Ads

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

BMW M2 CS Kini Rasmi di Malaysia, 530 HP dan Harga Bermula RM950,800

BMW Group Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW M2 CS baharu ke pasaran tempatan sempena acara BMW Clubhouse yang berlangsung di Factory 19, Petaling Jaya.

Model edisi khas ini hadir sebagai model BMW M2 paling ringan dan paling berkuasa pernah dihasilkan, sekali gus menawarkan karakter pemanduan lebih ekstrem untuk peminat yang mahukan sebuah jentera berorientasikan litar tetapi masih sah digunakan di jalan raya.

BMW M2 CS turut ditawarkan dalam jumlah terhad dan pernah memenangi anugerah AUTO BILD Sportscars of the Year 2025 bagi kategori Compact Sports Cars over €50,000.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

Penampilan BMW M2 CS Lebih Agresif dan Eksklusif

Status istimewa BMW M2 CS dapat dilihat menerusi gril buah pinggang khusus dengan bukaan udara lebih lebar serta logo M2 CS. Bahagian hadapan turut menerima splitter berwarna hitam, lampu Adaptive LED dengan High-Beam Assistant serta kemasan M Lights Shadowline.

Lencana BMW M2 CS dengan garisan merah ditempatkan pada bahagian hadapan dan belakang, manakala kemasan M High-Gloss Shadowline melengkapkan imej gelap dan agresif model ini.

Salah satu komponen paling menyerlah ialah pintu but M Carbon yang dibangunkan khusus untuk M2 CS. Ia dilengkapi spoiler gaya ‘ducktail’ menghasilkan daya mendap tambahan dan meningkatkan kestabilan ketika dipandu pada kelajuan tinggi.

Penggunaan gentian karbon pada pintu but, bumbung dan diffuser belakang membantu mengurangkan berat keseluruhan kira-kira 30 kilogram berbanding BMW M2 biasa. Hasilnya, M2 CS menjadi model paling ringan dalam keluarga BMW M2.

Ia menggunakan rim aloi ringan M Star-Spoke Style 827 M berwarna Gold Bronze, bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang, bersama tayar berorientasikan penggunaan litar.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

Kabin Berinspirasikan Dunia Perlumbaan

Tema sukan permotoran diteruskan ke dalam kabin menerusi stereng M Alcantara yang dilengkapi perehat ibu jari, jejari karbon, paddle shifter, jahitan warna M serta penanda merah pada kedudukan pukul 12.

Konsol tengah daripada gentian karbon pula menampilkan kemasan tenunan karbon berkilat bersama logo CS berwarna merah. Panel pintu baharu turut dilengkapi tulisan CS bercahaya, selain beberapa elemen khas pada tempat duduk, sill pintu dan konsol tengah.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

M2 CS didatangkan standard dengan tempat duduk bucket M Carbon berbalut kulit Merino. Selain memberikan sokongan sisi lebih baik, tempat duduk berkenaan turut serasi dengan tali pinggang keselamatan berbilang titik.

Ads

Kusyen perehat kepala juga boleh ditanggalkan bagi memberikan ruang kepada pemandu yang memakai topi keledar ketika berada di litar.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

Walaupun mempunyai karakter perlumbaan yang kuat, M2 CS masih menawarkan beberapa ciri keselesaan seperti pelarasan tempat duduk elektrik dengan fungsi memori, pendingin hawa automatik, ruang penyimpanan, sistem through-loading serta kemasan lantai velour.

Sistem audio Harman Kardon dengan 14 pembesar suara, penguat digital sembilan saluran dan output keseluruhan 464 watt turut disediakan sebagai standard.

Enjin Enam Silinder 530 HP

BMW M2 CS dikuasakan enjin petrol S58 M TwinPower Turbo enam silinder sebaris yang mempunyai kaitan rapat dengan enjin perlumbaan P58 GT3.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa 390 kW atau 530 hp pada 6,250 rpm serta tork maksimum 650 Nm antara 2,750 hingga 5,730 rpm.

Kesemua kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan. Konfigurasi ini membolehkan BMW M2 CS memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.8 saat.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

Dengan pakej M Driver yang ditawarkan sebagai standard, kelajuan maksimum model ini ditingkatkan kepada 302 km/j selepas melalui tempoh running-in sejauh 2,000 kilometer dan pemeriksaan awal yang ditetapkan.

Ads

Setiap pembelian BMW M2 CS turut disertakan baucar untuk program M Intensive Training oleh BMW Driving Experience bagi membantu pemilik memahami dan meneroka keupayaan sebenar jentera tersebut.

Penggunaan bahan api direkodkan pada kadar 10.0 liter bagi setiap 100 kilometer berdasarkan kitaran WLTP, dengan pelepasan karbon dioksida sebanyak 226 gram bagi setiap kilometer.

Suspensi Direndahkan 8 mm

Pakej dinamik khusus CS merangkumi Adaptive M Suspension yang direndahkan sebanyak 8 mm. Sistem spring dan penyerap hentak turut menerima talaan khusus untuk meningkatkan kawalan badan serta cengkaman ketika mengambil selekoh.

M Sport Differential membantu mengoptimumkan daya cengkaman dan keseimbangan pengendalian, manakala sistem brek M Compound dengan angkup berwarna merah digunakan untuk memberikan kuasa membrek lebih konsisten.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

M2 CS turut dilengkapi M Drive Professional dengan sistem M Traction Control 10 peringkat. Pemandu boleh mengubah tahap campur tangan sistem kawalan cengkaman mengikut keadaan dan kemahiran masing-masing.

Mod M TRACK pula menyahaktifkan beberapa sistem bantuan serta memaparkan maklumat pemanduan penting sahaja. Fungsi M Drift Analyser membolehkan sudut dan tempoh drift direkodkan serta dianalisis.

Teknologi dan Sistem Bantuan Pemanduan

Antara sistem keselamatan dan bantuan pemanduan yang ditawarkan ialah Driving Assistant, Parking Assistant, perlindungan pejalan kaki aktif serta kawalan jelajah dengan fungsi membrek.

Ads

BMW Live Cockpit Professional menjadi asas kepada sistem digital model ini. Connected Package Professional pula merangkumi ConnectedDrive Services, integrasi telefon pintar, pengecas tanpa wayar dan Personal eSIM.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

Turut disediakan ialah Intelligent Emergency Call, Teleservices, Comfort Access dan BMW Digital Key bagi membolehkan akses tanpa kunci melalui peranti pintar yang serasi.

BMW M2 CS ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran, iaitu Black Sapphire, Brooklyn Grey dan Velvet Blue. Ruang kabin pula tersedia secara eksklusif dengan balutan kulit Merino Black bersama kemasan M Highlights.

Harga BMW M2 CS di Malaysia

Harga jualan disyorkan BMW M2 CS di Malaysia bermula RM950,800 atas jalan tanpa insurans.

Dengan pakej BMW Service & Repair Inclusive selama lima tahun, harganya meningkat kepada RM993,100.

Menerusi pembiayaan Straight-Line Financing daripada BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki dengan bayaran bulanan bermula RM11,262, berdasarkan margin pembiayaan 80 peratus untuk tempoh tujuh tahun.

Hampir RM1 Juta! BMW M2 CS Rasmi di Malaysia

Pakej BMW Service & Repair Inclusive menawarkan waranti lima tahun tanpa had perbatuan serta servis selama lima tahun atau 100,000 kilometer.

Pemilik juga menerima akses kepada BMW Roadside Assistance and Accident Hotline, BMW Service Online dan sistem BMW Proactive Care yang memantau keadaan kenderaan menggunakan data sensor masa nyata.

Baca Juga : BMW Clubhouse Dibuka Kepada Umum, Tampilkan 17 Model dan Tawaran Eksklusif

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

BMW M3 Touring Competition M xDrive Kini di Malaysia, Harga RM898,800

BMW M3 Touring Competition M xDrive Tiba di Malaysia, Harga Bermula RM898,800 Selepas empat dekad nama BMW M3 menjadi antara ikon utama dalam dunia sedan...