Ads

Aveta Buka Elite Centre Baharu di Shah Alam!

Aveta Buka Elite Centre Baharu di Shah Alam, Nova 250 G Elite Edition Terhad 128 Unit

Aveta Malaysia terus memperluaskan rangkaian pengedarnya dengan pembukaan rasmi G Elite Motor, Aveta Elite Centre terbaharu yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Pembukaan pusat baharu ini menjadi sebahagian daripada usaha untuk memudahkan pemilik dan bakal pelanggan mendapatkan akses kepada jualan, servis serta sokongan selepas jualan di satu lokasi.

Aveta Buka Elite Centre Baharu di Shah Alam!

Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti di Bawah Satu Bumbung

Berbeza daripada sebuah bilik pameran biasa, G Elite Motor menawarkan konsep pusat bersepadu yang merangkumi ruang pameran motosikal, pusat servis dan kemudahan alat ganti.

Pendekatan ini membolehkan pelanggan melihat sendiri rangkaian motosikal Aveta sebelum mendapatkan khidmat penyelenggaraan serta sokongan selepas jualan di lokasi sama.

Ia juga selari dengan langkah mereka untuk memperkukuhkan rangkaian pengedar sah, pusat servis dan stokis di seluruh negara.

Ads

aveta

Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan

Menariknya, pembukaan pusat ini turut disertai dengan pengenalan Nova 250 G Elite Edition.

Model edisi khas berkenaan hanya ditawarkan menerusi G Elite dan pengeluarannya terhad kepada 128 unit sahaja.

Antara kelainan yang diberikan termasuk skema warna eksklusif, grafik khas serta nombor siri individu pada setiap unit, sekali gus membezakannya daripada Nova 250 versi standard.

Ads

Aveta Nova 250 G Elite Edition ditawarkan pada harga RM14,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Fokus kepada Pengalaman Pemilikan

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim, setiap pembukaan Aveta Elite Centre baharu memainkan peranan penting dalam mendekatkan jenama itu dengan pelanggan.

Selain memudahkan proses pembelian motosikal, rangkaian pengedar turut bertanggungjawab memastikan pemilik memperoleh sokongan dan perkhidmatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemilikan.

Ads

mereka juga terus memberi perhatian kepada aspek selepas jualan melalui pengembangan pusat servis serta inisiatif seperti Aveta Care on Wheels, yang bertujuan memberikan lebih kemudahan kepada pemilik motosikal jenama berkenaan.

Pembukaan G Elite Motor di Shah Alam bukan sahaja menambah satu lagi lokasi dalam rangkaian Elite Centre, malah memperlihatkan usaha untuk memperkukuhkan kehadirannya dalam pasaran motosikal tempatan melalui sokongan jualan dan selepas jualan yang lebih menyeluruh.

Baca Juga: Nissan Frontier Pro / Navara Pro Buka Era Baharu Pikap

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Porsche Tingkat Pegangan Dalam Manthey Racing!

Porsche Tingkat Pegangan Dalam Manthey Racing Kepada 67 Peratus, Fokus Prestasi Kini Lebih Serius Porsche AG terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen kereta berprestasi tinggi apabila...