bull menggunakan gear Xtrac. Enjin V10 berputar hingga 15,000rpm dibangunkan oleh Red Bull Powertrains – pihak yang bertanggungjawab untuk enjin pasukan Formula One. Newey juga berusaha untuk mencipta semula bunyi era V10 Formula One yang berakhir pada 2005.
Kuasa dipertingkatkan sebanyak 200hp (149kW) – menjadikan jumlahnya 1200hp (895kW) – dengan motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang. Motor kedua pada gandar hadapan telah dipertimbangkan tetapi ditolak kerana beratnya, menyebabkan berat RB17 kurang daripada 900kg dan pacuan roda belakang.
“Ia mempunyai dua tempat duduk. Supaya anda boleh menikmatinya bersama pasangan, rakan atau jurulatih, dan mampu mencapai masa pusingan kereta Formula One,” kata Newey kepada Autosport.
Ads
“Dan ia boleh diakses oleh orang yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan. Mungkin tidak masuk akal untuk memandu ini (RB17) kali pertama anda di litar. Tetapi ia mampu menampung mereka yang mempunyai pengalaman litar yang agak terhad.”
Terdapat tiga jenis tayar, semua dibekalkan oleh Michelin termasuk tayar slick yang peka terhadap haba
Tambahan lain..
RB17 juga dilengkapi suspensi pushrod aktif untuk membantu melaraskan ketinggian dan mengawal olengan badan dan kebolehpemanduan. Badan kereta direka untuk mematuhi peraturan sukan Le Mans Hypercar (LMH), menjadikannya layak untuk perlumbaan kereta sukan tetapi memerlukan kerja yang lebih ketara untuk mengelakkan lubang fungsi pada badan yang menjejaskan gaya.
Sayap hadapan dan belakang adalah ‘aktif’ – bermakna ia bergerak sendiri untuk daya turun yang optimum apabila diperlukan. Red Bull mensasarkan 1700kg daya turun pada 150mph (241km/j). Bahagian dalaman kereta masih dalam pembangunan, dengan beberapa butiran teknikal akhir sedang dihalusi sebelum jualan kepada pelanggan.
Ads
Newey, 65, adalah jurutera yang disegani dalam Formula One. Sebagai Ketua Pegawai Teknikal Kumpulan untuk Red Bull Racing, beliau bertanggungjawab merancang kereta lumba RB19 yang dipandu oleh Max Verstappen – turut meraih tiga gelaran dunia pada 2021, 2022 dan 2023.
Beliau menyertai Red Bull Racing pada 2006 tetapi telah mengumumkan akan meninggalkan pasukan pada akhir 2024. Ini menyebabkan tawaran kewangan besar-besaran untuk menyertai pasukan lain termasuk Ferrari dan McLaren. Namun jurutera Britain itu mungkin akan bersara.
Honda kembali membuat kejutan dalam dunia motosikal dengan pengumuman enjin V-3 baharu yang bakal mencipta sejarah.
Ketika banyak pengeluar kenderaan kini lebih menumpukan pada teknologi elektrik dan meninggalkan pembangunan enjin pembakaran dalaman. Honda mengambil langkah berani memperkenalkan enjin V-3 dengan sistem induksi paksaan pertama di dunia.
Buat masa ini
Maklumat penuh mengenai enjin ini masih dirahsiakan, namun ada beberapa fakta menarik yang telah didedahkan. Enjin V-3 ini direka khas untuk motosikal berkuasa besar dan menggunakan sistem penyejukan air dengan susunan piston berbentuk “V” pada sudut 75 darjah.
Rekaan ini menggabungkan dua piston yang condong ke hadapan di satu sisi, sementara satu lagi piston condong ke belakang di sisi lain. Reka bentuk ini membolehkan enjin menjadi lebih kompak dan ramping, satu ciri yang penting bagi motosikal berkuasa besar.
Ciri Utama
Salah satu ciri utama enjin ini ialah sistem induksi paksaan yang menggunakan pemampat elektrik untuk mengawal mampatan udara yang disedut sepanjang julat pusingan enjin.
Ini bukan sahaja meningkatkan tork pada kelajuan rendah, tetapi juga memberikan kebebasan yang lebih besar dari segi rekaan. Menariknya, Honda berjaya mereka sistem ini tanpa memerlukan intercooler. Satu kelebihan besar memandangkan ruang dalam motosikal yang terhad.
Enjin yang lebih ringkas
Honda menekankan bahawa enjin ini memberi fleksibiliti luar biasa kepada jurutera mereka dari segi reka bentuk. Oleh kerana tiada keperluan untuk intercooler, enjin ini juga lebih ringkas, membolehkan Honda menyesuaikannya pada pelbagai model.
Dengan potensi untuk menghasilkan kuasa tork yang lebih tinggi walaupun pada RPM rendah. Enjin ini dijangka menawarkan pengalaman menunggang yang luar biasa bagi penggemar motosikal berkuasa besar.
Walaupun Honda belum mengesahkan model motosikal yang akan dilengkapi enjin ini. Ramai pemerhati berpendapat ia mungkin akan dilihat pada model seperti CB1000R dalam beberapa tahun akan datang. Jika ini benar, penggemar Honda bakal menikmati motosikal berkuasa tinggi yang memanfaatkan teknologi termaju dengan rekaan yang lebih padat dan responsif.
Pembangunan enjin V-3,
Induksi paksaan ini bukan sahaja membawa inovasi baharu dalam dunia motosikal tetapi juga membuktikan bahawa Honda masih bersemangat dalam mempertingkatkan teknologi enjin pembakaran dalaman walaupun banyak pengeluar lain beralih ke teknologi elektrik.
Dengan fokus pada pengeluaran besar-besaran untuk model-model berkapasiti besar. Honda dijangka akan terus menarik minat peminat motosikal yang dahagakan prestasi tinggi serta teknologi terkini dalam pakej yang elegan dan mantap.
Secara keseluruhan, pengumuman ini membawa harapan besar untuk peminat motosikal yang sentiasa menginginkan teknologi enjin yang unik dan berkuasa.
Buat masa ini, kita hanya boleh menantikan lebih banyak perkembangan daripada Honda dan bersedia untuk menyaksikan inovasi terbaharu mereka meluncur di jalanan. Apa pun model yang akan menjadi hos kepada enjin V-3 ini, Honda pasti memberikan pengalaman menunggang yang mengujakan.
Porsche kembali mencuri perhatian dengan memperkenalkan Macan EV 2025. Versi elektrik penuh untuk SUV popular mereka. Dengan menggabungkan kehebatan pengendalian ikonik Porsche dan prestasi pecutan serta-merta daripada motor elektrik. Model ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang serba menyeronokkan.
Bukan hanya sebuah SUV yang hebat untuk memandu. Macan EV juga praktikal, dengan ruang kargo yang luas dan tempat duduk belakang mesra dewasa.
Apa yang Baharu untuk 2025?
Barisan Macan EV kini disertai model asas dengan pacuan roda belakang yang dilengkapi motor elektrik tunggal menghasilkan 355 kuasa kuda. Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 5.4 saat.
Di hujung spektrum, model 4S yang baru diperkenalkan pula menawarkan dua motor elektrik dengan kuasa gabungan 442 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.9 saat.
Semua model dilengkapi suspensi udara standard. Manakala model 4S dan Turbo boleh ditingkatkan dengan sistem kawalan tork untuk pengendalian lebih tajam. Warna baharu, Slate Gray Neo, dan reka bentuk roda 20-inci juga kini tersedia. Memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli.
Prestasi dan Pemanduan
Macan EV menawarkan pelbagai pilihan trenkuasa:
Model asas dengan motor belakang tunggal menghasilkan 355 hp.
Model 4 dengan dua motor menghasilkan 402 hp.
Model 4S dengan 509 hp.
Model Turbo dengan kuasa mengagumkan 630 hp, mampu mencapai kelajuan maksimum 259 km/j.
Semua model didatangkan dengan sistem pacuan semua roda kecuali model asas. Pecutan setiap varian semakin laju, tetapi pengalaman pengendalian tetap mengagumkan pada mana-mana trim. Dengan pusat graviti yang rendah kerana pek bateri, Macan EV memberikan kestabilan luar biasa ketika mengambil selekoh.
Jarak, Pengecasan, dan Bateri
Macan EV dilengkapi bateri 95.0 kWh yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 270 kW. Ini bermakna pengecasan dari 10% hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 21 minit.
Untuk pengecasan biasa 400-volt, bateri ini boleh berfungsi sebagai dua unit 400-volt, mempercepatkan proses pengecasan.
Jarak pemanduan bergantung pada varian:
Model asas (RWD): sehingga 507 km.
Model 4: sehingga 495 km.
Model 4S dan Turbo: sekitar 463 km.
Reka Bentuk Dalaman dan Kemudahan
Bahagian dalaman Macan EV memaparkan bahan mesra alam seperti kerusi tanpa kulit dan permaidani daripada nilon kitar semula. Ruang kargo belakangnya menawarkan kapasiti 509 liter, ditambah dengan ruang simpanan kecil di bahagian depan sebanyak 82 liter. Tempat duduk belakang boleh dilipat untuk memperluaskan ruang kargo hingga 1316 liter.
Sistem infotainment menggunakan skrin 10.9-inci dengan pilihan skrin tambahan untuk penumpang hadapan. Sistem ini serasi dengan Apple CarPlay dan mempunyai pembantu suara yang diaktifkan melalui arahan “Hey Porsche.”
Harga dan Pilihan
Harga bermula sekitar RM355,000 untuk model asas dan boleh mencecah hingga RM490,000 untuk varian Turbo (pasaran Amerika). Porsche juga menawarkan pelbagai pakej pilihan untuk menyesuaikan SUV ini mengikut citarasa pembeli.
Pada penghujung 80-an, Gilera, sebuah jenama motosikal Itali, memperkenalkan prototaip Gilera CX pada tahun 1989.
Direka oleh Federico Martini, yang turut terlibat dalam projek Bimota DB1 dan Tesi, motosikal ini bertujuan untuk menarik minat golongan muda Itali.
Pada Pameran Bologna 1990, Gilera melancarkan versi produksi CX125, yang kemudiannya tiba di pasaran pada tahun 1991.
Motosikal ini kelihatan seolah-olah datang dari masa depan, dengan rekaan yang menggabungkan elemen teknologi canggih pada zamannya. CX125 turut membuka jalan bagi pembangunan motosikal unik lain, walaupun model seperti Yamaha GTS dan Bimota Tesi lebih menonjol dalam kalangan peminat.
Ciri-ciri Unik CX125
CX125 dilengkapi enjin dua lejang 125cc yang menghasilkan 28 hp pada 10,500 rpm. Walaupun enjin kecil ini tidak sehebat pesaingnya yang menggunakan enjin lebih besar seperti V-twin atau V4, casis motosikal ini sangat mengagumkan dan jauh mendahului zamannya.
Sistem Suspensi SSS
Keunikan CX125 turut terletak pada sistem suspensi tunggalnya yang revolusioner. Fork depan tunggal dan swingarm memberikan motosikal ini rupa futuristik. Suspensi depan yang terbalik separa menyumbang kepada peningkatan “rigidity” sebanyak 40% dan pengurangan berat sebanyak 30%.
Sistem Brek dan Rangka
Dengan berat hanya 120kg, motosikal ini menggunakan cakera brek tunggal dengan angkup empat piston dan roda bersaiz 17 inci. Rangka motosikal yang terdiri daripada besi berkembar berperanan menyatukan keseluruhan struktur, walaupun ia hanya seberat 10kg.
Penampilan Futuristik
Walaupun pengeluaran motosikal ini dihentikan pada 1993, rekaan futuristiknya terus memberi inspirasi kepada model-model lain seperti Moto Guzzi Diamante pada 2009.
Kini, Gilera lebih dikenali sebagai pengeluar skuter, tetapi legasi CX125 sebagai motosikal dengan rekaan berani tetap dikenang dalam kalangan peminat motosikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
KIA SPORTAGE BAHARU: SUV KELUARGA YANG MENAWAN
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan generasi kelima Kia Sportage yang...