Toyota GR Corolla merupakan antara model yang direka untuk pemanduan yang mengujakan sama ada di litar atau di jalan raya. Meskipun banyak pengeluar lain yang lebih fokus menghasilkan kereta elektrik, Toyota sentiasa menawarkan sesuatu yang baharu kepada peminat mereka.
Kredit Foto: news.com.au
Kali ini, jurutera Gazoo Racing telah menambah baik model GR Corolla dimana mereka lebih memberikan perhatian kepada aspek pemanduan. Antara perkara yang berubah adalah penggunaan bolt pengetat di bahagian gantungan hadapan dan pada kotak gear stereng.
Kredit Foto: careta.my
Manakala untuk bahagian belakang, sistem suspensi telah ditukarkan saiz kepala bolt kepada yang lebih besar sebanyak 2mm menjadikan saiz baharu kepada 24mm.
Ads
Kredit Foto: careta.my
Menurut Toyota, penambahbaikan tersebut menjadikan casis lebih tegap, serta tindak balas stereng menjadi lebih pantas dan stabil ketika memandu. Malah, dari segi kestabilan juga mereka turut melebarkan bukaan liang bampar hadapan untuk melancarkan aliran udara, dalam masa sama mengurangkan daya seretan sewaktu pemanduan kelajuan tinggi.
Kredit Foto: careta.my
Kepada yang ingin membeli GR Corolla, anda perlu ada tuah yang banyak kerana Toyota akan memilih para pembelinya menerusi cabutan undi loteri yang akan diadakan pada September nanti untuk pasaran Jepun.
Ads
Kredit Foto: news.com.au
GR Corolla edisi terhad ini hanya dihasilkan sebanyak 550 unit sahaja dengan warna yang tersedia adalah warna cyan metallic dan warna gabungan hitam dan biru yang mana kombinasi warna ini hanya boleh dibeli oleh 50 orang yang bertuah sahaja.
Kredit Foto: news.com.au
Tempahan untuk membeli GR Corolla edisi terhad akan dibuka bermula semalam 23 Ogos hingga 11 September 2023 dengan nilai jualan bermula 5.25 juta yen atau RM168,091.
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Pada minggu lalu, tirai Malaysian Motocross International Festival 2023 telah melabuhkan tirainya dengan kemuncaknya penganjuran di Medini Motocross Circuit, Johor Bharu.
Pusingan akhir kejuaraan ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam tujuh kategori utama, di mana 170 peserta bergabung untuk bersaing dalam acara ini.
Pelumba Malaysia, Mohamad Khairul Afif telah dinobatkan sebagai JUARA dalam kategori MX2 Open secara tidak langsung membuktikan prestasi luar biasa Mohamad Khairul Afif dalam arena motocross dalam bersaing dengan pelumba hebat dari luar negara apabila beliau berlumba bersama peserta tempatan dan luar negara dari Singapura dan Indonesia.
Walaupun cuaca pada sebelah petang agak mencabar, namun mereka tetap memberikan aksi terbaik dan menyajikan satu corak perlumbaan yang penuh ketegangan dan kejutan kepada peminat motocross yang hadir.
Sokongan daripada peminat dan penyokong setia amat diperlukan untuk memastikan kesinambungan kejayaan daripada Malaysian Motocross International Festival disamping merapatkan hubungan silaturrahim diantara negara luar seperti Indonesia & Singapura.
Diharapkan penganjuran seperti ini akan diteruskan untuk mencari pelapis baharu dalam sukan permotoran lasak yang bertaraf antarabangsa ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Menyambut pembukaan pusat 3S Suzuki yang baharu di Johor, Naza Eastern Motors telah menggembirakan peminat Swift Sport dengan pelancaran model terbaru, iaitu Swift Sport Silver Edition 2023.
Swift Sport Silver Edition ini telah diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) dengan warna luaran Premium Metallic Silver berestetika premium dan mewah. Kelebihan yang ketara pada model ini termasuklah kemasan gentian karbon pada cermin sisi, tiang C, spoiler belakang dan ekzos berkualiti tinggi Akrapovic.
Penggunaan gentian karbon turut diteruskan dalam ruang kabin, memanjang dari panel instrumen hingga ke suis ventilasi dan trim pintu. Ia memberikan sentuhan mod yang serasi dengan imej Swift Sport.
Salah satu penambahbaikan yang cukup ketara adalah pada unit hiburan di mana Swift Sport kini dilengkapi dengan skrin Soundstream berukuran 10 inci disokong Apple CarPlay dan Android Auto. Ini membawa kepada keselesaan dan kemudahan dalam pemanduan anda.
Dibina di atas platform HEARTECT, Swift Sport ini tetap setia kepada kuasa enjin empat silinder sebaris 1.4 liter BOOSTERJET yang menghasilkan 140 hp dan tork 230 Nm. Enjin yang kuat ini dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, memberikan prestasi pemanduan yang mengasyikkan.
Untuk peminat setia Swift Sport, harga jualan bagi Swift Sport Silver Edition 2023 bermula dari RM145,900, dan ini tidak termasuk kos insurans. Kepada mereka yang mencari kereta, ini adalah peluang keemasan anda untuk memiliki model Swift Sport yang eksklusif ini.
Selain pelancaran model terbaru ini, pusat 3S Suzuki yang baharu di Permas Jaya, Johor, turut menjadi tumpuan. Ia adalah pusat 3S pertama di Johor dan menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk jualan, alat ganti, dan khidmat selepas jualan. Dengan ruang pameran yang mampu memuatkan sehingga enam kenderaan dan kemampuan untuk menyervis sehingga 12 kenderaan dalam masa sehari, pusat ini memenuhi keperluan peminat Suzuki dengan baik.
Selain itu, pusat 3S ini juga menawarkan sudut khas Suzuki Lifestyle Corner, di mana peminat Suzuki dapat mencari aksesori tulen untuk model Jimny atau Swift Sport, serta mendapatkan barang eksklusif Suzuki. Inilah tempat yang sempurna untuk peminat tegar Suzuki meluahkan minat mereka terhadap jenama yang mereka cintai.
Semuanya tersedia di pusat 3S Suzuki yang baharu di Johor, menjadikannya pilihan utama bagi peminat Suzuki dan mereka yang mencari pengalaman pemanduan yang teruja dengan Swift Sport Silver Edition 2023 yang eksklusif.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Pemandu McLaren, Lando Norris, mencatat kemenangan gemilang di Dutch Grand Prix (Belanda) di Zandvoort dengan menewaskan Max Verstappen. Sekali gus menamatkan rentetan kemenangan pemandu Red Bull itu di laman sendiri yang sepatutnya menjadi kemenangan keempat berturut-turutnya di sana.
Norris bermula dari petak pertama dalam perlumbaan Ahad itu, namun harapannya untuk menukar kedudukan tersebut kepada kemenangan sedikit terjejas apabila Verstappen berjaya memintasnya di garisan permulaan dan mendahului di selekoh pertama sebelum mula melepaskan diri dari jarak DRS.
Bagaimanapun, Norris tidak berputus asa dan kembali meningkatkan kelajuan semasa perlumbaan berlangsung.
Ketika Verstappen bergelut dengan masalah cengkaman tayar pada pertengahan perlumbaan, Norris berjaya mengekori juara dunia tiga kali itu dan merampas semula kedudukan teratas.
Norris terus menambah kelebihannya sebelum dan selepas satu-satunya hentian pit hadapan, dan akhirnya melintasi garisan penamat dengan kelebihan sekitar 20 saat di hadapan Verstappen.
Sekali gus menambah kemenangan di Miami yang dicatatkan awal musim ini serta mengurangkan jurang dalam kejuaraan.
Charles Leclerc juga memberikan prestasi cemerlang dengan mendaki dari kedudukan keenam ke tempat ketiga untuk menyelamatkan podium bagi Ferrari.
Oscar Piastri, dalam satu lagi jentera McLaren, terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas melanjutkan tempoh pelumbaan pertamanya dan kehilangan kedudukan litar sebagai hasilnya.
Kedudukan mata Ferrari dipertingkatkan dengan kenaikan Carlos Sainz ke tempat kelima, diikuti oleh Sergio Perez dari Red Bull.
Jentera Mercedes yang dipandu oleh George Russell dan Lewis Hamilton, yang memulakan dari pertengahan grid. Kedua-dua pemandu Mercedes memilih untuk berhenti kedua lewat bagi tayar lembut dan mencuba untuk catatkan pusingan terpantas.
Pierre Gasly di tempat kesembilan memberikan sesuatu untuk diraikan oleh pasukan Alpine pada hujung minggu pertama Oliver Oakes sebagai bos pasukan baharu mereka.
Manakala, Fernando Alonso meraih mata terakhir untuk Aston Martin selepas menewaskan pemandu Haas, Nico Hulkenberg, di peringkat akhir perlumbaan.
Lance Stroll merupakan pemandu ke-12 yang melintasi garisan penamat dalam Aston Martinnya. Namun jatuh ke tempat ke-13 di belakang Daniel Ricciardo dari Red Bull selepas didapati bersalah kerana memandu melebihi had laju di lorong pit. Hal itu menyebabkan dia dikenakan penalti masa lima saat oleh para pengadil.
Alex Albon bertarung habis-habisan dari kedudukan belakang grid selepas penyisihannya dari keputusan P8 dalam fasa kelayakan kerana pengubahsuaian lantai Williams yang tidak sah.
Walaupun sempat berada dalam kedudukan mata, Albon akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dengan strategi dua hentian.
Selepas itu, Esteban Ocon dan Logan Sargeant dari pasukan Alpine dan Williams masing-masing, dengan yang terakhir berterima kasih kepada mekaniknya atas pembaikan semalaman selepas kemalangan besar yang dialaminya dalam FP3 yang menyebabkan dia terlepas sesi kelayakan.
Sementara Yuki Tsunoda dari Red Bull juga menggunakan strategi dua hentian dalam perjalanan ke tempat ke-17.
Kevin Magnussen memulakan tempoh perlumbaan pertama paling lama kerana memulakan perlumbaan dari lorong pit selepas perubahan unit kuasa.
Namun pemandu Haas itu hanya mampu menduduki tempat ke-18. Diikuti oleh pasangan Sauber, Valtteri Bottas dan Zhou Guanyu, keduanya membuat dua hentian di Dutch Grand Prix
Hentian seterusnya dalam kalendar F1 2024 ialah Grand Prix Itali. Dengan paddock menuju terus ke Monza untuk pusingan kedua dalam dwi-pusingan ini dari 30 Ogos hingga 1 September.
Had laju di jalan raya sering berbeza bergantung kepada kawasan yang dilalui oleh pemandu. Apabila memandu di jalan raya, pemandu pasti akan melihat papan...