Ads

Ferrari Kenang 30 Tahun Michael Schumacher

Ferrari Kenang 30 Tahun Michael Schumacher Dengan Livery Khas Di Monza

Ferrari bakal menjadikan Grand Prix Itali 2026 di Monza sebagai pentas penghormatan kepada Michael Schumacher, sempena 30 tahun sejak legenda Formula 1 itu memulakan perjalanan bersama pasukan dari Maranello.

Schumacher menyertai Ferrari pada musim 1996 selepas muncul juara dunia dua kali. Kehadirannya kemudian menjadi titik penting dalam kebangkitan semula Scuderia Ferrari sebagai kuasa dominan Formula 1 pada penghujung 1990-an dan awal 2000-an.

Bagi memperingati legasi tersebut, jentera Ferrari SF-26 yang dipandu Charles Leclerc dan Lewis Hamilton akan menggunakan livery khas yang diinspirasikan daripada Ferrari F310 musim 1996.

Rekaannya mengekalkan warna merah sebagai tona utama dengan elemen putih dan hitam, selain rim BBS dengan kemasan keemasan sebagai penghormatan kepada roda magnesium yang digunakan ketika itu.

Turut dimuatkan ialah logo peribadi Schumacher yang menggabungkan huruf “M” dan “S”, manakala bahagian hidung jentera membawa elemen grafik daripada reka bentuk helmet juara dunia tujuh kali itu.

Ferrari Kenang 30 Tahun Michael Schumacher

Lebih Daripada Sekadar Livery

Penghormatan kepada Schumacher turut melibatkan racewear khas untuk Leclerc dan Hamilton, termasuk helmet, overall, sarung tangan serta kasut yang direka khusus untuk perlumbaan di Monza.

Seluruh pasukan Ferrari juga akan mengenakan pakaian khas pada hari perlumbaan sebagai sebahagian daripada tema “Sunday Rituals”, yang menggambarkan hubungan antara Ferrari, perlumbaan hari Ahad dan tifosi sejak sekian lama.

Monza mempunyai nilai sentimental yang cukup besar dalam perjalanan Schumacher bersama Ferrari.

Di sinilah beliau mencatat kemenangan Grand Prix Itali pertamanya bersama pasukan pada 1996, sekali gus menghadiahkan Ferrari kemenangan pertama di laman sendiri sejak 1988.

Ads

Sepanjang kariernya, Schumacher menang lima kali di Monza iaitu pada 1996, 1998, 2000, 2003 dan 2006.

Baca Juga: Nak Beli Kereta Baharu? Semak Siri Nombor Pendaftaran JPJ Terkini

ferrari

Tiga Jentera Ikonik Schumacher Dipamerkan

Ferrari turut membawa tiga jentera penting daripada era Schumacher ke Monza.

Antaranya Ferrari F310 1996 yang menjadi permulaan kerjasama mereka, 248 F1 2006 yang digunakan pada musim terakhir Schumacher sebagai pelumba Ferrari serta F2002 yang dianggap antara jentera Formula 1 paling dominan pernah dibangunkan pasukan itu.

F2002 khususnya mempunyai sejarah tersendiri apabila Schumacher merangkul kejuaraan dunia 2002 dengan enam perlumbaan masih berbaki.

Ads

Ferrari pula memenangi 15 daripada 17 perlumbaan pada musim berkenaan.

Bekas rakan sepasukan Schumacher, Rubens Barrichello akan memandu F2002 tersebut pada Sabtu, manakala Sebastian Vettel dijadualkan melakukan celebratory lap menggunakan jentera sama sebelum perlumbaan utama pada Ahad.

Vettel sendiri diketahui menjadikan Schumacher sebagai idolanya ketika membesar sebelum akhirnya turut menyarung warna Ferrari dalam karier Formula 1.

ferarri

Legasi Yang Mengubah Ferrari

Sepanjang 11 musim bersama, Schumacher memainkan peranan besar dalam membentuk salah satu era paling berjaya dalam sejarah pasukan tersebut.

Ferrari memenangi enam kejuaraan Constructors secara berturut-turut dari 1999 hingga 2004, manakala Schumacher meraih lima gelaran Drivers’ World Championship berturut-turut antara 2000 hingga 2004.

Ads

Namun bagi Ferrari, legasi Schumacher bukan sekadar mengenai jumlah kemenangan atau kejuaraan.

Disiplin, tahap persediaan, perhatian terhadap perincian serta kesungguhannya bekerja bersama jurutera dianggap membantu membentuk budaya kerja yang terus menjadi sebahagian identiti Scuderia sehingga hari ini.

ferrari

Sambutan Turut Dibawa Ke Maranello

Penghormatan terhadap Schumacher bukan sahaja berlangsung di litar.

Ferrari Museum di Maranello akan mempamerkan lima jentera daripada musim kejuaraan dunia Schumacher antara 2000 hingga 2004 bermula 4 hingga 30 September.

Turut dipamerkan ialah trofi kemenangan serta sebuah Ferrari F430 dengan tandatangan Schumacher, bagi memperlihatkan penglibatan beliau dalam pembangunan model jalan raya Ferrari.

Selepas tiga dekad sejak kali pertama Schumacher tiba di Maranello, pengaruhnya masih kekal kuat dalam sejarah Ferrari.

Dan di Monza, tempat yang menjadi saksi hubungan istimewa antara Schumacher, Ferrari dan tifosi, legasi itu sekali lagi kembali ke trek.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Kelajuan Maksimum 3000 km/j, Ini 10 Jet Pejuang Paling Pantas di...

10 Jet Pejuang Terpantas Dunia  Kelajuan masih menjadi salah satu kelebihan penting dalam peperangan udara, terutama apabila sesebuah pesawat perlu tiba dengan pantas ke kawasan...