Ads

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Khas Merdeka

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Tiba di Malaysia, Hanya 69 Unit

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, JETOUR Malaysia memperkenalkan JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition, sebuah edisi khas yang tampil dengan imej lebih garang menerusi kemasan hitam matte serta pakej aksesori rasmi Dark Warrior.

Lebih eksklusif, hanya 69 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia, selari dengan sambutan kemerdekaan negara tahun ini.

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Khas Merdeka

Kemasan Hitam Matte, Penampilan Lebih Agresif

Berbanding JETOUR T2 standard, Dark Warrior Limited Edition menerima beberapa sentuhan kosmetik yang menyerlahkan lagi karakter lasak SUV berkenaan.

Antaranya termasuk kemasan matte black pada bahagian badan, roof rail berwarna hitam, logo JETOUR dan emblem T2 di belakang yang turut dihitamkan serta angkup brek berwarna merah.

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Khas Merdeka

Penampilan itu kemudian dilengkapkan dengan pakej aksesori tulen JETOUR Dark Warrior yang merangkumi:

  • Guard Rail
  • Grille
  • Modular Side Ladder
  • Warrior Roof Rack
  • Stealth Emblems
  • Side Hanging Plate

Kesemua aksesori ini memberikan T2 penampilan lebih rugged tanpa mengubah asas mekanikal model berkenaan.

Ads

JETOUR T2 Masih Kekal Enjin 2.0 Liter Turbo, 375 Nm

Di sebalik perubahan visual tersebut, JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition masih mengekalkan spesifikasi prestasi sama seperti model standard.

Ia dikuasakan enjin 2.0 liter turbocharged direct injection yang menghasilkan 180 kW dan tork maksimum 375 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

SUV ini turut menggunakan sistem JETOUR Intelligent XWD bersama pilihan 7+X drive modes, membolehkannya menyesuaikan karakter pemanduan mengikut pelbagai keadaan permukaan jalan.

Walaupun membawa imej sebuah SUV lasak, T2 masih mengekalkan aspek keselesaan dan praktikaliti untuk kegunaan harian menerusi ruang kabin yang luas serta kelengkapan teknologi moden.

JETOUR T2

Ads

ADAS Tahap 2 dan Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP

Dari aspek keselamatan, JETOUR T2 dilengkapi Level 2 Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), enam beg udara SRS serta Panoramic View Monitoring System.

Model ini juga telah menerima penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP, sekali gus melengkapkan pakej keselamatan aktif dan pasif yang ditawarkan.

Harga Keseluruhan RM167,600

JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition mempunyai harga jualan bersih RM156,800, sama seperti JETOUR T2 standard.

Bagaimanapun, pembelian edisi terhad ini perlu disertakan dengan pakej aksesori Dark Warrior berharga RM10,800, menjadikan harga keseluruhan RM167,600.

Ads

Harga tersebut tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans serta terpakai untuk Semenanjung Malaysia.

Pemilik turut menerima pakej lima kali penyelenggaraan servis percuma, selain waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000 km serta waranti rangkaian kuasa selama 10 tahun atau 1,000,000 km, mana-mana yang tiba dahulu.

Sementara itu, pakej aksesori Dark Warrior pula dilindungi waranti selama tiga tahun atau 100,000 km, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dengan pengeluaran terhad kepada hanya 69 unit, JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition bukan sekadar menawarkan warna badan berbeza, malah memberikan pilihan kepada pelanggan yang mahukan karakter T2 yang lebih eksklusif dan agresif melalui aksesori rasmi daripada pengeluar.

Maklumat lanjut mengenai tempahan dan ketersediaan model ini boleh diperoleh menerusi rangkaian pengedar sah JETOUR di seluruh negara.

Baca Juga : JETOUR T2 i-DM Dibuka Untuk Tempahan di KLIMS 2026

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

Cyclone RT5 Rasmi Di Malaysia, Skuter 250 cc Sarat Dengan Teknologi Berharga RM16,888 Model berkenaan sebelum ini dipertontonkan kepada umum sempena Malaysia Bike Show (Mforce...