Pengeluar mobiliti pintar, ACO Tech, telah menandatangani sebuah Memorandum Perjanjian (MoC) bersama Geno dan Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) untuk meneliti penggunaan teknologi rantaian blok dalam infrastruktur Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia.
MoC ini membuka pintu bagi penyelidikan teknologi rantaian blok termasuk kontrak pintar, pengurusan jejak digital rantaian bekalan, penyelesaian tokenomik, dan teknologi privasi untuk menyempurnakan penyelesaian ACO Tech untuk Platform Perkhidmatan Mobiliti Elektrik (EMSP).
Langkah ini bertujuan untuk menjamin privasi dan hak milik data, membolehkan audit data, dan menarik pelabur strategik melalui pelaburan jangka panjang. EMSP merupakan teras bagi Visi Mobiliti Terhubung Kerajaan untuk memperkuatkan pembangunan infrastruktur EV di Malaysia.
Kerjasama bersama ACO Tech, Geno, dan MARii membolehkan penanggulangan kebimbangan berkaitan pemilikan EV seperti kekurangan port pengecasan dan ketidakstabilan kadar pengecasan.
Penggunaan teknologi rantaian blok memperkuatkan pengeluar EV, penyedia perkhidmatan, dan pemilik/pengguna untuk berinteraksi melalui sistem lejar tidak berpusat yang tidak boleh diubah suai.
Ads
Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan kos, meningkatkan pengalaman dan keyakinan pengguna, serta membangunkan rekod penjejakan dan penyelenggaraan yang lancar.
Tambahan pula, ia memudahkan perkongsian tenaga dan pengecas, menjaminkan ketelusan sepanjang kitaran hidup produk dan perkhidmatan.
Kerjasama ini sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR). Kerajaan bercita-cita mencapai 20% Kenderaan Elektrik (xEV) menjelang 2030, 50% menjelang 2040 dan 80% menjelang 2050. Perjanjian ini membuka jalan bagi sektor automotif menjadi sektor pertama yang meluas menggunakan teknologi rantaian blok dalam industri di Malaysia.
Ads
Ini juga akan membantu Kerajaan dalam melaksanakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020 dengan membina asas kukuh bagi industri untuk berkembang melalui pembangunan Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), termasuk EV.
Ini juga akan membantu dalam pembangunan infrastruktur EV di peringkat kebangsaan melalui perkhidmatan mobiliti sebagai perkhidmatan (Mobility as a Service) dan rantaian blok sebagai perkhidmatan (blockchain as a service).
Ads
MoC ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Encik Li Pu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii Encik Azrul Reza Aziz, dan Ketua Pegawai Eksekutif Geno Encik Zhang Yi Ian.
Bagi para pengikut automotif dan peminat kereta laju, pasti tidak asing lagi dengan figura yang popular dari rancangan YouTube, Supercar Blondie. Alex Hirschi, hos di sebalik jenama Supercar Blondie, kini bakal mengorak langkah lebih jauh dengan pelancaran SBX Cars, sebuah platform lelongan dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis kereta eksotik dan unik.
Alex Hirschi berkata, “Kami menerima banyak permintaan dari orang yang ingin menjual kereta unik mereka, dan ada juga yang mencari kereta yang spesifik.” Sebelum pelancaran, SBX Cars telah mengesahkan lebih daripada AS$100 juta dalam konsainan.
Menurut Alex, SBX Cars akan beroperasi terutamanya dari Los Angeles dan Dubai, dengan pasukan yang berada di London. “Kami ingin membina platform yang benar-benar memberikan rasa premium kepada pengguna. Kami tidak mahu kereta mewah dijual bersama kereta biasa dengan harga rendah,” katanya.
Kredit: South China Post
SBX Cars bukanlah satu-satunya platform lelongan kereta dalam talian. Youtuber terkenal Doug DeMuro juga telah melancarkan Cars & Bids di Amerika Syarikat pada tahun 2020. Di Eropah, Collecting Cars, yang diasaskan oleh Edward Lovett pada 2019, melaporkan penjualan melebihi £130 juta pada tahun lalu.
Trend ini juga diteruskan oleh rumah lelong terkenal seperti RM Sotheby’s, Barrett-Jackson, dan Gooding & Co yang kini mengadakan jualan dalam talian. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia kereta mewah, Supercar Blondie bersedia untuk menempuh cabaran dalam pasaran lelongan dalam talian yang semakin pesat ini, menurut Lance Butler, Pengasas Stratas Auctions.
Baru-baru ini, Didi Group mengumumkan harga jualan rasmi untuk model motosikal klasik dari jenama Royal Enfield iaitu Super Meteor 650 untuk pasaran tempatan. Ditawarkan pada harga bermula dari RM37,900 ia tampil dengan tiga varian yang boleh dipilih mengikut kesesuaian tunggangan anda.
Motosikal ini kali dipertontonkan kepada umum ketika berlangsungnya acara Art Of Speed 2023 di mana ia mendapat pelbagai reaksi orang ramai dari segi rekaan, prestasi dan harga.
Super Meteor menggunakan enjin parallel-twin 648 cc yang mampu menghamburkan kuasa 47 PS(HP) @ 7,250 rpm dan daya kilas 52.3 Nm @ 5,650 rpm turut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Kredit Foto: Careta.my
Mengekalkan ciri motosikal cruiser, roda hadapannya berukuran 19 inci, manakala 16 inci untuk bahagian belakang dengan saiz tayar masing-masing 100/90 dan 150/80. Ia juga turut dilengkapi dengan sistem ABS secara standard dengan berat kasar motor sebanyak 241 kg.
Walaupun mempunyai enjin yang sama dengan Continental GT 650 dan Interceptor INT 650, Super Meteor merupakan model pertama dari Royal Enfield yang mempunyai sistem pencahayaan LED diikuti dengan fork hadapan jenis terbalik (upside down) bersaiz 43 mm.
Di bahagian belakang pula dipasangkan penyerap hentak berkembar secara standard dengan pelarasan pra-muatan lima tahap. Untuk kapasiti tangki bahan api, ia mampu menampung sehingga 15.7 liter, dengan ketinggian pelana sekitar 740mm.
Kredit Foto: Careta.my
Cruiser Super Meteor 650 boleh didapati dalam tiga varian iaitu, Super Meteor Single (Astral) dengan tanda harga bermula dari RM37,900. Varian kedua iaitu Super Meteor Dual (Interstellar) berharga RM38,300, manakala varian teratas iaitu Super Meteor Tourer (Celestial) bermula dari RM39,300.
Mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai model ini atau barisan Royal Enfield yang lain boleh layari laman sesawang rasmi www.royalenfield.com/my atau kunjungi pengedar sah yang terletak di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
1 of 18
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Buat masa sekarang, Toyota dilihat sedang giat berusaha untuk menambah baik barisan GR mereka yang sedia ada. Ini termasuklah Toyota GR Yaris yang dikatakan di antara model paling hangat di pasaran tempatan bagi segmen ‘hot hatch’ JDM (Japanese Domestic Market).
Jika dilihat secara kasar, Toyota bolehlah dikatakan sedang menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam sukan permotoran bagi menjadikan barisan GR sentiasa dikemaskini dan memenangi hati pelbagai pihak terutama pemandunya.
Berdasarkan laporan terkini daripada laman automotif Japan Best Car Web, GR Yaris bakal berada di pasaran sekitar pertengahan tahun hadapan.
Kredit Foto: Toyota
Kebiasaannya, pengeluar kereta yang mengemaskini model sedia ada, mereka akan lebih menitikberatkan soal rupa dan aksesori. Namun, Toyota turut membawakan perubahan dari sudut prestasi.
GR Yaris bakal mendapat peningkatan kuasa serta pilihan transmisi automatik buat kali pertama. Lebih yakin untuk bergerak di sekitar Lembah Klang lepas ini dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
Toyota mempertingkatkan angka output bagi GR Yaris supaya ia dapat menyaingi kuasa GR Corolla yang menghasilkan sekitar 300 HP.
Kredit Foto: Toyota
Perubahan kosmetik akan dihadkan kepada bahagian bampar, diikuti dengan pemasangan spoiler belakang yang besar. Menambahkan lagi daya mendapan supaya kereta lebih ‘melekat’ di jalan dan mudah untuk dikendalikan.
Ruang dalaman GR Yaris ditambah baik dengan menggunakan skrin kluster digital bagi menggantikan meter analog sedia ada, sama seperti apa yang ditawarkan pada GR Corolla. GR Yaris ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM 299,000.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Revolusi Tayar SUV untuk Keperluan Bandar
Continental Tyres sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi automotif menerusi pelancaran tayar baharu, UltraContact UX7.
Tayar ini direka khas...