Marc Marquez dari Sepanyol, juara dunia MotoGP sebanyak enam kali, akan menyertai Ducati Factory Team pada tahun 2025 dan bergandingan dengan juara bertahan Francesco Bagnaia.
Marquez, yang kini menunggang untuk Gresini – pasukan satelit Ducati yang disertainya pada awal 2024 selepas 11 musim bersama Honda – akan menggantikan pelumba Itali, Enea Bastianini, dengan kontrak dua tahun, seperti yang diumumkan oleh pasukan tersebut pada hari Rabu.
Marquez, 31 tahun, belum memenangi sebarang perlumbaan sejak Oktober 2021 dan kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan setakat pertengahan musim ini.

“Saya sangat gembira dapat memakai warna merah Ducati Factory Team dalam MotoGP musim depan,” kata Marquez. “Saya gembira dapat mengambil langkah besar ini pada 2025 dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Ducati kepada saya.”
Kedatangan Marquez ke pasukan juara dunia itu telah dijangkakan selepas pengumuman pada hari Isnin. Pelumba yang sedang meningkat naik, Jorge Martin, akan menyertai Aprilia dari Ducati-Pramac, satu lagi pasukan satelit Ducati.
Marquez, dengan 136 mata, kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan Kejuaraan Dunia Pelumba MotoGP 2024. Di belakang Martin yang mengumpul 171 mata dan Bagnaia dengan 153 mata.
Kredit – Al-Jazeera
Baca: MotoGP™ Perbaharui Polisi Jentera Perlumbaan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
F1 – Verstappen Takluk Imola, McLaren Curi Tumpuan di Belakang

Max Verstappen kembali tunjuk taring di litar Imola dengan merangkul kemenangan kedua musim ini dalam Grand Prix Emilia-Romagna yang penuh drama. Walaupun bermula di P2, juara dunia empat kali itu berjaya memintas Oscar Piastri seawal selekoh Tamburello dan terus kekal mendahului hingga ke garisan penamat.
Aksi Bermula Panas
Piastri, yang bermula dari petak utama, kelihatan cemerlang di awal perlumbaan. Tapi Verstappen tak tunggu lama—dengan aksi berani di luar selekoh pertama, dia berjaya curi posisi pendahulu. Selepas itu, Verstappen mula mencipta jarak ketika Piastri, bersama beberapa pelumba lain, masuk ke pit awal seawal Lap 14 untuk tukar ke tayar keras. Malangnya, strategi itu tak beri impak besar buat Piastri, malah membolehkan Verstappen memperkukuh kedudukannya.

Strategi Jadi Kunci
Pertarungan antara strategi satu hentian dan dua hentian makin menarik bila Virtual Safety Car (VSC) dikeluarkan pada Lap 29 selepas Esteban Ocon (Haas) berhenti di tepi trek. Ini beri kelebihan kepada pelumba yang belum berhenti, termasuk Verstappen, untuk masuk pit tanpa rugi banyak masa. Dia keluar semula dengan kelebihan hampir 20 saat di depan Lando Norris yang kini di P2.
Tapi, drama belum habis.
Safety Car, Taktik, dan Kejutan
Safety Car sebenar pula muncul pada Lap 46 selepas kereta Kimi Antonelli (Mercedes) mengalami masalah. Ini beri peluang kedua untuk masuk pit, yang diambil Verstappen dan Norris. Piastri pula tak masuk, mencetuskan persoalan tentang susunan akhir pasukan McLaren.
Namun Verstappen tenang dan kemas ketika perlumbaan disambung semula. Dia tak beri peluang langsung kepada pencabar dan menamatkan perlumbaan dengan bergaya – kemenangan keempat berturut-turut di Imola dan hadiah istimewa buat Red Bull sempena Grand Prix ke-400 mereka.
Di belakang, Norris berjaya pintas rakan sepasukan Piastri untuk naik ke P2. Piastri, walaupun kecewa, tetap berbangga dapat kekal di hadapan Lewis Hamilton yang beri tekanan kuat dari belakang.

Poin Berharga Buat Pasukan Lain
Alex Albon tampil mengagumkan untuk Williams dengan menamatkan di P5, selepas menewaskan Charles Leclerc dalam pertarungan akhir perlumbaan. Leclerc akur di P6. George Russell satu-satunya Mercedes yang tamatkan perlumbaan di P7, selepas Antonelli tersingkir.
Carlos Sainz bawa pulang poin penting di P8 untuk Williams. Isack Hadjar terus menunjukkan potensi dengan tempat ke-9. Manakala Yuki Tsunoda curi satu mata terakhir di P10 selepas bangkit dari kekecewaan sesi kelayakan.
Pelumba berpengalaman seperti Fernando Alonso dan Nico Hulkenberg pula terpaksa pulang hampa, masing-masing di luar kelompok mata.

Kata Juara
“Permulaan tak begitu sempurna, tapi saya berada di garisan luar dan saya fikir. ‘Saya nak cuba juga’ – dan berjaya! Lepas tu, saya boleh kawal tayar, dan kereta memang laju. Pit stop masa VSC memang tepat, dan semuanya berjalan lancar. Saya bangga dengan pasukan,” ujar Verstappen.
Destinasi Seterusnya: Monaco
Tak banyak masa untuk berehat—F1 terus ke Monte Carlo untuk Grand Prix Monaco hujung minggu ini (23-25 Mei). Dengan litar yang sempit dan teknikal, siapa tahu kejutan apa pula menanti.
Dari Formula One
Baca Juga F1 – Oscar Piastri Juara Miami GP, McLaren Rai Kemenangan Berganda
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Honda CR-V Kekal Mendominasi Segmen SUV Sederhana di Malaysia pada 2024

Honda CR-V: SUV Pilihan Rakyat Malaysia, 11,300 Unit Terjual pada 2024
Honda Malaysia sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam industri automotif tempatan apabila model flagshipnya, Honda CR-V, berjaya mencatat jualan melebihi 11,300 unit sepanjang tahun 2024.
Kejayaan ini menjadikan CR-V sebagai SUV Sederhana No.1 di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 36% dalam segmennya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura, menyatakan bahawa sejak pelancarannya pada Disember 2023, CR-V terus menerima sambutan luar biasa daripada pengguna.
“Peningkatan permintaan terhadap CR-V jelas terlihat dengan lonjakan jualan tahun ke tahun sebanyak 40% dalam segmen ini. Malah, CR-V merupakan model ketiga paling laris dalam rangkaian Honda Malaysia pada 2024,” katanya.

Honda CR-V e:HEV RS: SUV Hibrid yang Mendominasi Pasaran
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan ini ialah penerimaan yang tinggi terhadap varian hibrid, 2.0L e:HEV RS.
Model ini mencatatkan 20% daripada jumlah keseluruhan jualan CR-V pada tahun 2024.
Secara tidak langsung model ini menguasai 87% pegangan pasaran dalam segmen SUV hibrid sederhana.
Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap teknologi hibrid canggih yang ditawarkan oleh Honda.
Selain itu, varian petrol turut menunjukkan prestasi memberangsangkan, dengan varian E menjadi pilihan utama pelanggan dan menyumbang 40% daripada jumlah jualan CR-V.
“Pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan padu dan kepercayaan daripada pelanggan kami. Kami akan terus komited untuk menawarkan produk yang melebihi jangkaan mereka,” tambah Encik Yoshimura.
Prestasi dan Kecekapan yang Tiada Tandingan
Honda CR-V generasi keenam hadir dengan dua pilihan enjin yang memenuhi keperluan pemandu berbeza.
Varian 2.0L e:HEV RS dikuasakan oleh trenkuasa hibrid yang menghasilkan 335Nm tork dan 184PS.
Model ini juga turut ditawarkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa maksimum 193PS dan tork 243Nm.
Varian V dilengkapi dengan sistem Real Time AWD yang meningkatkan kestabilan dan kawalan dalam pelbagai keadaan jalan raya.
Reka Bentuk Elegan dan Canggih
Penampilan Honda CR-V lebih dinamik dengan reka bentuk badan yang sporty dan moden.
Ia menampilkan gril hadapan unik dengan corak mesh yang berani, lampu utama LED penuh, lampu belakang LED, serta lampu isyarat LED jenis sekuensial di bahagian hadapan.
Bagi varian e:HEV RS, ia turut dilengkapi dengan Active Cornering Lights dan Active Shutter Grille untuk meningkatkan aerodinamik dan efisiensi bahan api.
Keselesaan Premium dan Ruang Luas
Keanggunan CR-V bukan sahaja terlihat pada luaran, malah diteruskan ke ruang dalaman yang luas dan eksklusif.

Varian V ke atas menawarkan pencahayaan ambien dalam kabin, manakala varian e:HEV RS dilengkapi dengan sistem audio Bose Premium dengan 12 pembesar suara serta paparan meter digital TFT 10.2 inci.

Kapasiti but yang fleksibel juga menjadi salah satu tarikan utama.
CR-V mempunyai 589 liter ruang simpanan yang boleh diperluaskan sehingga 1,072 liter apabila tempat duduk belakang dilipat rata.

Untuk kemudahan tambahan, CR-V turut menawarkan Hands-Free Power Tailgate dengan fungsi Walkaway Close.
Ciri Keselamatan Termaju
Honda CR-V menampilkan pelbagai teknologi keselamatan terkini untuk memberikan ketenangan minda kepada pemandu dan penumpang.
Ia dilengkapi dengan sistem Honda CONNECT, versi dipertingkatkan Honda SENSING, serta ciri keselamatan tambahan dalam varian e:HEV seperti Adaptive Driving Beam dan kamera 360 darjah.
Bagi pelanggan yang ingin merasai sendiri pengalaman memandu Honda CR-V, mereka boleh mengunjungi mana-mana 104 pengedar sah Honda di seluruh negara.
Anda juga boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, atau melayari laman web rasmi di www.honda.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Honda CR-V 2023, SUV Revolusioner Dengan Pilihan Enjin Turbo VTEC & 2.0L e:HEV Generasi Baharu!
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Panigale Kingdom Mega Gathering – 310 Unit, Rekod Dunia!

Panigale Mega Gathering
Baru-baru ini, Ducati Malaysia bersama para pemilik Ducati Panigale dari seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan acara himpunan terbesar. Ia dinamakan Panigale Kingdom Mega Gathering.
Acara yang penuh gemilang ini menyaksikan rekod dunia baharu yang berjaya dicatat. Lebih daripada 310 Ducati Panigale berkumpul untuk menjayakannya. Sekaligus mengatasi rekod terdahulu pada tahun 2011 yang mencatatkan 150 Panigale sahaja.
Perhimpunan tahun ini bukan sahaja berjaya mencipta sejarah baharu. Namun turut memperkukuhkan lagi semangat persaudaraan dan minat mendalam terhadap model Panigale dalam kalangan pemiliknya.

Titik Pertemuan
Acara tersebut bermula dari bilik pameran Ducati KL, di mana konvoi terdiri daripada 310 Panigale itu bergerak secara bersama ke Nilai Spring.
Sepanjang perjalanan, konvoi tersebut menjadi tumpuan ramai, dengan deruan enjin yang menggamatkan suasana dan menjadi simbol perpaduan komuniti Panigale.
Kelab Panigale Kingdom, yang terkenal dengan persahabatan yang erat dan minat mendalam terhadap jenama Ducati, memainkan peranan penting dalam kejayaan pencapaian tahun ini.

Kelab ini tidak hanya berfungsi sebagai platform untuk para pemilik Ducati berinteraksi, tetapi juga sebagai medium untuk mereka berkongsi pengalaman, pengetahuan, dan mengukuhkan ikatan silaturahim.
Kehadiran mereka dalam acara ini adalah bukti nyata betapa kukuhnya komuniti Panigale di Malaysia.

Flag-Off!
Upacara flag-off tahun ini turut menampilkan beberapa orang penting dalam dunia permotoran. Antaranya ialah Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Siddhartha Varma, Pengarah Pemasaran Asia Pasifik Ducati Motor Thailand, serta wira kebanggaan negara dalam MotoGP, WSBK, dan ARRC iaitu Hafizh Syahrin.
Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan lagi acara, tetapi juga memberikan inspirasi kepada para pemilik Ducati Panigale untuk terus bersemangat dan berbangga dengan jenama yang mereka cintai.
Dennis Michael dalam ucapannya menyatakan rasa bangga dan kagumnya terhadap komitmen dan dedikasi para pemilik Panigale di Malaysia. “Melihat begitu ramai pemilik Panigale berkumpul hari ini adalah sesuatu yang luar biasa. Ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenama Ducati, tetapi juga semangat kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin dalam komuniti ini,” katanya.
Hafizh Syahrin, sebagai ikon dalam dunia permotoran, turut menyatakan kegembiraannya dapat bersama-sama dengan pemilik Panigale. “Melihat semangat dan keghairahan para pemilik Panigale di Malaysia benar-benar menginspirasikan. Saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada komuniti ini,” katanya.

Rekod Baru Ducati Malaysia
Dengan kejayaan ini, Panigale Kingdom Mega Gathering tidak hanya mencipta rekod dunia baharu, tetapi juga menetapkan satu penanda aras baharu untuk acara-acara kustom dan perhimpunan motosikal di masa hadapan.
Ia adalah bukti nyata bahawa semangat dan minat mendalam terhadap motosikal mampu menyatukan individu dari pelbagai latar belakang untuk meraikan kecintaan mereka terhadap jenama Ducati.
Dari Careta
Baca Marc Marquez Bakal Sertai Ducati Factory Team Musim 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!


