Berita baik untuk peminat skuter dan motosikal kembara! ZONTES kini memperkenalkan model terbaharunya di Malaysia, iaitu ZONTES 368G Adventure Scooter

Dengan harga asas RM28,800, model ini boleh didapati di pengedar sah seluruh Malaysia. Skuter ini direka khas untuk memenuhi keperluan perjalanan harian di bandar dan pengembaraan ringan di luar jalan raya.

Untuk penampilan yang bergaya, ZONTES 368G hadir dengan tiga pilihan warna menarik: Iron Grey dengan Blue, White dengan Gold, dan Golden Stone Green. Tangki minyak berkapasiti 17.5 liter mampu membawa anda sejauh 500 km dengan hanya satu isian penuh – menggunakan hanya 3.5 liter untuk setiap 100 km.

Dikuasakan oleh enjin 368 cc silinder tunggal, ia menghasilkan tenaga maksimum 38.2 HP dan tork 40 Nm. Sama ada anda ingin memecut laju di jalan raya atau menjimatkan tenaga, mod tunggangan Sport dan Eco boleh ditukar dengan mudah.

ZONTES 368G Adventure – Skuter Kembara Terbaharu Di Pasaran Malaysia!

Ciri Moden dan Praktikal

ZONTES 368G dilengkapi dengan paparan skrin TFT LCD 8 inci yang memberikan maklumat perjalanan secara langsung dengan paparan yang mesra pengguna. Nilai estetik lain termasuklah pilihan tema paparan mengikut citarasa pengguna. Skrin ini juga boleh disambungkan ke peranti pintar dan sistem interkom topi keledar.

Ads

Untuk keselesaan tambahan, skuter ini menyediakan tempat duduk yang lebar dengan kusyen empuk seperti sofa serta ruang storan besar 52 liter yang boleh memuatkan dua helmet. 

Tambahan pula, grip pemanas pada handlebar memberikan keselesaan pada hari-hari sejuk dan hujan. Terdapat tiga port pengecasan Type-C kalis air untuk mengecas peranti semasa perjalanan.

Tayar pelbagai guna pada ZONTES 368G direka untuk menakluk jalan bandar mahupun laluan tidak berturap. Aplikasi ZONTES Intelligent App turut membolehkan pemilik mengawal motosikal, menyemak maklumat kenderaan, dan mengakses sejarah perjalanan dengan mudah.

ZONTES 368G Adventure – Skuter Kembara Terbaharu Di Pasaran Malaysia!

Ads

Keselamatan di Jalan Raya

ZONTES tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Skuter ini dilengkapi sistem brek kaliper radial empat piston jenama J.Juan dari Sepanyol yang memberikan kawalan brek yang mantap. Penyerap hentakan boleh laras jenis terbalik membantu menstabilkan perjalanan di permukaan yang kasar.

Selain itu, terdapat ciri rakaman video hadapan dan belakang berdefinisi tinggi untuk mendokumentasikan perjalanan anda serta ciri keselamatan seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), dan sistem ABS dwi-saluran boleh tukar.

ZONTES 368G Adventure – Skuter Kembara Terbaharu Di Pasaran Malaysia!

Komitmen ZONTES kepada Pelanggan

ZONTES sentiasa komited terhadap kepuasan pelanggan. Sebagai tindak balas kepada isu kekurangan alat ganti yang dibangkitkan sebelum ini, langkah-langkah telah diambil untuk meningkatkan stok alat ganti dan memperkukuh kerjasama dengan ibu pejabat ZONTES.

Ads

Untuk maklumat lanjut mengenai ZONTES 368G, layari laman rasmi ZONTES Malaysia di https://zontesmalaysia.com.

Dari ZONTES Malaysia

Baca Juga Honda Forza 750 2025, Skuter Maxi dengan Teknologi Terkini

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI