Yamaha secara rasmi memperkenalkan Ténéré 700 ABS 2025 di Jepun pada 31 Mac. Dengan pelbagai kemaskini dari segi reka bentuk, teknologi, dan prestasi.
Model terbaru ini masih mengekalkan identiti lasak Ténéré, tetapi hadir dengan beberapa pembaharuan yang meningkatkan pengalaman tunggangan, terutama di laluan off-road.
Enjin Berkuasa & Pendikit Elektronik YCC-T
Ténéré 700 ABS 2025 masih menggunakan enjin 688 cc DOHC, dua silinder sebaris yang mampu menghasilkan 73 PS pada 9,000 rpm dan 68 Nm pada 6,500 rpm.
Namun, peningkatan utama terletak pada Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T), sistem pendikit elektronik baharu yang memastikan penghantaran kuasa lebih linear dan lancar dalam setiap julat rpm.
Selain itu, Yamaha turut menyesuaikan bentuk sistem kemasukan udara dan meningkatkan daya kilas pada rpm rendah. Hasilnya, motosikal ini lebih responsif di laluan berbatu dan jalan lasak pada kelajuan rendah.
Warna Biru Lembut
Mod Tunggangan & Sistem Kawalan Cengkaman
Bagi menyesuaikan motosikal dengan pelbagai situasi tunggangan, Yamaha menawarkan dua mod tunggangan:
Mod Sport – Memberikan respons pendikit lebih agresif, sesuai untuk aksi lasak di laluan mencabar. Mod Explorer – Penghantaran kuasa lebih lancar untuk perjalanan jauh dan tunggangan santai.
Ads
Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) juga diperkenalkan bagi membantu kestabilan dengan mengelakkan gelinciran tayar berlebihan.
Penunggang boleh memilih untuk mengaktifkan atau mematikan sistem ini mengikut keperluan.
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pula mempunyai tiga tetapan: Kedua-dua roda aktif. Kedua-dua roda dimatikan. Hanya roda depan aktif.
Kelabu Kusam
Suspensi Ditingkatkan – Lebih Stabil & Selesa
Bagi menyesuaikan diri dengan pelbagai permukaan jalan, Yamaha menambah baik sistem suspensi dengan fork 43 mm yang diperbaharui bersama pelaras pramuatan. Hasilnya, kawalan lebih stabil dengan maklum balas cengkaman tayar lebih baik.
Suspensi belakang turut dinaik taraf dengan penyerap hentak tunggal dan tangki simpanan minyak, memberikan perjalanan suspensi lebih panjang. Dengan ciri ini, motosikal sukar untuk termampat sepenuhnya (bottom out) walaupun dalam keadaan mencabar.
Ads
Warna Biru Lembut
Ergonomik & Reka Bentuk Baharu
Yamaha turut menyesuaikan rekaan tangki minyak untuk memberikan kedudukan menunggang yang lebih selesa dan memudahkan pergerakan ketika menunggang di laluan lasak. Selain itu: Tuil cekam diubah suai bagi kawalan lebih baik. Pelindung kaki direka untuk mengelakkan gangguan ketika memakai but. Pemijak kaki lebih besar, dengan getah boleh ditanggalkan bagi cengkaman lebih baik di laluan off-road.
Dari segi rekaan, lampu utama LED empat unit kini berbentuk segi empat dan dipasang lebih tinggi untuk pencahayaan lebih baik. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Biru, Kelabu Kusam, dan Biru Lembut yang diinspirasikan daripada model rali Yamaha era 80-an.
Warna – Biru
Teknologi Moden – TFT 6.3 Inci & Y-Connect
Satu lagi penambahan menarik adalah skrin TFT 6.3 inci dengan dua tema pilihan: Explorer – Untuk bacaan lebih jelas dalam keadaan lasak. Street – Untuk tunggangan harian dan perjalanan jauh.
Skrin ini boleh dikawal dengan suis pemegang bersepadu, dan motosikal ini juga dilengkapi dengan port pengecas USB-C sebagai ciri standard.
Ads
Tambahan pula, sistem Y-Connect membolehkan motosikal dihubungkan ke telefon pintar untuk mendapatkan makluman panggilan dan mesej, serta navigasi Google Maps secara turn-by-turn.
Warna -Biru Lembut
Harga & Ketersediaan
Di Jepun, Yamaha Ténéré 700 ABS 2025 ditawarkan pada harga 1,474,000 yen (RM42,610). Dengan peningkatan dari segi teknologi, keselesaan, dan keselamatan, motosikal ini bakal menjadi pilihan utama bagi peminat adventure touring yang mencari jentera lasak, canggih, dan berkuasa.
Suzuki baru-baru ini memperkenalkan SUV off-road versi yang lebih praktikal daripada sebelumnya dengan melancarkan Suzuki Jimny lima pintu pada awal tahun ini. Model ini dihasilkan secara eksklusif di kilang Gurugram, India dan ia membawa beberapa pembaharuan yang menarik.
Suzuki berhasrat untuk memperluaskan jangkauan pasaran model ini dan menurut laporan terkini dari laman Autocar India, model ini akan segera dieksport ke Jepun.
C.V. Raman, Ketua Pegawai Teknologi Maruti Suzuki, telah mengesahkan bahawa Jimny 5-pintu akan diperkenalkan secara rasmi di pasaran Jepun. Ini adalah berita besar kerana ia akan menambah lagi pilihan model Suzuki di negara matahari terbit itu.
Kredit Foto: Suzuki Cars
Suzuki Jimny 5-pintu memiliki panjang 3,985 mm, menjadikannya lebih panjang sebanyak 505 mm berbanding model Jimny tiga pintu. Tambahan jarak antara roda sebanyak 304 mm memberikan lebih banyak ruang di dalam kabin, menjadikan model ini lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Walaupun lebih besar, model ini masih dikuasakan oleh enjin 1.5 liter NA yang menghasilkan 103 hp dan tork sebanyak 134 Nm. Ini bermaksud anda masih boleh mengharapkan prestasi yang tangkas daripada model ini.
Bagi peminat EV (kenderaan elektrik), Suzuki juga mempunyai berita menarik. Pada awal tahun hadapan, mereka akan memperkenalkan beberapa model EV untuk pasaran Eropah, termasuk Suzuki Jimny EV.
Kredit Foto: Suzuki Cars
Ini adalah tanda yang jelas bahawa Suzuki sedang mengambil langkah positif ke arah mobiliti lestari dengan memasukkan teknologi elektrik ke dalam rangkaian model mereka.
Jadi, dalam masa terdekat, penggemar Suzuki dan peminat Jimny boleh menantikan kehadiran Jimny 5-pintu yang lebih praktikal di pasaran Jepun sambil menyambut kedatangan versi EV yang lebih mesra alam di Eropah. Suzuki terus bergerak ke hadapan dengan inovasi dan penawaran model yang menarik.
1 of 12
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Permintaan untuk menggunakan cermin kereta gelap pada kenderaan peribadi di Malaysia semakin meningkat. Namun begitu, pengguna kenderaan masih perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Peraturan mengenai penggunaan cermin kereta gelap telah diwujudkan melalui pindaan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang mula dikuatkuasakan pada 8 Mei 2019.
Penguatkuasaan peraturan ini memberi kelegaan kepada pengguna kenderaan peribadi kerana cermin gelap dapat membantu mengurangkan haba dan silau yang masuk ke dalam kenderaan, selain dari meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.
Kredit – Vort-X
Berikut adalah perincian peratus ketelusan cahaya (VLT) mengikut spesifikasi JPJ (dikemaskini, Mei 2019) pada cermin kenderaan anda:
– Cermin Hadapan: 70% VLT
– Sisi Hadapan: 50% VLT
– Sisi Belakang: Tiada had peratus VLT, dengan syarat kenderaan dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang.
– Cermin belakang: Tiada had peratus VLT, dengan syarat kenderaan dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang.
Kredit – Vort-X
Bagi pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan mengenai cermin kereta gelap, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Dalam kes berulangan, denda boleh meningkat hingga RM4,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya.
Penting untuk semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lebih terjamin. Selain itu, maklumat lanjut mengenai peratus ketelusan cahaya (VLT) cermin gelap, syarat permohonan, dan dokumen yang diperlukan boleh diperolehi melalui JPJ.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah memperkenalkan dua model baharu. Camry 2025 dan Corolla Cross 2025, di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024).
Pelancaran ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Toyota sebagai peneraju teknologi automotif, tetapi juga menunjukkan komitmennya terhadap inovasi mobiliti yang lestari dan memenuhi gaya hidup moden.
Toyota menawarkan pelbagai pilihan mobiliti, termasuk enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik hibrid (HEV), dan varian GR Sport yang berorientasikan prestasi. Ini memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.
Camry 2025 – Elegan dan Teknologi Canggih
Camry 2025 generasi ke-9 menetapkan piawaian baharu dalam segmen sedan dengan kombinasi reka bentuk mewah, prestasi hebat, dan teknologi terkini. Model ini hadir dengan varian 2.5 HEV yang menggunakan Sistem Hibrid Generasi Ke-5 Toyota.
Ia menggabungkan enjin Dynamic Force berkuasa tinggi dengan bateri lithium-ion. Memberikan pemanduan yang responsif, pelepasan karbon rendah, dan kecekapan bahan api terbaik.
Dari segi luaran, reka bentuk “Hammerhead” baharu yang diinspirasikan daripada Toyota Crown menyerlahkan gaya dinamik dan sofistikated. Tirai udara aerodinamik turut meningkatkan kestabilan pemanduan.
Ruang dalaman pula mengutamakan keselesaan dengan tempat duduk berpenyejuk, roda stereng mewah, dan paparan multimedia 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Camry 2025 ditawarkan pada harga bermula RM248,800, dengan pilihan enam warna premium, termasuk Cement Grey dan Emotional Red.
Corolla Cross 2025 – SUV Bandar untuk Semua
Corolla Cross 2025 baharu mengangkat standard SUV bandar dengan reka bentuk yang moden dan teknologi terkini. Ia hadir dalam tiga varian menarik, termasuk varian GR Sport HEV pertama yang menonjolkan prestasi sporty dengan talaan suspensi khas dan bumbung hitam dua tona eksklusif.
SUV ini dilengkapi Sistem Elektrik Hibrid Toyota yang menawarkan pemanduan lancar dan kecekapan bahan api yang cemerlang. Bahagian dalaman menampilkan aksen coklat gelap premium, paparan MID digital 12.3 inci. Serta sistem audio paparan 10.1 inci dengan sokongan tanpa wayar untuk Apple CarPlay dan Android Auto.
Corolla Cross 2025 bermula pada harga RM133,800 untuk varian 1.8V. Manakala varian GR Sport HEV ditawarkan pada harga RM148,800. Pilihan warna baharu seperti Dark Turquoise turut disertakan.
Corolla Cross HEV
Jaminan Toyota untuk Ketahanan Maksimum
Camry 2025 dan Corolla Cross 2025 hadir dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. Teknologi hibrid pula disokong oleh jaminan lapan tahun tanpa had perbatuan, termasuk bateri dan komponen utama. Pemilik juga boleh melanjutkan jaminan hibrid sehingga 10 tahun untuk ketenangan minda tambahan.
Rasai pengalaman pemanduan masa depan bersama Toyota! Layari www.toyota.com.my atau kunjungi bilik pameran Toyota terdekat untuk mengetahui lebih lanjut. Bersama Toyota, nikmati inovasi dan kelestarian yang membawa anda ke hadapan.
Lando Norris memulakan musim 2025 dengan penuh keyakinan selepas menukar kedudukan petak pertama kepada kemenangan dalam Grand Prix Australia yang penuh drama. Perlumbaan ini menyaksikan...