Ads

Mercedes-Benz Buka Autohaus Baharu Di Kuantan

Fasiliti Terbesar Mercedes-Benz di Pantai Timur

Mercedes-Benz Malaysia bersama pengedar sahnya, Asbenz Stern Sdn. Bhd. secara rasmi membuka Autohaus baharu di Kuantan, sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran jenama itu di wilayah Pantai Timur.

Terletak di Indera Mahkota, Kuantan, fasiliti baharu ini dibangunkan bagi menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih moden, premium dan menyeluruh. Menariknya, ia juga merupakan Autohaus Mercedes-Benz terbesar di Pantai Timur setakat ini.

Mercedes-Benz Buka Autohaus Baharu Di Kuantan

Menurut CEO & President Mercedes-Benz Cars Malaysia merangkap Head of Region Mercedes-Benz Cars Southeast Asia, Martin Schulz, pembukaan fasiliti ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam mempertingkat pengalaman pelanggan di rantau tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa falsafah “Welcome Home” yang dibawa Mercedes-Benz kini diterjemahkan menerusi pusat 3S moden yang lebih digital, intuitif dan memenuhi keperluan pelanggan masa kini.

Mercedes-Benz Buka Autohaus Baharu Di Kuantan

Ruang Lebih Moden dan Lengkap

Autohaus baharu ini mempunyai keluasan ruang pameran dan kawasan pelanggan seluas 26,565 kaki persegi, manakala keseluruhan kawasan pembangunan mencecah 65,340 kaki persegi.

Ads

Pelanggan boleh melihat sehingga enam model Mercedes-Benz dipamerkan pada satu-satu masa, selain menikmati ruang santai Star Lounge dan akses kepada Mercedes-Benz Lifestyle Collection.

Mercedes-Benz Buka Autohaus Baharu Di Kuantan

Rekaan fasiliti ini turut menampilkan integrasi penuh antara jualan dan selepas jualan bagi memastikan pengalaman pelanggan menjadi lebih lancar dari awal hingga akhir.

Hadir dengan Servis Body & Paint

Buat pertama kali bagi rangkaian Asbenz Stern, Autohaus Kuantan ini turut dilengkapi pusat body and paint.

Ads

Kemudahan selepas jualan itu menawarkan sehingga 16 ruang kerja lengkap yang dikendalikan juruteknik terlatih dan bertauliah Mercedes-Benz. Ia mampu mengendalikan pelbagai kerja termasuk servis berkala, pembaikan mekanikal serta kerja baik pulih badan dan cat.

Pengarah Urusan Asbenz Stern, Goh Chuan Kiong berkata, Kuantan sentiasa menjadi lokasi penting buat syarikat itu dan pembukaan fasiliti baharu ini menjadi langkah seterusnya dalam memperluaskan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan di Pantai Timur.

Mercedes-Benz Buka Autohaus Baharu Di Kuantan

Seiring perkembangan mobiliti elektrik, Autohaus ini juga dilengkapi kemudahan pengecas pantas DC sehingga 120 kW yang mampu mengecas dua kenderaan secara serentak.

Ads

Ia memberikan lebih kemudahan kepada pemilik model elektrik penuh dan plug-in hybrid Mercedes-Benz di kawasan Pantai Timur.

Pelaburan RM35 Juta

Secara keseluruhan, Asbenz Stern telah melaburkan sebanyak RM35 juta untuk pembangunan rangkaiannya termasuk RM23 juta khusus bagi pembangunan Autohaus Kuantan ini.

Mercedes-Benz Buka Autohaus Baharu Di Kuantan

Ketika ini, Asbenz Stern mengendalikan tiga Autohaus Mercedes-Benz melibatkan Kedah, Pahang dan Terengganu, sekali gus memperkukuhkan lagi rangkaian jenama premium itu di Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Baca Juga : Mercedes AMG GLC 43 4MATIC Coupe Nightfall Edition Kini Di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

PROTON Lancar Ekspedisi 10000 sMILEs Merentasi Borneo Sempena Visit Malaysia 2026

Ekspedisi PROTON 10000 sMILEs Jelajah Sabah, Sarawak dan Brunei PROTON secara rasmi melancarkan ekspedisi PROTON 10000 sMILEs yang bakal merentasi Sabah, Sarawak dan Brunei sebagai...