Dalam acara VIETNAM MOTOR SHOW 2024 (VMS 2024) , SYM sebuah jenama motosikal dari Taiwan, telah memperkenalkan model terbaru mereka, VF185.
Pengenalan model ini di VMS 2024 bukan sahaja mendapat respon positif di Vietnam, malahan pengguna SYM VF3I di Malaysia juga turut teruja dengan pengenalan model ini.
Persoalan yang pasti akan keluar daripada mulut pemilik SYM di Malaysia, adakah model ini akan menembusi pasaran Malaysia nanti?
Rekaan yang Agresif
VF185 telah menarik perhatian ramai pengunjung dengan rekaan yang garang dan sporty.
Reka bentuk bahagian depan motosikal ini merupakan gabungan antara Honda Airblade 160 dan Honda RSX.
Lampu hadapan yang mirip dengan Airblade dipecahkan kepada tiga bahagian.
Dua lampu rendah di sisi dan satu lampu tinggi di tengah, memberikan rupa yang unik dan fungsional.
Ads
Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor
Terdapat juga lampu posisi LED yang memberi sentuhan moden dan lebih tajam.
Badan motosikal ini mempunyai rekaan yang aerodinamik dengan bahagian belakang yang tirus, menambah ciri sporty.
Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor
Ciri-ciri Menarik VF185
Antara ciri yang menonjol pada VF185 ialah panel meter yang memberikan kesan futuristik.
Panel ini mempunyai tiga bahagian utama: meter digital besar untuk kelajuan dan indikator minyak, meter kecil di bahagian atas untuk lampu isyarat dan lampu utama, serta meter analog untuk RPM.
Kredit Foto : Webiste lifestyle.znews.vn
Reka bentuk ini membezakan VF185 dengan model lain di pasaran, memberi gabungan antara gaya moden dan tradisional.
Ads
Dari segi kelengkapan, VF185 dilengkapi dengan sistem smart key, lampu LED sepenuhnya, serta sistem suspensi yang terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang.
Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor
Untuk keselamatan, motosikal ini juga dilengkapi dengan brek cakera di kedua-dua roda dan sistem ABS berkembar, memberikan keyakinan lebih kepada penunggang dalam situasi brek kecemasan.
VF185 hadir dengan enjin berkapasiti 183cc yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 18.2 hp dan tork maksimum 16.1 Nm pada 7500 RPM.
Dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan, kuasa enjin ini sedikit lebih tinggi berbanding pesaingnya dari jenama Jepun, menjadikannya pilihan yang menarik untuk mereka yang mencari motosikal berprestasi dalam segmen ini.
Ads
Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor
Motosikal ini juga didatangkan dengan rim bersaiz 17 inci, tayar hadapan berukuran 90/80-17 dan tayar belakang 120/70-17.
Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor
Kapasiti tangki minyak yang besar, 7 liter, juga membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak.
Pelancaran di Pasaran Vietnam
Buat masa ini, SYM belum mengumumkan secara rasmi bila SYM VF185 akan dilancarkan di Vietnam atau negara-negara lain di Asia Tenggara.
Kredit Foto : Facebook Minh Long Motor
Dengan reka bentuk yang agresif, SYM VF185 mungkin menjadi pesaing kuat sekiranya ia dilancarkan secara rasmi.
Pada pendapat anda pula bagaimana? adakah design ni cukup garang?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Jenama SYM semakin popular dalam kalangan penggemar skuter di Malaysia.
Terbaru, SYM telah memperkenalkan sebuah skuter “sport tourer premium” yang dikenali sebagai TTLBT.
Model TTLBT ini berada di atas model MAXSYM TL, menjadikannya pilihan lebih eksklusif dengan ciri-ciri terkini untuk bersaing sebagai peneraju dalam segmennya.
Kredit Foto : Website supermoto8
Kuasa Enjin dan Mod Tunggangan untuk Semua Situasi
Hadir dengan enjin 508cc, TTLBT mungkin bakal menjadi persaingan sengit kepada model dalam segmennya seperti Yamaha TMAX dan Kymco AK550.
Dilengkapi dengan dua mod tunggangan iaitu Normal dan Rain, motosikal ini sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.
Kredit Foto : Website supermoto8
Teknologi ride-by-wire yang terdapat pada TTLBT juga memudahkan pengawalan enjin, manakala “cruise control” memberikan keselesaan pada perjalanan jauh.
Sistem EMS Vitesco yang Canggih
TTLBT dilengkapi sistem EMS Vitesco yang menyediakan tiga tetapan yang berbeza.
Dalam mod Normal dengan TCS (kawalan cengkaman) aktif, enjin motosikal dapat berfungsi pada tahap kuasa penuh dengan bantuan kawalan cengkaman.
Penunggang juga boleh memilih mod Normal tanpa TCS untuk pengalaman tunggangan lebih bebas.
Kredit Foto : Website motojornal.pt
Mod Rain pula dapat mengurangkan kuasa enjin sambil mengekalkan TCS bagi keadaan jalan yang basah.
Ciri tambahan seperti kawalan kestabilan (MSC) bersama unit inersia enam paksi daripada Bosch dan unit hidraulik 9.3 MP turut menambah kestabilan motosikal ini.
Keselesaan dan Ruang Penyimpanan Praktikal
TTLBT menawarkan posisi menunggang yang selesa dengan ketinggian tempat duduk 780mm.
Reka bentuk ini memastikan penunggang berada dalam posisi tegak untuk mengurangkan keletihan pada perjalanan jauh.
Kredit Foto : Website motojornal.ptKredit Foto : Website supermoto8
TTLBT turut menyediakan ruang simpanan yang luas – ruang bawah tempat duduk berkapasiti 37 liter, sementara beg sisi standard menambah 14.4 dan 13.6 liter ruang tambahan.
Selain itu, motosikal ini juga direka untuk memudahkan penambahan kotak atas bagi mereka yang memerlukan lebih banyak ruang.
Teknologi dan Ciri Ergonomik Terbaik
TTLBT dilengkapi dengan Wind Shield elektronik yang boleh dilaras serta port USB-C di ruang hadapan bagi memudahkan pengecasan telefon pintar.
Grip pemanas dengan empat tahap pemanasan menjadikan motosikal ini sesuai untuk cuaca sejuk atau hujan.
Kredit Foto : Website supermoto8
Reka bentuk ini memastikan penunggang berada dalam keselesaan optimum walaupun dalam cuaca yang kurang baik.
Paparan Canggih dan Sambungan Pintar
Panel instrumen TTLBT menggunakan skrin TFT tujuh inci dengan tiga mod paparan, menyokong arahan suara Siri, navigasi, dan muzik.
Ciri Bluetooth dan Apple CarPlay membolehkan telefon pintar dihubungkan untuk navigasi serta hiburan.
Kredit Foto : Website supermoto8
TTLBT dilengkapi sistem lampu LED adaptif yang meningkatkan keselamatan di malam hari, memberikan cahaya yang sesuai dengan arah pemanduan.
Dengan gabungan teknologi, keselesaan, dan ciri keselamatan, TTLBT oleh SYM adalah pilihan tepat bagi peminat motosikal sport tourer premium.
Ia bukan sahaja membawa penunggang ke destinasi, tetapi melakukannya dengan gaya, keselamatan, dan kemudahan tanpa kompromi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli, mencatat keputusan podium yang membanggakan dalam Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis, pada Ahad lalu.
Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Terengganu ini bertarung sengit dalam kelompok tiga terbaik sepanjang saingan dan mencatat masa 25 minit 21.768 saat untuk menduduki tempat ketiga.
“Alhamdulillah, syukur saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di Le Mans untuk Pusingan 2 hari ini. Permulaan yang baik pada awal perlumbaan apabila saya mula dengan baik untuk berada dalam kelompok hadapan.
Hakim dan pasukannya meraikan podium di Le Mans
Saya juga cuba untuk memimpin perlumbaan pada beberapa ketika bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan. Pada lap terakhir, saya cuba untuk menang tapi dipintas dua pelumba P4.
Saya hanya sempat memintas seorang pelumba sahaja dan berjaya tempatkan diri di podium. Untuk pusingan di Mugello, saya akan buat lebih baik dari hari ini,” kata juara Asia 2022 itu, sambil mengucapkan terima kasih kepada pasukan ZK Racing, SIC, Terengganu Incorporated dan Red Bull Rookies.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Brian Uriarte, dan Maximo Quiles yang masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua.
Hakim (kanan) bersama para pemenang pusingan 2, Brian Uriarte (tengah) dan Maximo Quiles (kiri)
Keputusan Terkini Rookies Cup 2024
Perlumbaan 1:
Maximo Quiles, Sepanyol (26:21.357)
Rico Salmela, Finland +0.260
Alvaro Carpe, Sepanyol +0.415
Valentin Perrone, Argentina +0.671
Brian Uriarte, Sepanyol +0.792
Hakim Danish, Malaysia +1.798
Perlumbaan 2:
Brian Uriarte, Sepanyol (26:21.440)
Maximo Quiles, Sepanyol +0.048
Hakim Danish, Malaysia +0.328
Valentin Perrone, Argentina +0.348
Alvaro Carpe, Sepanyol +0.617
Kedudukan Kejuaraan:
Maximo Quiles, Sepanyol – 74 mata
Alvaro Carpe, Sepanyol – 65 mata
Brian Uriarte, Sepanyol – 62 mata
Valentin Perrone, Argentina – 55 mata
Hakim Danish, Malaysia – 53 mata
Hakim dengan jentera nombor 13-nya
Hakim Danish menunjukkan prestasi yang cemerlang dan terus berusaha memperbaiki kedudukannya dalam setiap perlumbaan. Kejayaannya di Le Mans memberikan keyakinan dan motivasi untuk pusingan seterusnya di Mugello, Itali. Kita sama-sama nantikan aksi seterusnya dari pelumba muda yang berbakat ini yang terus mengharumkan nama negara di arena antarabangsa.
Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 kembali menonjolkan keunggulan Malaysia sebagai tuan rumah yang berprestij. Edisi ke-28 LTdL, yang berlangsung daripada 29 September hingga 6 Oktober, menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dengan tambahan peringkat baru di Sarawak.
Menariknya, LTdL 2024 akan menyaksikan perlumbaan dua peringkat pertama kali di Sarawak, melalui dua bandar iaitu Bintulu dan Miri sebagai tuan rumah. Keputusan pemilihan dua peringkat ini diambil dengan tujuan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menikmati kejuaraan berprestij ini, setelah LTdL terakhir berlangsung di Kuching pada tahun 2020.
Kredit Foto : Website .letourdelangkawi
Peringkat ketujuh yang membawa pelumba hampir menempuh jarak 200 kilometer dari Miri ke Bintulu menjanjikan cabaran tersendiri. Dalam peringkat ini, peluang bagi pemecahan dan penentuan juara LTdL akan menjadi semakin sengit.
Selain itu, LTdL 2024 menjangkakan penyertaan tiga pasukan berbasikal negara, termasuk Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), dan Malaysia Profesional Cycling (MPC). Di samping itu, pasukan luar negara dari negara-negara seperti Kazakhstan, Amerika Syarikat, Itali, Sepanyol, Switzerland, Australia, China, Indonesia, dan Jepun juga dijangkakan turut serta.
Meskipun LTdL menyaksikan penyertaan antarabangsa yang meluas, keputusan rasmi penyertaan pasukan luar negara hanya akan diumumkan pada bulan Ogos nanti.
Kredit Foto : Website .letourdelangkawi
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengucapkan terima kasih atas sokongan daripada penaja korporat dan menggesa lebih banyak syarikat untuk menyokong penganjuran ini. Beliau menekankan bahawa tahun 2024 membawa ujian yang lebih mencabar dalam penganjuran LTdL, terutamanya dalam hal-logistik yang melibatkan perpindahan antara Pulau Langkawi dan Sarawak.
Dengan keseluruhan jarak perlumbaan sepanjang 1,191 kilometer merentasi 11 negeri, LTdL 2024 bukan sahaja mempromosikan sukan berbasikal, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi sukan yang terkenal.
LTdL 2024 menjanjikan sebuah acara yang mempesona, menggabungkan kecemerlangan sukan dengan keunikan landskap Malaysia, sambil menarik perhatian dunia ke kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi negara ini.
Sumber artikel : Sinar Harian
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
CFMOTO kembali menggamatkan segmen motosikal touring adventure dengan kehadiran model terbarunya, CFMOTO 700MT. Ditawarkan pada harga bermula RM33,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)....