Euro NCAP atau singkatan bagi European New Car Assessment Programme, adalah ujian penilaian keselamatan kenderaan yang dikenali sebagai salah satu ujian paling sukar di dunia.
Ujian ini tidaklah mudah untuk diharungi, tetapi dengan perkembangan terkini, Euro NCAP telah mengambil pendekatan tegas untuk menjadikan kereta baharu lebih selamat untuk penggunaan di jalan raya.
Satu cara yang digunakan oleh Euro NCAP adalah dengan “memaksa” pengeluar kenderaan untuk mengembalikan semula butang-butang kawalan fizikal di dalam ruang kabin.
Ini bermakna, jumlah markah penarafan keselamatan kenderaan baharu akan dikurangkan jika model yang diuji tidak dilengkapi dengan butang, tuil, atau dial fizikal untuk fungsi-fungsi penting seperti lampu isyarat membelok, lampu kecemasan, hon, penyeka kaca, dan butang panggilan kecemasan (eCall).
Ads
Kredit Foto: CBT News
Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Times, Matthew Avery, pengarah pembangunan strategik Euro NCAP, menyatakan bahawa penggunaan skrin sentuh yang berlebihan adalah satu masalah yang dihadapi oleh industri kenderaan.
Hampir semua pengeluar kenderaan kini menggantikan butang kawalan fizikal dengan skrin sentuh, yang menyebabkan pemandu terpaksa mengalihkan tumpuan mereka dari jalan raya. Ini pula meningkatkan risiko kemalangan.
Menurut Avery, peraturan baharu yang mengenakan penggunaan semula butang kawalan fizikal ini akan dikuatkuasakan pada tahun 2026.
Ads
Ini merupakan langkah proaktif dalam meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang di jalan raya, serta mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh gangguan pemandu akibat penggunaan skrin sentuh yang berlebihan.
Dalam semangat Ramadan, GWM Malaysia hadir dengan tawaran eksklusif bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih bermakna kepada pelanggan baharu.
Sepanjang tempoh promosi sehingga 31 Mac 2025, pelbagai ganjaran menarik menanti. Termasuk penyelenggaraan percuma, penjimatan hebat serta peluang memenangi percutian impian!
Bagi memudahkan pemilik baharu, GWM Malaysia menawarkan pakej istimewa merangkumi:
(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Bagi peminat pengembaraan, GWM turut mengadakan kempen istimewa “Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300” yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk memenangi baucar percutian bernilai RM888.* Seramai 25 pemenang akan dipilih, membolehkan mereka menikmati percutian idaman sama ada di kota atau mencabar laluan off-road.
Cara Penyertaan:
Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan GWM TANK 300 sebelum 31 Mac 2025 juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar percutian bernilai RM8,888! Lima pemenang bertuah akan dipilih dalam cabutan ini.*
(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, promosi ini adalah tanda penghargaan kepada pelanggan atas sokongan berterusan mereka.
“Kami mahu memastikan setiap pelanggan menikmati kepuasan dan keistimewaan memiliki kenderaan GWM. Dengan promosi istimewa sempena Ramadan ini, kami berharap dapat memberikan lebih banyak nilai kepada komuniti kami, terutama pelanggan Muslim yang menyambut bulan mulia ini,” katanya.
Jangan lepaskan peluang ini! Untuk menempah pandu uji dan mendapatkan maklumat lanjut, layariwww.gwm.com.my hari ini!
Lotus Cars Malaysia telah mengambil langkah penting dalam mengukuhkan jenamanya di Malaysia dengan pembukaan ruang pameran perdana di Kuala Lumpur.
Pembukaan ini turut diserikan dengan pelancaran kereta elektrik Hyper-GT terbaru mereka, Emeya.
Ruang pameran yang terletak di Temasya Industrial Park, Shah Alam berkeluasan 1,765 kaki persegi khusus untuk pameran utama.
Ia mencerminkan dedikasi Lotus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
Selain itu, terdapat juga dua ruang khas untuk penyerahan kenderaan, ruang rehat pelanggan, bahagian jualan barangan dagangan Lotus, dan ruang konfigurator untuk pelanggan menyesuaikan kenderaan mereka dengan aksesori pilihan.
Pelancaran Emeya di Malaysia adalah satu langkah strategik yang signifikan.
Kereta elektrik Hyper-GT ini, yang direka untuk memenuhi citarasa pemandu sebenar, hadir dalam tiga varian – Emeya, Emeya S, dan Emeya R – dengan harga bermula dari RM555,000.
Model paling premium, Emeya R, mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam hanya 2.8 saat, menjadikannya salah satu kenderaan GT elektrik terpantas di dunia.
Emeya bukan sekadar sebuah kereta, tetapi juga satu inovasi teknologi yang memacu prestasi dengan pelbagai ciri aerodinamik aktif, sistem suspensi udara elektronik, dan sistem audio Dolby Atmos.
Ia juga menampilkan teknologi bantuan pemanduan canggih seperti ADAS dan head up display realiti terimbuh pada skrin berukuran 55-inci yang menjadikan pemanduan lebih selamat dan menyeronokkan.
Dengan jarak gerak WLTP maksimum sejauh 610km, Emeya menawarkan kebebasan pemanduan yang luar biasa.
Dengan keupayaan pengecasan pantas 350kW, kereta ini boleh menambah jarak pemanduan sebanyak 150km dalam masa hanya lima minit.
Menjadikannya ideal untuk pemanduan jarak jauh.
Turut dipamerkan di ruang pameran ini ialah model Emira Turbo dan Eletre, masing-masing menawarkan prestasi tinggi dengan harga yang kompetitif.
Emira Turbo, sebagai contoh, dilengkapi dengan enjin empat silinder berkuasa 460hp, mampu memecut dari 0-100km/j dalam 4.4 saat.
Manakala Eletre menawarkan pengalaman memandu yang dinamik dengan kuasa 603hp.
Pembukaan ruang pameran ini dan pelancaran Emeya menandakan era baharu bagi Lotus Cars di Malaysia.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan sila berhubung dengan Lotus Cars Malaysia pada talian016-611 2388 atau untuk sebarang maklumat, sila layari laman web di www.lotuscars.com.
Nombor plat Malaysia lebih RM1 juta bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam dunia automotif tempatan. Bagi kebanyakan pengguna jalan raya, nombor plat hanyalah identiti rasmi pada kenderaan yang digunakan untuk urusan pendaftaran, insurans, saman dan rekod pemilikan.
Namun bagi sebahagian individu, nombor plat membawa nilai yang jauh lebih besar. Ia bukan sekadar gabungan huruf dan angka, tetapi simbol status, identiti dan eksklusiviti. Tidak hairanlah ada nombor tertentu yang pernah dibida sehingga melebihi RM1 juta.
Fenomena ini semakin ketara dengan kemunculan siri khas yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus meningkatkan lagi nilai pasaran nombor pendaftaran premium di Malaysia.
Nilai nombor plat biasanya bergantung kepada keunikan dan eksklusiviti. Nombor tunggal seperti 1 sering menjadi pilihan kerana ia ringkas, mudah diingati dan kelihatan premium apabila dipasang pada kenderaan.
Selain itu, siri khas seperti FFF, GOLD dan Malaysia turut memainkan peranan besar. Nama siri yang unik atau mempunyai nilai simbolik menjadikan nombor tersebut lebih bernilai di mata pembida.
Bagi sesetengah pemilik, nombor plat bukan sekadar aksesori. Ia boleh mencerminkan personaliti, jenama perniagaan atau kedudukan sosial. Faktor inilah yang menyebabkan bidaan boleh meningkat sehingga jutaan ringgit.
Salah satu nombor plat Malaysia lebih RM1 juta paling mahal pernah direkodkan ialah FFF 1. Nombor ini dibida pada harga RM1.75 juta dan dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Siri FFF diperkenalkan sempena ulang tahun ke-78 JPJ, menjadikannya lebih eksklusif berbanding siri biasa. Rekod ini mengatasi bidaan sebelumnya dan menjadi penanda aras baharu dalam pasaran nombor plat negara.
Sebelum kemunculan FFF 1, nombor GOLD 1 pernah menjadi perhatian apabila dibida pada harga RM1.5 juta. Ia juga dimiliki oleh Sultan Ibrahim dan pernah memegang gelaran nombor plat termahal di Malaysia.
Siri GOLD mempunyai daya tarikan tersendiri kerana membawa imej kemewahan. Apabila digabungkan dengan angka 1, ia menjadi kombinasi yang sangat bernilai dan mudah diingati.
Selain itu, GM 1 turut termasuk dalam senarai nombor plat Malaysia lebih RM1 juta apabila dibida sekitar RM1,300,777. Walaupun siri ini tidak sepopular GOLD atau Malaysia, kombinasi huruf pendek dan angka 1 tetap menjadi faktor utama kenaikan harga.
Ini membuktikan bahawa keunikan dan persaingan antara pembida memainkan peranan penting dalam menentukan nilai sesuatu nombor plat.
Nombor Malaysia 1 juga tidak kurang hebat apabila pernah dibida pada harga RM1,111,111. Penggunaan nama negara menjadikan nombor ini sangat istimewa dan mempunyai nilai simbolik yang tinggi.
Bagi sesetengah pemilik, nombor seperti ini membawa makna kebanggaan dan identiti nasional yang sukar ditandingi oleh siri lain.
Siri FF juga pernah mencatat sejarah apabila FF 1 dibida pada harga RM1.2 juta. Ia antara nombor terawal yang menunjukkan trend kenaikan harga nombor plat premium di Malaysia.
Kombinasi huruf yang ringkas dan mudah disebut menjadikan siri ini sangat menarik dalam kalangan pembida yang mencari sesuatu yang eksklusif.
Kewujudan sistem JPJeBid memudahkan orang ramai untuk menyertai bidaan nombor pendaftaran. Platform ini menjadikan proses lebih telus dan tersusun, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk mendapatkan nombor pilihan mereka.
Pada masa sama, sistem ini turut membantu meningkatkan hasil kerajaan melalui jualan nombor plat premium yang semakin mendapat permintaan tinggi.
Fenomena nombor plat Malaysia lebih RM1 juta menunjukkan bahawa nilai dalam dunia automotif tidak hanya bergantung kepada kenderaan itu sendiri. Kadangkala, nombor pendaftaran mampu menjadi elemen paling mahal pada sesebuah kereta.
Dengan kemunculan lebih banyak siri khas pada masa hadapan, tidak mustahil rekod baharu akan terus dicipta. Bagi mereka yang menghargai eksklusiviti dan identiti, nombor plat premium kekal sebagai simbol status yang unik dan bernilai tinggi.
Wing Hin Motorsports Terus Buktikan Keupayaan Di Bangsaen Walaupun Diuji Penalti, Kerosakan Dan Kemalangan
Wing Hin Motorsports menamatkan saingan Pusingan 2 TSS The Super Series...