Ads

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

MINI JCW GP Inspired Edition – Aura Litar Dalam Bentuk Jalan Raya

Bagi mereka yang mahukan model MINI dengan karakter yang lebih agresif, MINI Malaysia turut memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition. Dibangunkan berasaskan model JCW, edisi ini diinspirasikan terus daripada MINI GP 2021 iaitu model MINI paling ekstrem pernah dihasilkan.

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

DNA GP

Nama GP dalam dunia MINI bukan sekadar badge biasa. Ia melambangkan prestasi maksimum, pengurangan berat dan keupayaan pemanduan yang fokus kepada litar.

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

Edisi GP Inspired ini membawa elemen tersebut ke dalam pakej yang masih praktikal untuk kegunaan harian, tanpa mengorbankan keseronokan pemanduan.

Rekaan Luaran yang Agresif & Aerodinamik

Dari segi penampilan, model ini tampil dengan warna Racing Grey metalik yang memberikan aura premium dan sporty.

Ia turut dilengkapi JCW Aero Kit lengkap termasuk spoiler belakang, serta elemen sayap kecil pada bahagian depan, sisi dan belakang untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik.

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

Ads

Grafik GP pada bonet, sisi dan tiang C menambahkan lagi identiti sebagai model berinspirasikan litar.

Bahagian Dalaman 

Ruang kabin MINI JCW GP Inspired Edition mengekalkan tema sporty dengan elemen eksklusif seperti pelapik lantai khas bercorak unik dan aksesori berinspirasikan GP.

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

Setiap perincian direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih ‘driver-focused’, menjadikan setiap perjalanan terasa seperti berada di litar perlumbaan.

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

Ads

Prestasi 

Di bawah bonet, model ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TwinPower Turbo yang menghasilkan 170 kW (231 hp) dan 380 Nm tork.

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

Gabungan ini memberikan pecutan pantas, respon pendikit yang tajam serta pengendalian yang cukup dinamik  sesuai untuk pemandu yang mahukan pengalaman lebih ‘raw’ dan menyeronokkan.

Pemilikan & Teknologi

Seperti varian MINI lain, model ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Bantuan Tepi Jalan 24 jam, sistem servis dalam talian serta integrasi MINI ConnectedDrive.

Ads

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

Sistem ini membolehkan pemilik mengakses maklumat kenderaan secara masa nyata, selain menerima kemas kini perisian tanpa wayar.

Harga MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

MINI JCW GP Inspired Edition ditawarkan pada harga:

  • RM333,888 (standard)
  • RM345,988 (dengan Servis & Pembaikan Inklusif MINI)

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition

MINI JCW GP Inspired Edition adalah pilihan tepat untuk mereka yang mahukan sebuah hatchback kompak dengan karakter litar yang jelas.

Baca Juga : MINI Malaysia Perkenal Model Edisi Khas MINI 1965 Victory Edition

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

VOGE FR150 Cub Prix Jadi Pilihan Utama Musim 2026

Tiga pasukan perlumbaan tempatan disahkan akan menggunakan jentera VOGE FR150 Cub Prix dalam saingan Malaysian Cub Prix Championship 2026 bagi kategori Pro-Am, sekali gus...