Continental EcoContact 6 & 6Q Lebih senyap, lebih jauh, lebih cekap
Continental sekali lagi mempamerkan keupayaannya sebagai peneraju teknologi tayar global dengan memperkenalkan dua model terbaharu iaitu EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.
Model ini kini secara rasmi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Kedua-dua tayar ini adalah hasil gabungan kejuruteraan Jerman dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pemandu moden dan tayar ini sesuai untuk kenderaan yang menggunakan enjin petrol, hibrid, mahupun elektrik.
EcoContact 6
EcoContact 6 direka khusus untuk memberikan rintangan golekan yang sangat rendah.
Kesanya, menjadikan kenderaan anda lebih jimat bahan api dan mampu memanjangkan jarak perjalanan.
Ciri yang sangat menarik untuk pemilik EV dan kereta hibrid yang inginkan lebih kilometer daripada setiap pengecasan.
Daripada segi cengkaman, rekaan asymmetric rib dan sipe geometry pada tayar ini memastikan prestasi memberangsangkan atas jalan kering mahupun basah dan menjadikan setiap perjalanan lebih selamat dan stabil.
Ads
EcoContact 6Q
Jika EcoContact 6 menfokuskan ketahanan dan kecekapan, maka EcoContact 6Q pula ibarat versi “business class” kepada jenama ini.
Model ini hadir dengan teknologi pengurangan bunyi canggih termasuk corak bunga baharu dan kompaun Advanced Green Chili 2.0 yang direka untuk mengadaptasi dengan keadaan jalan dan memberi keselesaan maksimum.
Tambahan pula, Continental hadir dengan teknologi ContiSilent™ satu inovasi penyerapan bunyi dalam tayar menggunakan “polyurethane foam absorber” yang boleh mengurangkan bunyi di dalam kabin sehingga 9dB(A).
Ads
Hasilnya, kabin lebih senyap walaupun kereta meluncur laju di atas jalan permukaan jalan raya yang kasar.
Keyakinan Dalam Setiap Perjalanan
Menurut Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, “EcoContact 6 dan 6Q direka untuk memberikan pemandu di Malaysia keyakinan maksimum, tidak kira sama ada memandu dalam kesesakan bandar, di lebuh raya, atau semasa perjalanan jauh merentasi negeri.”
Tayar-tayar ini bukan sahaja memberi penjimatan bahan api, malah juga memastikan kestabilan, cengkaman dan keselesaan dimana satu pakej lengkap untuk pengguna yang inginkan semuanya.
Ads
Digunakan oleh Pengeluar Kereta Jenama Premium
Continental EcoContact 6 dan 6Q ini telah dipasang sebagai tayar standard (OE) oleh jenama-jenama besar seperti BMW dan Mercedes-Benz dan ni merupakan satu penanda aras terhadap kualiti dan prestasi tayar ini.
Untuk pengguna di Malaysia, tayar ini tersedia dalam saiz 15″ hingga 21″ dan boleh dibeli di rangkaian pengedar sah Continental di seluruh negara.
Tayar ini juga tersedia di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TNG eWallet.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Pada tahun 1998, Malaysia melakar sejarah cukup unik apabila berjaya mendaratkan Proton Wira pada ketinggian 600 meter di Kutub Utara menerusi sebuah ekspedisi dikenali sebagai ‘North Pole Free Fall Expedition Malaysia 1998’.
Momen luar biasa ini sekali gus menandakan Malaysia sebagai salah sebuah negara Asia pertama berjaya menganjurkan ekspedisi ke wilayah ikonik tersebut. Ekspedisi ini dibiayai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan diselenggarakan oleh Kementerian Belia & Sukan serta Persekutuan Payung Terjun Malaysia (MPF) dengan penglibatan seramai 16 orang peserta.
Pada malam 20 April, dalam suasana matahari tengah malam yang unik di Kutub Utara, pasukan penerjun udara bersama Proton Wira menaiki pesawat IL-76 terjun daripada ketinggian yang 600 meter. Dengan suhu sejuk yang mencecah 24°C di bawah sifar, pesawat terbang sehingga 600 meter sebelum melepaskan kereta tersebut yang disokong oleh tiga payung terjun.
Kejayaan pendaratan Proton Wira di permukaan beku ini mencipta sejarah yang tersendiri. Setelah pemeriksaan akhir, pesawat itu terus memanjat lebih tinggi, melepaskan pasukan penerjun udara dari ketinggian 2,500 meter.
Pasukan tersebut mendarat dengan selamat dan walaupun Proton Wira tersebut mendarat dari ketinggian 600 meter, kereta tersebut dapat dihidupkan semula tanpa sebarang masalah.
Meskipun berjaya mengemudi Proton Wira di sekitar Kutub Utara, peserta ekspedisi terpaksa meninggalkan kereta tersebut akibat salji tebal yang menghalang perjalanan. Kejayaan ekspedisi ini membanggakan Malaysia, menjadikannya satu-satunya negara Asia yang mempunyai pencapaian sebegitu.
Namun, perjalanan Proton Wira tidak berakhir begitu sahaja, kereta tersebut akhirnya dijadikan pameran di PROTON Centre of Excellence, Kelana Jaya. Jika anda ingin melihatnya secara dekat, boleh datang ke sana.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Motosikal yang penuh ‘watak’ ini bukanlah hanya sekadar watak dalam sebuah drama pengembaraan yang kita saksikan di kaca televisyen, tetapi motosikal yang betul-betul ‘hidup’ dan dicipta oleh Kawasaki.
Bukanlah sesuatu yang kecil, motosikal “Kawasaki Ninja H2 HySE” yang diterbitkan oleh Team Green ini menjadi motosikal pertama Kawasaki yang berjalan dengan menggunakan hidrogen, dan ia dibina melalui usaha bersama konsortium HySE yang terdiri daripada Kawasaki, Yamaha, Suzuki, Honda, dan Toyota.
Menurut laporan yang diperoleh dari WeBike, Ninja H2 HySE ini diperkembangkan berasaskan model H2 yang telah wujud terlebih dahulu, dengan menggunakan enjin empat silinder sebaris berkapasiti 999 cc yang dilengkapkan dengan ciri-ciri sistem bahan api suntikan langsung.
Satu ciri menarik, ‘kotak pannier’ sisi yang agak besar pada bahagian kiri dan kanan motosikal itu direka khas untuk menyimpan kanister hidrogen tambahan. Ini ditambah dengan lampu depan berbentuk H yang memberikan petanda kepada penggunaan bahan api hidrogen, diikuti dengan corak warna biru dan hitam arang yang memberikan gaya yang unik pada motosikal ini.
Kredit Foto: Careta.my
Dilaporkan bahawa model prototaip ini akan digunakan untuk ujian penilaian awal sebelum ke arah pemasaran enjin motosikal bertenaga hidrogen ini pada tahun 2030. Penggunaan enjin pembakaran dalaman dengan penggunaan bahan api hidrogen bukanlah perkara yang asing bagi pengeluar automotif Jepun.
Toyota sebelum ini turut mempersembahkan beberapa model konsep GR bertenaga hidrogen, malah mereka turut menguji keberkesanan penggabungan ini dalam perlumbaan sebenar di atas litar. Langkah ini menunjukkan komitmen industri automotif Jepun dalam mengejar kemajuan teknologi dan kelestarian alam.
Kehadiran prototaip Ninja H2 HySE ini bukan sahaja membuka lembaran baru dalam dunia motosikal, tetapi juga menjadi tonggak penting dalam usaha menjana tenaga yang lebih bersih dan berkesan untuk masa depan pengangkutan kita.
1 of 8
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Jenama kereta Smart yang pernah terkenal dengan model dua pintu kecilnya bakal memperkenalkan sebuah model crossover elektrik terbaharu menjelang acara IAA Mobility yang bakal berlangsung di Munich September ini.
Kredit Foto: insideevs.com
Perkenalan model tersebut sudah tentunya untuk pasaran Eropah terlebih dahulu kemudian China seterusnya ke pasaran Malaysia yang dijangkakan menjelang tahun 2025. Model Smart #3 adalah model kedua yang dilancarkan dari syarikat rakan niaga Geely-Mercedes Benz yang mana mereka memfokuskan untuk pembangunan jenama kereta elektrik (Smart).
Kredit Foto: insideevs.com
Secara dasarnya, Smart #3 lebih besar sedikit berbanding Smart #1 dan ia menjadi pesaing kepada Toyota Corolla Cross dan model seangkatan dengannya. Dari segi hantaran kuasa, ia menggunakan motor elektrik tunggal di belakang dengan kuasa 272PS dan 0-100km/j dalam masa 5.8 saat.
Kredit Foto: insideevs.com
Namun, jika itu tidak memadai,Smart turut menawarkan varian pacuan semua roda talaan Brabus yang akan menambah kuasa roda hadapan sebanyak 156 PS menjadikan keseluruhan kuasa elektriknya 428 PS.
Kredit Foto: insideevs.com
Selain itu, varian Brabus turut diberi kit badan yang lebih sporty dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.7 saat. Pek bateri berkapasiti 66kWh pula membenarkan jarak perjalanan sehingga 455km untuk sekali pengecasan penuh.
Kredit Foto: insideevs.com
Smart #3 turut tersedia pengecasan pantas DC sehingga 150kW, dimana pengecasan 10% – 80% hanya memerlukan 30 minit sahaja. Selain Smart #3 biasa dan versi Brabus, syarikat itu akan melancarkan versi edisi khas di IAA Mobility sempena ulang tahun ke 25 syarikat terbabit.
Kredit Foto: insideevs.com
Dibina berdasarkan model Brabus, Smart #3 25th Anniversary Edition didatangkan dengan ciri premium seperti bumbung panorama, unit lampu LED yang dinaik taraf, kemasan warna dwi tona serta tempat duduk balutan kulit.
Kredit Foto: insideevs.com
Untuk ruang dalaman, Smart #3 dipadankan dengan sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara, skrin paparan head-up 10 inci, skirn kluster digital 9.2 inci serta skrin sentuh pada bahagian tengah bersaiz 12.8 inci.
Kredit Foto: insideevs.com
Smart #3 akan tersedia untuk tempahan menjelang akhir tahun ini, dimana penghantaran pertama akan dilakukan pada awal tahun 2024. Namun, ia hanya untuk pasaran Eropah terlebih dahulu.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Perodua D66B (Nexis/Traz): Info Awal Tentang SUV Baharu Perodua
SUV segmen-B terbaharu daripada Perodua kini menjadi bualan hangat selepas syarikat itu mula melepaskan teaser awal...