Ads

Kawasaki KLE650 2027, Pencabar Baharu Segmen Adventure

Kawasaki KLE650 2027 Diperkenalkan, Tampil Lebih Lasak dengan Enjin 649cc Baharu

Kawasaki memperkenalkan dua model motosikal adventure terbaharu menerusi KLE650 ABS dan KLE650 SE ABS bagi tahun 2027, sekali gus memperluaskan pilihan dalam segmen motosikal yang sesuai digunakan di jalan raya serta laluan off-road.

Kehadiran KLE650 dilihat sebagai pelengkap kepada KLE500 yang lebih kecil, selain menawarkan keupayaan off-road lebih baik berbanding Versys 650.

Menggunakan reka bentuk berinspirasikan motosikal rali, model ini dilengkapi rim hadapan bersaiz 21 inci, sistem suspensi dengan jarak pergerakan lebih panjang serta beberapa teknologi elektronik bagi meningkatkan keselesaan dan kawalan ketika menunggang.

Kawasaki KLE650 2027, Pencabar Baharu Segmen Adventure

Kawasaki KLE650 Hadir dengan Enjin 649cc dengan Kuasa 70hp

Kawasaki KLE650 menggunakan enjin parallel-twin 649cc generasi baharu yang dibangunkan berasaskan enjin Versys 650.

Enjin DOHC lapan injap itu mengekalkan bore size dan lejang masing-masing 83.0mm dan 60.0mm, namun nisbah mampatan dikurangkan kepada 10.6:1 berbanding 10.8:1 pada Versys 650.

Kawasaki KLE650 2027, Pencabar Baharu Segmen Adventure

Kawasaki turut melakukan penambahbaikan pada sistem pendikit elektronik serta sistem kemasukan udara dan ekzos bagi menghasilkan tork lebih kuat pada putaran enjin di bawah 4,000rpm.

Hasilnya, KLE650 mampu menghasilkan kuasa maksimum 70hp pada 8,600rpm dan tork 64Nm pada 7,500rpm.

Sebagai perbandingan, Versys 650 menghasilkan 66hp, manakala Ninja 650 dan Z650 masing-masing mencatatkan 67hp berdasarkan angka yang dinyatakan Kawasaki.

Kawasaki KLE650 2027, Pencabar Baharu Segmen Adventure

Kuasa disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan bersama sistem Assist & Slipper Clutch. Varian SE turut menerima sistem quickshifter dua hala sebagai kelengkapan standard, manakala ciri sama ditawarkan sebagai aksesori pilihan untuk varian asas.

Sistem ekzos baharu pula menggunakan peredam bunyi yang dipasang sedikit tinggi bagi memberikan kelegaan tanah lebih baik tanpa menjejaskan ruang pemasangan bagasi.

Ads

Casis dan Suspensi untuk Pelbagai Permukaan

KLE650 menggunakan kerangka jenis trellis yang diperbuat daripada high-strength steel, dengan berat kerangka sekitar 16.9kg.

Reka bentuk tersebut bertujuan memberikan keseimbangan antara kestabilan ketika menunggang di jalan raya dan kelincahan sewaktu melalui laluan off-road.

Bahagian lengan ayun pula menggunakan binaan keluli berongga yang kukuh, sekali gus meningkatkan ketegaran menegak dan mengurangkan berat sekitar 0.5kg berbanding komponen pada KLE500.

Kawasaki KLE650 2027, Pencabar Baharu Segmen Adventure

Bagi sistem suspensi, Kawasaki memasang fork terbalik KYB bersaiz 43mm dengan jarak pergerakan 211mm di hadapan, manakala bahagian belakang menggunakan sistem Uni-Trak dengan jarak pergerakan 196mm serta pelarasan prabeban spring.

Sistem brek terdiri daripada cakera berkembar 300mm bersama angkup dua piston di hadapan, sementara bahagian belakang menggunakan cakera tunggal 230mm dengan angkup dua piston.

KLE650 turut menggunakan rim jejari aluminium bersaiz 21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dipadankan dengan tayar Dunlop Trailmax Mixtour.

Bagaimanapun, hanya varian SE dilengkapi rim yang menyokong penggunaan tayar tanpa tiub (tubeless).

Ads

Teknologi Elektronik dan Kelengkapan

Dari segi teknologi, kedua-dua varian dilengkapi Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan dua mod kawalan cengkaman, sistem brek ABS yang boleh dinyahaktifkan untuk kegunaan off-road serta kawalan jelajah elektronik (cruise control).

Kawasaki turut memberikan perhatian terhadap ergonomik penunggang menerusi reka bentuk tangki bahan api berkapasiti kira-kira 15.9 liter yang lebih ramping.

Susun atur tersebut memudahkan penunggang mengalihkan berat badan serta bertukar antara posisi duduk dan berdiri ketika melalui permukaan jalan yang mencabar.

Kawasaki KLE650 2027, Pencabar Baharu Segmen Adventure

Ketinggian tempat duduk pula sekitar 871mm, manakala pemijak kaki dilengkapi getah yang boleh ditanggalkan bagi mendapatkan cengkaman lebih baik ketika menunggang secara berdiri.

Antara kelengkapan lain termasuk penghadang angin boleh laras kepada tiga kedudukan, lampu LED dan palang aksesori di bahagian atas panel meter.

Bagi paparan instrumen, varian asas menerima skrin LCD lima inci, sementara KLE650 SE menggunakan skrin TFT berwarna lima inci.

Ads

Varian SE Terima Kelengkapan Tambahan

Selain quickshifter dua hala dan skrin TFT, KLE650 SE menawarkan beberapa kelengkapan tambahan yang lebih sesuai untuk aktiviti pengembaraan.

Antaranya ialah penghadang angin lebih tinggi, pelindung tangan dengan pengukuh logam, hendal aluminium serta pelindung bawah enjin aluminium yang lebih besar.

Model SE turut menyokong sambungan telefon pintar menerusi aplikasi RIDEOLOGY THE APP MOTORCYCLE, termasuk fungsi arahan suara yang tersedia melalui aplikasi berkenaan.

Kawasaki KLE650 2027, Pencabar Baharu Segmen Adventure

Bagi pilihan warna, KLE650 ABS ditawarkan dalam warna Pearl Blizzard White, manakala KLE650 SE ABS hadir dengan dua pilihan iaitu Pearl Storm Grey dan Metallic Bluish Green.

Harga Bermula AS$8,799

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Kawasaki menetapkan harga permulaan AS$8,799 (KLE650 ABS), manakala KLE650 SE ABS berharga AS$9,999.

Kedua-dua model dijangka mula memasuki pusat jualan di pasaran berkenaan pada Februari 2027.

KLE650

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai perancangan membawa Kawasaki KLE650 ke pasaran Malaysia.

Baca Juga : Tunggang Uji Kawasaki Z900, Kalau Dah Cuba Memang Susah Nak Move On!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

JETOUR G700 Ark Edition Buktikan Keupayaan Bergerak di Darat dan Air

JETOUR G700 Ark Edition Buktikan Kehebatan Teknologi Amfibia JETOUR memperlihatkan keupayaan teknologi kenderaan mereka menerusi model G700 Ark Edition yang berjaya menjalani ujian navigasi kecemasan...