Lapan bulan selepas pelancaran facelift untuk GR Yaris, Toyota kini memperkenalkan kemaskini serupa untuk model GR Corolla yang lebih besar.
Pembaharuan ini melibatkan reka bentuk semula yang sederhana dan beberapa penambahan berorientasikan prestasi, termasuk pilihan transmisi baharu yang akan menyertai kotak gear manual.
Hot hatch lima pintu ini masih mengekalkan enjin tiga silinder turbocharged dan direct-injected G16E-GTS 1.6 liter yang dihasilkan untuk rali.
Walaupun kuasa kekal pada 304 PS pada 6,500 rpm, tork puncak meningkat sebanyak 30 Nm kepada 400 Nm, dihasilkan antara 3,250 dan 4,600 rpm.
Angka-angka ini sama dengan GR Yaris terbaru dan juga Lexus LBX Morizo RR.
GR Corolla 2025 – Back View
Perincian Sport Lain
Turut dikongsi dengan kereta-kereta tersebut ialah transmisi automatik lapan kelajuan Gazoo Racing Direct yang baru. Dibangunkan untuk memberikan penurunan gear secepat mungkin dan mengantisipasi pemilihan gear yang betul berdasarkan input brek dan throttle.
Bukan hanya kelakuan kenderaan. Ini membawa kepada pertukaran gear yang Toyota katakan serupa dengan pemandu profesional.
Kotak gear ini juga dilengkapi bahan klac tahan panas, sistem kawalan tork baharu dan solenoid linear respons tinggi yang padat. Fungsi kawalan pelancaran baru juga ditambahkan pada model automatik untuk pecutan awal yang optimum.
Ads
Sudah tentu, peminat sejati masih boleh memilih kotak gear manual enam kelajuan dengan dual-mass flywheel baharu dan fungsi rev-matching automatik.
Tidak kira versi mana yang anda pilih, GR Corolla mengekalkan sistem pacuan semua roda GR-Four yang menjadi signature mereka.
GR Corolla 2025 – Interior View
Kiraan Nisbah – Ditune Semula
Sama seperti GR Yaris, operasinya telah diubah – pembahagian tork kini dari 60:40 depan-ke-belakang dalam mod Normal kepada 50:50 dalam mod Gravel (sebelumnya 30:70 dalam mod Sport).
Manakala mod Track mempunyai pembahagian tork berubah-ubah dari 60:40 kepada 30:70 bergantung pada keadaan pemanduan (sebelumnya terkunci pada 50:50).
Differential limited-slip Torsen depan dan belakang, yang sebelum ini eksklusif untuk Circuit Edition, kini adalah standard.
Ads
GR Corolla 2025 – Side View
Casis
Walaupun GR Corolla yang sedia ada tiada kekurangan dari segi dinamik pemanduan, Toyota masih mengambil langkah untuk menambah baik casisnya.
Spring hadapan dan belakang yang baru membantu mengurangkan roda ‘membuang’ semasa mengambil selekoh tajam, manakala spring belakang dan bar anti-oleng telah ditala semula untuk meningkatkan respons dan kawalan di selekoh.
Pada masa yang sama, titik pemasangan lengan trailing telah dinaikkan untuk mengurangkan ‘squat’ belakang semasa pecutan.
GR Corolla 2025
Ini menghalang perubahan posture kenderaan yang berlebihan, meningkatkan daya pecutan dan memberikan kestabilan yang lebih baik semasa mengambil selekoh.
Lubang udara yang lebih besar dan penghapusan lampu kabus meningkatkan kapasiti penyejukan, terutamanya kepada penyejuk minyak transmisi pada model automatik.
Ads
Sub-radiator tambahan, yang standard pada model spesifikasi tinggi dan pilihan pada model lain, menyediakan penyejukan enjin tambahan.
Terdapat juga saluran brek dan langsir udara baru yang mengarahkan udara di sekitar roda hadapan, mengurangkan pergolakan dalam ruang roda dan meningkatkan kestabilan pengendalian.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai bila GR Corolla akan tiba di Malaysia, termasuk harga; model sebelum facelift kini dijual pada RM355,000.
Harley-Davidson Malaysia baru-baru ini menganjurkan tayangan eksklusif filem Thunderbolts di Aurum Theatre, The Exchange TRX. Selain filem, yang mencuri tumpuan adalah kemunculan Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2025.
Acara tertutup ini menyatukan 40 tetamu khas yang terdiri daripada ahli Harley Owners Group (HOG) dan penunggang motosikal dari pelbagai kelab seluruh negara. Ia bukan sekadar tayangan filem – ini satu malam penuh gaya, adrenalin dan semangat persaudaraan komuniti Harley.
Aksi Di Layar, Realiti Di Jalanan
Motosikal Pan America 1250 ST 2025 muncul dalam beberapa babak aksi yang mendebarkan dalam filem Thunderbolts. Memberi penonton gambaran sebenar keupayaannya di laluan mencabar.
Lebih menarik, model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku ketiga 2025. Jadi filem ini ibarat teaser eksklusif untuk pasaran tempatan.
Harley-Davidson memang dikenali bukan sekadar pengeluar motosikal, tapi pencipta pengalaman. Malam itu membuktikan mereka serius dalam membina hubungan lebih mendalam dengan komuniti penunggang – bukan sekadar jual motosikal, tapi hidupkan gaya hidup.
Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2025 (Anggaran Pasaran Malaysia)
Kategori
Adventure Touring
Enjin
1252cc Revolution® Max 1250 V-Twin
Kuasa Maksimum
Sekitar 150 hp @ 9,000 rpm
Tork Maksimum
127 Nm @ 6,750 rpm
Transmisi
6-Kelajuan
Tangki Bahan Api
21.2 Liter
Berat Basah
±258 kg
Ketinggian Tempat Duduk
Boleh laras, ±850mm hingga 875mm
Suspensi
Semi-aktif depan dan belakang
Brek
Cakera Brembo hadapan & belakang
Sistem Keselamatan
ABS selekoh, kawalan traksi, mod tunggangan
Kelajuan Maksimum
±220 km/j
Jarak Tunggangan
±350 – 400 km (bergantung gaya tunggangan)
Harga Anggaran di Malaysia
Sekitar RM130,000 – RM140,000 bergantung spesifikasi & aksesori
Honda kembali membuat kejutan dalam dunia motosikal dengan pengumuman enjin V-3 baharu yang bakal mencipta sejarah.
Ketika banyak pengeluar kenderaan kini lebih menumpukan pada teknologi elektrik dan meninggalkan pembangunan enjin pembakaran dalaman. Honda mengambil langkah berani memperkenalkan enjin V-3 dengan sistem induksi paksaan pertama di dunia.
Bunyi enjin ni pasti menarik – Car and Driver
Buat masa ini
Maklumat penuh mengenai enjin ini masih dirahsiakan, namun ada beberapa fakta menarik yang telah didedahkan. Enjin V-3 ini direka khas untuk motosikal berkuasa besar dan menggunakan sistem penyejukan air dengan susunan piston berbentuk “V” pada sudut 75 darjah.
Rekaan ini menggabungkan dua piston yang condong ke hadapan di satu sisi, sementara satu lagi piston condong ke belakang di sisi lain. Reka bentuk ini membolehkan enjin menjadi lebih kompak dan ramping, satu ciri yang penting bagi motosikal berkuasa besar.
Turbo? – Car and Driver
Ciri Utama
Salah satu ciri utama enjin ini ialah sistem induksi paksaan yang menggunakan pemampat elektrik untuk mengawal mampatan udara yang disedut sepanjang julat pusingan enjin.
Ini bukan sahaja meningkatkan tork pada kelajuan rendah, tetapi juga memberikan kebebasan yang lebih besar dari segi rekaan. Menariknya, Honda berjaya mereka sistem ini tanpa memerlukan intercooler. Satu kelebihan besar memandangkan ruang dalam motosikal yang terhad.
Enjin yang lebih ringkas
Honda menekankan bahawa enjin ini memberi fleksibiliti luar biasa kepada jurutera mereka dari segi reka bentuk. Oleh kerana tiada keperluan untuk intercooler, enjin ini juga lebih ringkas, membolehkan Honda menyesuaikannya pada pelbagai model.
Dengan potensi untuk menghasilkan kuasa tork yang lebih tinggi walaupun pada RPM rendah. Enjin ini dijangka menawarkan pengalaman menunggang yang luar biasa bagi penggemar motosikal berkuasa besar.
Walaupun Honda belum mengesahkan model motosikal yang akan dilengkapi enjin ini. Ramai pemerhati berpendapat ia mungkin akan dilihat pada model seperti CB1000R dalam beberapa tahun akan datang. Jika ini benar, penggemar Honda bakal menikmati motosikal berkuasa tinggi yang memanfaatkan teknologi termaju dengan rekaan yang lebih padat dan responsif.
Lakaran enjin V-3 – Motosikal apa yang bakal letak enjin ini?
Pembangunan enjin V-3,
Induksi paksaan ini bukan sahaja membawa inovasi baharu dalam dunia motosikal tetapi juga membuktikan bahawa Honda masih bersemangat dalam mempertingkatkan teknologi enjin pembakaran dalaman walaupun banyak pengeluar lain beralih ke teknologi elektrik.
Dengan fokus pada pengeluaran besar-besaran untuk model-model berkapasiti besar. Honda dijangka akan terus menarik minat peminat motosikal yang dahagakan prestasi tinggi serta teknologi terkini dalam pakej yang elegan dan mantap.
Secara keseluruhan, pengumuman ini membawa harapan besar untuk peminat motosikal yang sentiasa menginginkan teknologi enjin yang unik dan berkuasa.
Buat masa ini, kita hanya boleh menantikan lebih banyak perkembangan daripada Honda dan bersedia untuk menyaksikan inovasi terbaharu mereka meluncur di jalanan. Apa pun model yang akan menjadi hos kepada enjin V-3 ini, Honda pasti memberikan pengalaman menunggang yang mengujakan.
GWM Malaysia kembali menghangatkan pasaran automotif tempatan dengan pengenalan satu lagi jentera serba boleh yang padat dengan gaya dan teknologi – GWM TANK 500 HEV.
SUV hibrid premium ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat dan tempahannya kini sudah dibuka kepada umum. Kalau anda sedang mencari SUV yang bukan sahaja tampan di mata, tapi juga mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan jalan – ini mungkin jawapannya.
Prestasi Jualan Model Sebelumnya
Melihat kepada kejayaan TANK 300 sebelum ini. TANK 500 HEV dibangunkan sebagai jawapan untuk mereka yang mahukan lebih daripada SUV biasa. Ia padat dengan kuasa, kemewahan dan inovasi – satu kombinasi yang sukar ditandingi dalam pasaran semasa.
Di bawah bonet, TANK 500 HEV dikuasakan enjin turbo 2.0-liter 4-silinder yang digandingkan dengan sistem hibrid dan transmisi automatik 9-kelajuan. Hasilnya? Kuasa gabungan sebanyak 346 PS dan tork maksimum 648 Nm. Angka yang cukup garang untuk sebuah SUV bersaiz penuh.
Ia juga datang dengan sistem pacuan semua roda (4WD) pintar lengkap dengan M-Lock. Serta 11 mod pemanduan termasuk mod off-road seperti TANK Turn dan Off-Road Cruise Control. Pendek kata, nak redah bandar atau hutan – dua-dua boleh!
Dimensi Kenderaan
Dari segi saiz, TANK 500 HEV ini bukan calang-calang. Panjangnya mencecah 5,078 mm, lebar 1,934 mm dan tinggi 1,905 mm. Cukup besar untuk memuatkan tiga baris tempat duduk yang selesa untuk tujuh orang. Dan jangan risau tentang keselesaan, sebab bahagian dalamannya memang kelas atasan.
Bayangkan anda duduk di kerusi balut kulit NAPPA, dengan audio Infinity mengalunkan muzik kegemaran. Sambil duduk di tempat duduk hadapan yang ada fungsi urut dan pengudaraan.
Malah, ada pemijak sisi elektrik untuk memudahkan naik turun. Ini bukan sekadar SUV – ini ruang santai bergerak.
Ciri Keselamatan
Dari sudut keselamatan pula, GWM tidak berkompromi. Enam beg udara, struktur badan yang kukuh, serta teknologi bantuan pemanduan tahap L2+ menjadikan TANK 500 HEV ini bukan sahaja selesa tetapi juga selamat.
Ia juga dilengkapi dengan ‘transparent chassis’. Fungsi unik yang membolehkan anda melihat keadaan bawah kereta semasa memandu off-road. Memang canggih!
Untuk penampilan luar pula, anda boleh pilih antara tiga warna bergaya – Crystal Gray, Hamilton White, atau Sun Black. Mana satu pun, semuanya menaikkan aura premium jentera ini.
Harga anggaran bagi TANK 500 HEV adalah di bawah RM350,000. Ia boleh didapati secara eksklusif di 14 pengedar GWM di seluruh negara. Termasuk di lokasi popular seperti Glenmarie, Setia Alam, Sungai Besi, USJ, Butterworth, dan Johor Bahru.
Kalau anda jenis kaki kembara tapi tetap mahu kekal bergaya dan selesa. Inilah masa untuk jadi antara yang terawal memiliki SUV hibrid premium yang bakal mengubah cara kita lihat dunia off-road. Untuk info lanjut atau nak buat tempahan, layari sajagwm.com.my.
Honda Vario 125 : Dua Warna Baharu Matte Blue & Vibrant Blue
Boon Siew Honda memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk model skuter popularnya, Honda...