Langkah PROTON

PROTON kini melangkah ke fasa baru dalam usahanya menakluki pasaran antarabangsa dengan memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) model Proton Saga di Mesir. 

Langkah ini dilihat sebagai salah satu strategi penting bagi memperluaskan pengaruhnya di peringkat global. 

Sebagai tanda rasmi pelancaran, majlis pelepasan 120 unit pek CKD Proton Saga versi pemanduan sebelah kiri (LHD) telah diadakan di Ibu Pejabat Pusat Kecemerlangan Proton – Centre of Excellence Proton.

Majlis tersebut disaksikan oleh tetamu kehormat, termasuk TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Mesir ke Malaysia, Datuk Hanafi Sakri dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, serta Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton. Kehadiran mereka menandakan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan Mesir dalam bidang automotif.

PROTON Meluaskan Sayap ke Mesir

Strategi PROTON

Mengulas mengenai acara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, menyatakan bahawa jualan eksport merupakan elemen utama dalam strategi jangka panjang Proton. 

Dengan permulaan operasi CKD di Mesir, Proton kini mempunyai lima kilang luar negara yang terlibat dalam aktiviti pemasangan CKD dan SKD. 

Kerjasama dengan rakan kongsi Mesir, Ezz Elarab, yang bermula sejak 2004, telah membolehkan hampir 17,000 unit kenderaan dieksport ke Mesir setakat ini.

Pengembangan terbaru ini dijangka melonjakkan angka eksport dengan lebih 1,400 unit dirancang untuk dihantar ke Mesir pada 2024. 

Proton juga merancang untuk meningkatkan pemasangan tempatan bermula Disember tahun ini di kilang Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF). 

Sasaran kapasiti pengeluaran untuk 2025 ialah 5,000 unit Proton Saga, sekali gus memperkukuh kehadiran Proton di pasaran Mesir.

PROTON Meluaskan Sayap ke Mesir

Menurut Steven

Menurut Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, pemasangan tempatan di Mesir bukan sahaja memenuhi matlamat kerajaan Mesir untuk mengurangkan import kenderaan CBU. 

Namun untuk mencipta peluang pengembangan di masa depan. Proton berhasrat menjadikan Mesir sebagai pusat eksport kenderaan mereka bagi rantau Afrika Utara. Seiring dengan pelancaran model-model baru di masa akan datang.

Bagi tiga tahun pertama hingga akhir 2026, Proton menjangkakan pendapatan eksport CKD ke Mesir mencecah RM570 juta. Tambahan RM20 juta dari eksport alat ganti. Ini menunjukkan potensi besar bagi perkembangan jenama Proton di rantau tersebut.

PROTON Meluaskan Sayap ke Mesir

Kerjasama PROTON

Proton juga sedang giat bekerjasama dengan vendor tempatan dan antarabangsa untuk mengurangkan kos komponen. Dalam pada itu, membangunkan rantaian bekalan bagi operasi pengeluaran luar negara. 

Ini bukan sahaja memberi faedah jangka panjang kepada Proton, tetapi juga menyumbang kepada perkembangan industri automotif global.

Dengan usaha-usaha ini, Proton terus kukuh sebagai pengeksport utama kenderaan Malaysia. Penubuhan kilang CKD di Mesir menjadi satu lagi pencapaian penting dalam sejarah perkembangan jenama ini di peringkat antarabangsa.

Dari Careta

Baca Juga Proton Lancar X70 2025 di Sabah dan Sarawak

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI