Max Verstappen mengubah kedudukan pole menjadi #1 dalam Grand Prix China yang penuh dengan insiden dan drama, memimpin Lando Norris dari McLaren dan rakan sepasukannya dari Red Bull, Sergio Perez untuk menjadikan empat kemenangan dari lima perlumbaan musim ini.
Verstappen memimpin sebahagian besar perlumbaan di Litar Antarabangsa Shanghai yang melibatkan penggunaan Virtual Safety Car dan dua Safety Car fizikal. Pemandu Belanda itu mampu mengekalkan fokus di hadapan ketika pelbagai drama berlaku di belakangnya.
Kedudukan Terakhir 10 Teratas
Dalam pada itu, Norris merupakan salah satu daripada tiga pemandu, bersama dengan pasangan Ferrari Charles Leclerc dan Carlos Sainz, yang hanya membuat satu pit stop. Norris berjaya memanfaatkan fasa VSC dan Safety Car untuk melangkau Perez ke kedudukan kedua, yang berjaya dipegangnya hingga ke garisan penamat.
Seterusnya, Charles Leclerc dan Carlos Sainz mengikuti di tempat keempat dan kelima masing-masing, walaupun terdapat beberapa kebimbangan dari pemandu Monaco itu di fasa akhir bahawa tayarnya tidak akan mampu bertahan hingga ke akhir perlumbaan. George Russell memimpin pusingan Mercedes ke tempat keenam.
Selekoh kelajuan tinggi di Litar Antarabangsa Shanghai – Perlumbaan F1 2024 (Kredit – FormulaOne.com)
Fernando Alonso mempunyai strategi yang berbeza ketika masuk pit untuk penukaran tayar soft dan bukannya tayar keras yang dipilih oleh pemandu di sekelilingnya. Tindakan itu memaksa beliau untuk masuk pit sekali lagi untuk tayar medium dan kemudian perlu memintas beberapa pemandu dari tempat ke-12 ke tempat ketujuh, dimana Oscar Piastri dari McLaren menjadi mangsa terakhirnya.
Ads
Selepas seksyen Q1 dan beberapa masalah berkaitan tayar di pusingan awal, Lewis Hamilton berhasil naik ke tempat kesembilan di dalam perlumbaan itu walaupun drama di sekelilingnya sedang hangat, dan kekal di situ hingga penamat, dengan pemandu Haas Nico Hulkenberg mengambil mata terakhir yang ditawarkan.
Pasangan Alpine Esteban Ocon dan Pierre Gasly menyelitkan Williams Alex Albon di tempat ke-11 hingga ke-13, sementara Zhou Guanyu dari Kick Sauber melintasi garisan di tempat ke-14 saat dia membuat sejarah dengan menjadi pemandu China pertama yang berlumba di negara sendiri.
Valterri Bottas dalam pasukan Formula 1 Kick Sauber (Kredit – formulaone.com)
Kemalangan Yang Tidak Perlu
Sementara itu, Lance Stroll berada di tempat ke-15, di hadapan penamat terakhir Kevin Magnussen dan Logan Sargeant, selepas dikenakan hukuman 10 saat kerana terlibat dalam kemalangan dengan Daniel Ricciardo di bawah Safety Car.
Stroll bertembung dengan belakang Ricciardo ketika Safety Car pertama dikeluarkan menyebabkan diffuser belakang Ricciardo remuk manakala bahagian depan Stroll pecah.
Ads
Insiden itu disebabkan oleh rakan pasukan Stroll, Fernando Alonso yang brek secara mengejut ketika di selekoh semasa Safety Car berada di litar. Ia menyebabkan kesan domino dan tambah dengan fokus Stroll yang bukan 100%, maka terjadilah pelanggaran itu.
Daniel Ricciardo yang mempunyai peluang yang cerah untuk meraih tempat di atas sangat tidak berpuas hati dan menyalahkan pelanggaran itu sepenuhnya ke atas Stroll kerana tidak fokus kepada jarak kereta di hadapan. Lance tidak mengaku salah.
Dalam sudut lain, reaksi Max Verstappen selepas melihat video insiden pelanggaran tersebut mengaku dia yang bersalah dalam konteks tersebut, namun tiada siapa yang dapat buktikan penyataan beliau.
Ads
Konklusinya
Dengan tiga pemenang teratas menuju podium untuk menyambut kemenangan, kemenangan terkini Verstappen bermakna beliau kini duduk 25 mata dan kemenangan Grand Prix jauh dari rakan sepasukannya Perez, perlumbaan seterusnya akan bertempat di Miami, Amerika Syarikat pada 3 – 5 Mei ini.
Tank 300 dari Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan mengadakan siri ‘roadshow’ di seluruh Malaysia bagi memperkenalkan model yang dinantikan itu. SUV ‘off-road’ ini bukan sahaja menggabungkan ketangguhan tetapi juga kemewahan, menjadikannya model yang ditunggu-tunggu dalam siri Tank di Malaysia.
Jadual ‘roadshow’ akan merangkumi AEON Mall Kuching Central, Sarawak, dari 19 hingga 21 April 2024; Queensbay Mall, Pulau Pinang, dari 24 hingga 28 April 2024; Sunway Pyramid, Selangor, dari 25 hingga 28 April 2024; Vivacity Megamall, Sarawak, dari 26 hingga 28 April 2024; dan Ipoh Parade, Perak, dari 8 hingga 12 Mei 2024.
Acara ini bukan sahaja mempamerkan model-model terkini di bawah jenama GWM yang telah mendarat di Malaysia, seperti ORA Good Cat dan coupe elektrik ORA 07, malah pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan pratonton eksklusif SUV hibrid segmen C yang bakal tiba — GWM Haval H6 HEV, serta menikmati kehangatan GWM Tank 300!
GWM Road Show Poster 2024
GWM Tank 300 memacukan kemewahan dan ketegapan dalam bentuk SUV serbaguna. Dilengkapi dengan ‘differential lock’ hadapan dan belakang, ia mampu menakluki pelbagai jenis laluan.
Kehebatan ini telah membuatkan Tank 300 menduduki takhta teratas dalam pasaran SUV ‘off-road’ di China, dengan bahagian pasaran yang melebihi 50%, dan kekal sebagai pilihan utama selama 39 bulan berturut-turut.
“Tank 300 adalah antara produk unggul GWM yang kami bawa ke pasaran Malaysia sebagai komitmen kami untuk memenuhi kehendak peminat ‘off-road’,” kata Mike Cui An Qi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.
“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pilihan terbaik kepada peminat ‘off-road’ untuk merasai pengalaman pemanduan yang selesa dan selamat dengan ‘tank’ mereka.”
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunggulan GWM Tank 300 sebelum pelancarannya secara rasmi! Selain daripada siri ‘roadshow’ ini, GWM Tank 300 juga akan dipamerkan secara eksklusif di beberapa bilik pameran GWM yang terpilih.
Buat masa sekarang, Toyota dilihat sedang giat berusaha untuk menambah baik barisan GR mereka yang sedia ada. Ini termasuklah Toyota GR Yaris yang dikatakan di antara model paling hangat di pasaran tempatan bagi segmen ‘hot hatch’ JDM (Japanese Domestic Market).
Jika dilihat secara kasar, Toyota bolehlah dikatakan sedang menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam sukan permotoran bagi menjadikan barisan GR sentiasa dikemaskini dan memenangi hati pelbagai pihak terutama pemandunya.
Berdasarkan laporan terkini daripada laman automotif Japan Best Car Web, GR Yaris bakal berada di pasaran sekitar pertengahan tahun hadapan.
Kredit Foto: Toyota
Kebiasaannya, pengeluar kereta yang mengemaskini model sedia ada, mereka akan lebih menitikberatkan soal rupa dan aksesori. Namun, Toyota turut membawakan perubahan dari sudut prestasi.
GR Yaris bakal mendapat peningkatan kuasa serta pilihan transmisi automatik buat kali pertama. Lebih yakin untuk bergerak di sekitar Lembah Klang lepas ini dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
Toyota mempertingkatkan angka output bagi GR Yaris supaya ia dapat menyaingi kuasa GR Corolla yang menghasilkan sekitar 300 HP.
Kredit Foto: Toyota
Perubahan kosmetik akan dihadkan kepada bahagian bampar, diikuti dengan pemasangan spoiler belakang yang besar. Menambahkan lagi daya mendapan supaya kereta lebih ‘melekat’ di jalan dan mudah untuk dikendalikan.
Ruang dalaman GR Yaris ditambah baik dengan menggunakan skrin kluster digital bagi menggantikan meter analog sedia ada, sama seperti apa yang ditawarkan pada GR Corolla. GR Yaris ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM 299,000.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Suzuki V-Strom 250SX hadir ke pasaran tempatan sejak Ogos 2024. Ikutkan, pada hari penyerahan kunci batch pertama haritu, kami nak pandu uji namun kekangan masa. Jadi, kami pinjam pada minggu ini untuk tunggang uji motor sejauh 150 km – harapnya dapatlah memberi pandangan yang bermanfaat.
Reka Bentuk V-Strom 250SX
Secara kasar, model ini memang 100% nampak seperti adventure bike. Ya betul. Namun, sebab ada huruf ‘SX’ di belakang yang bermaksud ‘Sport Crossover’. Ia mempunyai jiwa kesukanan walaupun dimensi motor kembara.
Paruh adventure bike di depan memang sudah menjadi DNA bagi mana-mana motor sebegini. Lampu utama depan dan belakang sepenuhnya LED. Casis yang tirus dan tegap menambah keyakinan kepada penunggang – terutama yang baru.
Keyakinan menunggang, menyelit dalam apa jua keadaan yang boleh terjadi di atas jalan.
Tunggang Jarak Jauh
Cukup dengan mekanikal. Apa rasanya bawa 250SX? Lenguh ke tidak? Berbaloi ke dengan harga? Baiklah.
Kami telah pandu uji sejauh 150 km di sekitar Selangor dan mendapati model ini boleh dikatakan ‘All Rounder’. Sebabnya?
Penulis sengaja memilih jalan yang mungkin dilalui oleh pemilik 250SX iaitu jalan persekutuan, lebuhraya dan bandar. Apa yang boleh diperhati, setiap permukaan jalan yang dilalui, model ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Jalan Persekutuan – Hantaran kuasa sekata
Lebuhraya – Lincah
Jalan Bandar – Jarak penglihatan luas, lebih selamat
Bermula dari barat Selangor, penulis melalui lebuhraya dengan keadaan trafik yang sederhana. Berat motor hanya 167kg – sedikit membuang dan tidak stabil ketika melintasi kenderaan besar namun tidak kritikal.
Selepas itu, penulis cuba melalui jalan bandar ketika waktu sesak. Ketinggian tempat duduk 835mm sangat membantu ketika sesak – jarak penglihatan lebih luas dan hampir sama tinggi dengan 4×4.
Seterusnya, jalan persekutuan. Transmisi enam kelajuan dengan kuasa sekitar 26 HP & 22.2 Nm tork memberi hantaran yang sekata dan tidak agresif – sesuai ketika jalan sesak atau ketika anda nak santai.
Posisi badan menegak dengan handlebar yang tinggi sangat membantu dalam mengurangkan lenguh tapi bukan getaran. Jadi pakai glove yang mesra getaran. Kaki tiada masalah, tiada isu.
Harga Suzuki V-Strom 250SX bermula dari RM17,800 dengan tiga pilihan warna Kuning, Oren dan Hitam. Boleh kunjungi pengedar sah Suzuki Malaysia untuk ketahui lebih lanjut.
PROTON telah memperkenalkan PROTON X50 terbaharu kepada pihak media Malaysia sebagai persediaan syarikat untuk pelancaran model pertamanya bagi tahun 2025. Dengan lebih 134,000 unit...