Ads

Nak Beli Kereta Baharu? Semak Siri Nombor Pendaftaran JPJ Terkini

Nombor Pendaftaran Terkini JPJ Setakat 1 September 2026, Kuala Lumpur Kini Siri VRN

Senarai nombor pendaftaran kenderaan terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus menjadi rujukan khususnya bagi pembeli kenderaan baharu yang mahu mengetahui siri pendaftaran semasa di setiap negeri.

Berdasarkan kemas kini setakat 1 September 2026, Kuala Lumpur kini menggunakan siri VRN, manakala Selangor berada pada siri BST.

Johor pula meneruskan siri JD, sementara Pulau Pinang menggunakan siri PSF dan Perak kini berada pada siri APL.

Berikut ialah senarai nombor pendaftaran kenderaan terkini mengikut negeri dan kawasan:

Ads

Nombor Pendaftaran JPJ Terkini Semenanjung Malaysia

  • Johor – JDXXXXJ
  • Kedah – KGHXXXX
  • Langkawi – KVXXXXF
  • Kelantan – DFRXXXX
  • Kuala Lumpur – VRNXXXX
  • Melaka – MEHXXXX
  • Negeri Sembilan – NELXXXX
  • Pahang – CFHXXXX
  • Perak – APLXXXX
  • Perlis – RBFXXXX
  • Pulau Pinang – PSFXXXX
  • Selangor – BSTXXXX
  • Terengganu – TDHXXXX
  • Putrajaya – FHXXXX

Nombor Pendaftaran JPJ Terkini Sarawak

  • Kuching – QABXXXXP
  • Sibu – QEXXXX
  • Miri – QMXXXXU
  • Sri Aman – QBHXXXX
  • Sarikei – QRYXXXX
  • Bintulu – QDFXXXX
  • Limbang – QLGXXXX
  • Kota Samarahan – QCWXXXX
  • Kapit – QPDXXXX

Nombor Pendaftaran JPJ Terkini Sabah

  • Kota Kinabalu – SJTXXXX
  • Sandakan – SMWXXXX
  • Kudat – SKXXXXH
  • Tawau – SWSXXXX
  • Beaufort – SBXXXXL
  • Keningau – SUXXXR
  • Lahad Datu – SPAXXXX
  • Labuan – LHXXXX

Senarai ini memberi gambaran mengenai siri pendaftaran yang sedang berjalan di setiap negeri dan kawasan ketika ini.

Nombor Pendaftaran

Ads

Bagaimanapun, nombor berkenaan boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada kadar pendaftaran kenderaan baharu serta pengeluaran nombor oleh JPJ.

Ads

Bagi mereka yang sedang menunggu siri tertentu atau bercadang mendapatkan nombor pilihan, semakan terkini boleh dibuat melalui saluran rasmi JPJ termasuk sistem bidaan JPJeBid bagi siri yang ditawarkan.

Baca Juga : Kongsi “Roadtax”, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Digital Melalui Aplikasi MyJPJ

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Mercedes-Benz Cars Malaysia Umum Kevin Barbian Sebagai COO Baharu

Mercedes-Benz Malaysia Lantik Kevin Barbian Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Kevin Barbian sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), Mercedes-Benz Cars Malaysia, berkuat...