Ads

Himpunan Honda Civic FL5 Terbesar Malaysia Bakal Berlangsung di Sepang

Himpunan Honda Civic Type R FL5 Terbesar di Malaysia!

Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang bakal dibanjiri oleh ratusan Honda Civic Type R FL5 menerusi FL5 Track Day & Mega Gathering 2026 yang bakal berlangsung esok, 18 Julai 2026.

Acara ini dianjurkan dengan sasaran untuk mencatat rekod sebagai perhimpunan Honda Civic Type R FL5 terbesar pernah diadakan di Malaysia.

Setakat ini, lebih 300 peserta dilaporkan sudah mendaftarkan penyertaan, manakala pihak penganjur menjangkakan sekitar 400 unit Civic Type R FL5 bakal memenuhi kawasan North Paddock, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

Himpunan Honda Civic FL5 Terbesar Malaysia Bakal Berlangsung di Sepang

Car Parade” Mengelilingi Litar Sepang

Acara akan bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Antara aktiviti utama yang paling dinantikan ialah perarakan FL5 yang dijadualkan berlangsung dari pukul 6 petang hingga 7 malam. Ratusan pemilik FL5 dijangka berkonvoi mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang dalam satu formasi yang cukup menarik.

Ads

Perarakan ini bukan sahaja bakal menjadi tarikan utama kepada pengunjung, malah berpotensi menghasilkan antara momen paling ikonik buat komuniti Honda Civic Type R di Malaysia.

Aksi Time Attack Hingga Tengah Malam

Selepas sesi perarakan, acara akan diteruskan dengan aktiviti Track Time Attack bermula pada pukul 8 malam hingga tengah malam.

Pemilik FL5 berpeluang menguji kemampuan jentera masing-masing di atas litar dalam suasana yang lebih selamat dan terkawal.

Ads

Masuk Percuma Untuk Pengunjung

Menariknya, orang awam boleh hadir dan masuk adalah percuma. Orang ramai hanya perlu hadir ke North Paddock, Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan acara ini.

Acara ini bukan sahaja terbuka kepada pemilik FL5, malah sesuai untuk peminat Honda, penggemar Type R, jurugambar automotif serta sesiapa sahaja yang mahu melihat ratusan unit Civic Type R generasi terkini berkumpul di satu lokasi.

Butiran acara:

Ads

Tarikh: 18 Julai 2026
Lokasi: North Paddock, Litar Antarabangsa Sepang
Pendaftaran: 3.30 petang hingga 4.30 petang
Perarakan FL5: 6 petang hingga 7 malam
Track Time Attack: 8 malam hingga tengah malam
Kemasukan penonton: Percuma

Baca Juga : John Cena Beli Honda Lagi, Tambah Koleksi Prelude 2026

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Dunlop Kembali Perkukuh “Cengkaman” dalam Pasaran Tayar Malaysia

Dunlop Sasar Pertumbuhan Jangka Masa Panjang di Malaysia Dunlop sedang memperhebatkan strategi pertumbuhan jangka panjangnya di Malaysia dengan memperluaskan rangkaian pengedar di seluruh negara, selain...