Ads

Evolusi Brek Parkir, Daripada Tuil Tangan kepada Butang Elektronik

Handbrake Menggunakan Tuil Semakin Hilang, Kenapa Kereta Moden Beralih Kepada Butang Elektronik?

Bagi mereka yang sudah lama memandu, menarik handbrake selepas meletakkan kereta mungkin sudah menjadi satu perkara normal.

Tarik tuil sehingga terasa cukup ketat, masukkan gear ke posisi sesuai dan barulah boleh keluar dari kereta.

Namun, masuk sahaja ke dalam kebanyakan kereta moden hari ini, tuil panjang di bahagian konsol tengah semakin sukar ditemui.

Tempatnya kini banyak digantikan dengan satu suis kecil bertanda “P”, dikenali sebagai Electronic Parking Brake (EPB).

Walaupun nampak seperti perubahan kecil, sebenarnya terdapat teknologi dan beberapa fungsi tambahan di sebalik suis tersebut.

Evolusi Brek Parkir, Daripada Tuil Tangan kepada Butang Elektronik

Handbrake Biasa Guna Sistem Mekanikal

Handbrake konvensional menggunakan sistem mekanikal.

Apabila tuil ditarik, kabel akan mengaktifkan mekanisme brek untuk memastikan kenderaan kekal pegun ketika diparkir.

Kelebihan paling ketara ialah operasinya mudah difahami. Pemandu juga boleh merasakan sendiri tahap tarikan pada tuil tersebut.

EPB pula menggantikan operasi mekanikal yang dilakukan pemandu dengan sistem elektronik.

Ads

Apabila suis EPB diaktifkan, arahan dihantar kepada sistem untuk menggerakkan actuator atau motor elektrik yang mengenakan daya pada brek.

Mudah kata, fungsi asasnya masih sama iaitu memastikan kereta tidak bergerak ketika diparkir. Yang berubah ialah bagaimana arahan itu dilaksanakan.

Evolusi Brek Parkir, Daripada Tuil Tangan kepada Butang Elektronik

Kenapa Pengeluar Beralih Kepada EPB?

Salah satu sebab paling mudah ialah ruang.

Tuil handbrake memerlukan ruang yang agak besar pada konsol tengah. Menggantikan komponen tersebut kepada suis kecil, pengeluar mempunyai lebih kebebasan untuk menyediakan ruang penyimpanan, cup holder atau menyusun semula reka bentuk konsol tengah.

Ketiadaan tuil atau pedal parking brake membantu menjadikan ruang kabin lebih lapang dan kemas.

Ads

Pada masa sama, EPB boleh berinteraksi dengan sistem elektronik lain pada kenderaan. Bergantung kepada model, parking brake boleh dilepaskan secara automatik apabila pemandu mula bergerak atau diaktifkan secara automatik dalam keadaan tertentu.

Baca Juga: Ini 5 Kereta Nasional Unik Yang Pernah Dihasilkan Di Malaysia

Kalau Bateri Kereta Mati Macam Mana?

Di sinilah handbrake konvensional mempunyai satu kelebihan dari sudut kesederhanaan.

EPB memerlukan bekalan elektrik untuk operasinya. Sebagai contoh, manual Hyundai menyatakan EPB masih boleh diaktifkan ketika enjin dimatikan selagi kuasa bateri tersedia, manakala prosedur untuk melepaskannya pula bergantung kepada keadaan sistem dan kenderaan.

Jika berlaku masalah bateri atau kerosakan EPB, prosedur untuk melepaskan parking brake boleh berbeza mengikut model.

Ads

Sebab itu pemilik tidak sepatutnya cuba menarik atau membuka sistem tersebut secara paksa. Rujuk owner’s manual atau dapatkan bantuan pusat servis jika EPB gagal beroperasi.

Boleh Tarik EPB Ketika Kereta Sedang Bergerak?

Menarik handbrake mekanikal ketika kereta bergerak boleh menyebabkan roda belakang terkunci jika dilakukan secara agresif. Tetapi EPB moden boleh mempunyai logik kawalan yang berbeza.

Pada sesetengah kenderaan, menarik dan menahan suis EPB ketika bergerak boleh mengaktifkan emergency braking function sekiranya brek kaki gagal berfungsi tetapi mungki berbeza mengikut jenis kenderaan.

Bagaimanapun, EPB tidak patut digunakan ketika memandu kecuali dalam situasi kecemasan dan mengikut arahan pengeluar.

Jadi, Mana Lebih Baik?

Jika dinilai daripada aspek kesederhanaan dan rasa kawalan secara fizikal, handbrake konvensional masih mempunyai tarikannya tersendiri. Sistemnya mudah dan penggunaannya sudah sebati dengan ramai pemandu.

EPB pula menawarkan kelebihan dari sudut convenience, penggunaan ruang dan integrasi dengan sistem elektronik lain seperti Auto Hold.

Namun bagi sesetengah pemandu, mungkin tetap ada satu perkara yang sukar digantikan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

Cyclone RT5 Rasmi Di Malaysia, Skuter 250 cc Sarat Dengan Teknologi Berharga RM16,888 Model berkenaan sebelum ini dipertontonkan kepada umum sempena Malaysia Bike Show (Mforce...