Harga petrol RON95 kini mencuri perhatian apabila RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen untuk minggu ini, manakala diesel kekal pada harga sama tanpa perubahan.
Kitaran penetapan harga bahan api mingguan menyaksikan satu lagi pelarasan, dengan kerajaan mengumumkan harga terbaru untuk tempoh 4 hingga 10 Disember 2025.
Seperti biasa, angka rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan lewat petang Rabu dan menunjukkan kenaikan kecil bagi kedua-dua jenis petrol. Diesel pula mengekalkan harga sedia ada.
Meskipun perubahan tiga sen ini kelihatan kecil, ia tetap memberi kesan kepada pengguna terutama menjelang musim cuti hujung tahun apabila trafik meningkat dan perjalanan jarak jauh menjadi lebih kerap. Roda Panas menghuraikan butiran mingguan serta faktor di sebalik pergerakan harga ini.
RON95 Kekal Di Bawah Mekanisme Kawalan, Tetapi Naik Tiga Sen
Untuk minggu ini, RON95 kini dijual pada RM2.66 seliter, meningkat sebanyak tiga sen berbanding RM2.63 sebelumnya. Walaupun pengguna mungkin tertanya-tanya sebab kenaikan ini berlaku, harga petrol RON95 sebenarnya masih dikawal melalui mekanisme subsidi bersasar yang diumumkan kerajaan pada awal tahun.
Walaupun begitu, formula Automatic Pricing Mechanism (APM) tetap mengambil kira perubahan kos purata produk petroleum, kadar pertukaran mata wang, serta caj berkaitan pengangkutan dan margin pemborong.
Sekiranya kos asas global meningkat, penambahbaikan kecil seperti tiga sen ini masih boleh berlaku walaupun harga pengguna dikawal.
Ads
Kenaikan kecil ini tidak dijangka memberi kesan besar kepada kos sara hidup secara langsung, tetapi ia tetap menandakan tekanan harga yang sedang berlaku dalam pasaran minyak mentah antarabangsa sejak dua minggu kebelakangan ini.
Foto: Reddit
RON97 Turut Naik: RM3.29 Seliter Untuk Minggu Baharu
Bagi pengguna yang menggunakan petrol premium RON97, harganya disemak kepada RM3.29 seliter, juga naik tiga sen. Berbeza dengan RON95, harga RON97 diapungkan sepenuhnya mengikut harga pasaran dan tidak menerima sebarang bentuk subsidi.
Justeru itu, setiap perubahan dalam pasaran minyak global memberi impak segera kepada harga pam. Lonjakan kecil ini dilihat selari dengan pergerakan harga minyak mentah Brent yang kembali kukuh selepas penurunan sebelumnya.
Faktor geopolitik, ketidakseimbangan pengeluaran OPEC+, serta permintaan global yang semakin meningkat menjelang musim sejuk di hemisfera utara turut mempengaruhi kos runcit RON97.
Pengguna kenderaan berprestasi tinggi atau mereka yang memilih RON97 untuk operasi enjin lebih lancar perlu bersedia dengan kemungkinan turun naik yang lebih kerap pada minggu-minggu mendatang.
Ads
Foto: The Edge Malaysia
Diesel Kekal: RM3.35 Seliter, Tiada Perubahan Untuk Minggu Ini
Berbeza dengan petrol, diesel mengekalkan harga RM3.35 seliter. Selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel pada Jun lalu, harga bahan api ini kekal mengikut harga pasaran terbuka kecuali untuk sektor tertentu seperti pengangkutan awam, logistik asas dan nelayan, yang masih menerima bantuan bersasar melalui Fleet Card dan skim khas kerajaan.
Harga stabil minggu ini menunjukkan pergerakan pasaran diesel global yang lebih tenang berbanding petrol, dengan permintaan industri kekal sederhana.
Apa Yang Menyebabkan Harga Naik Minggu Ini?
Kenaikan tiga sen bagi kedua-dua jenis petrol dilihat selari dengan beberapa faktor:
Pemulihan harga minyak mentah global, didorong oleh jangkaan pengurangan pengeluaran OPEC+.
Kelemahan ringgit relatif kepada dolar AS, yang menambah kos import petroleum.
Penyesuaian dalam formula APM, termasuk kos logistik dan premium penyimpanan yang berubah setiap minggu.
Gabungan faktor ini cukup untuk menghasilkan pelarasan kecil, walaupun tidak ekstrem.
Ads
Impak Kepada Pengguna Menjelang Musim Perayaan
Disember lazimnya menyaksikan peningkatan perjalanan domestik. Walaupun kenaikan tiga sen tidak signifikan secara individu, pengguna yang merancang perjalanan jauh atau pemandu e-hailing yang beroperasi intensif mungkin tetap merasa sedikit peningkatan pada perbelanjaan mingguan.
Industri automotif pula dijangka tidak terjejas secara ketara, namun trend harga bahan api terus menjadi antara faktor penting yang mempengaruhi minat pembeli terhadap model hibrid dan EV dalam jangka panjang.
Dalam konteks ini, pergerakan harga petrol RON95 dan bahan api lain menjadi indikator jelas terhadap arah pasaran automotif.
Sempena musim perayaan Aidiladha yang bakal tiba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan pelaksanaan Operasi Khas Raya Aidiladha 2025. Ia akan berlangsung dari 4 hingga 10 Jun di seluruh negara.
Operasi ini bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum, terutama ketika trafik dijangka meningkat.
Fokus Utama – Keselamatan & Penguatkuasaan
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, operasi ini bukan sekadar pemeriksaan rutin, sebaliknya melibatkan tujuh strategi utama yang akan dijalankan secara serentak:
Pemeriksaan operasi bas di depoh (audit keselamatan)
Ops Khas untuk sembilan kesalahan utama jalan raya
Ops Khas Perkhidmatan Awam (termasuk bas awam)
Ops Khas untuk kenderaan barangan
Ops Khas motosikal
Ops Khas teknikal (pemeriksaan teknikal kenderaan)
Pemantauan menyeluruh terhadap pematuhan undang-undang jalan raya
Sumber – JPJ
9 Kesalahan Utama Yang Akan Diberi Perhatian
Dalam tempoh operasi ini, JPJ akan memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), termasuk:
Memandu melebihi had laju
Tidak patuh lampu isyarat merah
Memotong di garisan berkembar
Memandu di lorong kecemasan
Memotong barisan
Guna telefon bimbit semasa memandu
Tidak pakai tali pinggang keledar / topi keledar
Kenderaan berat di lorong laju
Kenderaan membawa lebih muatan
Kesalahan-kesalahan ini dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya, terutamanya ketika musim perayaan.
Sumber – JPJ
Sasaran – Kurangkan Kematian & Kecederaan di Jalan Raya
JPJ menyatakan komitmen mereka untuk menurunkan kadar kemalangan maut dan kecederaan sekurang-kurangnya 50% menjelang tahun 2030. Langkah penguatkuasaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan ke arah mencapai matlamat tersebut.
Aduan Boleh Dibuat Secara Digital
Bagi orang ramai yang ingin melaporkan sebarang kesalahan trafik sepanjang musim perayaan ini, JPJ turut menyediakan saluran digital seperti:
Aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ)
E-mel ke: aduantrafik@jpj.gov.my
Kesimpulan
Operasi khas sempena Aidiladha ini bukan sekadar untuk menguatkuasakan undang-undang. Tetapi juga sebagai langkah proaktif JPJ dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya.
Jadi kalau anda akan memandu pulang ke kampung atau ke destinasi percutian, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan patuhi undang-undang jalan raya. Jangan jadikan hari raya anda berakhir di hospital atau mahkamah.
Tan Chong Motor Holdings Bhd (Tan Chong) terus hadapi cabaran besar apabila mencatatkan kerugian untuk tujuh suku berturut-turut. Mencerminkan tekanan persaingan sengit dalam industri automotif, baik di dalam mahupun luar negara.
Dalam suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2023, Tan Chong mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM40.11 juta. Meningkat berbanding kerugian RM18.13 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia, Tan Chong turut melaporkan penurunan pendapatan sebanyak 12 peratus tahun ke tahun, iaitu daripada RM619.2 juta kepada RM545.1 juta.
Prestasi yang suram ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kelembapan dalam jualan, meskipun Tan Chong aktif dalam pemasangan dan pengedaran kenderaan jenama Nissan serta Renault di Malaysia.
Tetap Optimis
Walaupun berhadapan dengan cabaran ini, Tan Chong optimis bahawa pelancaran model baharu dalam tempoh 24 bulan akan datang dapat membantu memulihkan prestasi kewangan syarikat.
Mereka juga merancang untuk merealisasikan aktiviti pemasangan kontrak tambahan dalam beberapa suku akan datang, yang dijangka dapat meningkatkan kewangan syarikat. Pada masa yang sama, Tan Chong akan terus berusaha merasionalisasikan operasi bagi mengurangkan kos.
Dalam pasaran Vietnam, Tan Chong melihat peluang untuk memperbaiki keadaan melalui penjualan bas King Long dan pikap komersial ringan TQ Wuling. Ia dijangka dapat meningkatkan penggunaan kapasiti kilang. Selain itu, dengan pelancaran model GAC yang baru, syarikat ini berharap prestasi di Vietnam akan menunjukkan tanda-tanda pemulihan dalam masa terdekat.
Pencapaian Tahun Ini
Walau bagaimanapun, untuk separuh pertama tahun ini, Tan Chong mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM55.83 juta. Jauh lebih tinggi berbanding RM23.2 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2023.
Pendapatan syarikat juga jatuh sebanyak 10.5 peratus, daripada RM1.24 bilion kepada RM1.11 bilion. Keadaan ini menyebabkan Tan Chong tidak mengisytiharkan sebarang dividen untuk tempoh tersebut.
Tambahan pula, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) di bahagian automotif utama merosot sebanyak 91 peratus, hanya mencatatkan RM5.8 juta.
Penurunan ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kejatuhan pendapatan, margin yang lebih kecil akibat kelemahan ringgit. Serta keuntungan tukaran asing yang lebih rendah. EBITDA di bahagian perkhidmatan kewangan syarikat, yang melibatkan pembelian sewa dan insurans, turut merosot sebanyak 37 peratus kepada RM6.8 juta, seiring dengan penurunan jualan kenderaan.
Tan Chong kini berada dalam situasi yang mencabar. Langkah-langkah yang diambil dalam tempoh beberapa bulan akan datang akan menjadi penentu kepada pemulihan atau sebaliknya.
Subaru Corporation secara rasmi memperkenalkan model elektrik sepenuhnya terbaharu mereka Subaru Uncharted 2026 dalam satu acara berprestij di New York City.
Merupakan model ketiga dalam barisan kenderaan elektrik bateri global (BEV) Subaru selepas Solterra dan Trailseeker, Uncharted tampil sebagai SUV crossover kompak yang yang praktikal untuk kegunaan harian.
Rekaan Luaran yang Lasak dan Bergaya
Reka bentuk luaran menampilkan wajah depan yang bersih dan moden dengan bentuk badan padat.
Gaya ini bukan sahaja sporty, tetapi juga membawa elemen sofistikated yang sesuai dengan gaya hidup aktif masa kini.
Dimensinya lebih pendek 170 mm berbanding Subaru Solterra, memberikan kelebihan dari segi kemudahan parkir tanpa mengorbankan ruang kargo.
Kabinnya, Ruang Tenang dengan Sentuhan Berani
Di bahagian dalam, suasana kabin menyerlah dengan kemasan aksen oren eksklusif, garis mendatar yang garang pada papan pemuka, dan suasana yang lapang.
Ia bukan sahaja menyerlahkan karakter pemanduan yang dinamik, malah memberi keselesaan kepada semua penumpang.
Jarak Pemanduan Lebih 300 Batu
Subaru Uncharted menggunakan pek bateri litium-ion berkapasiti tinggi 74.7 kWh.
Untuk varian pacuan roda hadapan (FWD), jarak pemanduan dijangka melebihi 300 batu (kira-kira 482 km).
Manakala model pacuan semua roda (AWD) pula mampu mencapai lebih 280 batu (kira-kira 450 km) dan ini angka yang sangat kompetitif dalam segmen ini.
Sistem prapemanas bateri disediakan bagi mempercepatkan proses pengecasan dalam cuaca sejuk, dengan masa pengecasan 10% hingga 80% hanya mengambil kira-kira 30 minit menggunakan pengecas 150kW.
Model ini juga menggunakan port pengecasan standard Amerika Utara (NACS), menambah kemudahan kepada pengguna di rantau itu.
Prestasi Pemanduan Lebih Mengujakan
Untuk varian AWD, sistem pacuan elektrik dua motor menghasilkan kuasa sistem maksimum dianggarkan mencecah 338 hp.
Manakala varian FWD menjana sekitar 221 hp.
Kuasa ini disampaikan dengan kelancaran dan daya pecutan linear yang menjadi ciri utama BEV.
Sistem suspensi dan AWD khas dari Subaru memastikan kestabilan dan cengkaman optimum di pelbagai permukaan jalan.
Projek Bersama Subaru-Toyota
Uncharted merupakan hasil kolaborasi erat antara Subaru dan Toyota di bawah slogan “Let’s make ever-better cars together.”
Kedua-dua pengeluar memanfaatkan kepakaran teknologi masing-masing bagi menghasilkan sebuah produk yang bukan sahaja mesra alam, tetapi turut menepati DNA pemanduan menyeronokkan.
Sedia Mengorak Langkah ke Masa Depan
Dengan pengenalan Uncharted, Subaru mengukuhkan lagi komitmennya ke arah elektrifikasi penuh.
Model ini dijadualkan untuk memasuki pasaran A.S. pada tahun 2026, menjadi satu lagi langkah penting ke arah mobiliti masa depan yang mampan dan rendah karbon.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...