Ads

UMW Toyota Tawar Kempen Servis Untuk Model Import Terpakai

UMW Toyota Motor Perkenal Kempen Servis Khas Untuk Kereta Toyota Recon

Pemilik kenderaan Toyota import terpakai atau lebih dikenali sebagai kereta recond kini berpeluang mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan menerusi rangkaian pusat servis rasmi Toyota di seluruh negara.

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pengenalan kempen servis khas untuk kenderaan Toyota recond bermula 5 November 2026, sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan manfaat perkhidmatan selepas jualan kepada lebih ramai pemilik kenderaan jenama itu.

Inisiatif di bawah program Toyota Extra Mile berkenaan membolehkan pemilik Toyota recond mendapatkan khidmat penyelenggaraan daripada juruteknik bertauliah Toyota, selain menggunakan alat ganti tulen serta prosedur penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar.

Langkah itu turut mencerminkan komitmen Toyota dalam memastikan kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan (Quality, Durability and Reliability) kenderaannya terus terpelihara tanpa mengira saluran pembelian.

Menurut UMWT, setiap kenderaan Toyota termasuk unit import terpakai memerlukan penjagaan yang sesuai daripada tenaga kerja berkemahiran serta memahami aspek kejuruteraan dan keperluan penyelenggaraan model berkenaan.

Melalui kempen ini, syarikat berkenaan mahu memberikan akses kepada kepakaran perkhidmatan selepas jualannya kepada pemilik Toyota recond, sekali gus membantu memastikan prestasi dan tahap kebolehpercayaan kenderaan dapat dikekalkan.

Ads

Toyota

103 Pusat Servis Toyota di Seluruh Negara

UMWT ketika ini mempunyai rangkaian sebanyak 103 pusat servis Toyota di seluruh Malaysia, sekali gus menyediakan kemudahan penyelenggaraan yang lebih mudah diakses oleh pelanggan.

Rangkaian berkenaan disokong oleh prosedur penyelenggaraan yang seragam serta standard perkhidmatan pelanggan bagi memastikan setiap kenderaan menerima penjagaan mengikut piawaian Toyota.

Ads

Selain mengekalkan prestasi kenderaan, kempen ini juga bertujuan membantu pemilik menjaga kondisi Toyota mereka untuk kegunaan jangka panjang.

Bagaimanapun, UMWT tidak memperincikan kadar caj servis, model yang layak atau sebarang pakej penyelenggaraan khusus menerusi pengumuman berkenaan.

Pemilik Toyota recond yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen serta lokasi pusat servis yang mengambil bahagian boleh melayari laman web rasmi www.toyota.com.my atau menghubungi pusat servis Toyota yang sah mahupun GR Garage berhampiran.

Ads

Dengan pengenalan kempen ini, pemilik Toyota recond kini mempunyai satu lagi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan melalui rangkaian rasmi pengeluar.

Baca Juga : Toyota GR Corolla, Daripada Rasa Kagum Kepada Keinginan Untuk Memiliki

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Mercedes-Benz C-Class Elektrik Diperkenalkan Di Malaysia!

Mercedes-Benz C-Class Elektrik Diperkenalkan Di Malaysia, Jarak Sehingga 690 KM Dengan Harga Anggaran RM360,888 Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan C-Class elektrik serba baharu buat pertama kali di...